Skip to main content

Aku Tanpa Cintamu



Cinta (al-hubb)??? Ramai yang keliru tentang cinta sebenarnya.. Sebut saja cinta semua dah terbayang seorang lelaki dan perempuan (muda mudi) yang belum berkahwin, yang berpegangan tangan... yang sanggup mati kerana cinta. Malah sanggup meninggalkan keluarga kerana cinta. Apa, tidak layakkah jika orang yang telah berkahwin pun bercinta? Tidak layakkah nenek dan atuk kita bercinta?

Cinta adalah suatu perasaan sayang yang teramat dalam kepada sesuatu. Cinta akan mengubah seseorang. Cinta akan mempengaruhi hidup kita. Cinta jualah yang akan menetukan ke mana hala tuju hidup kita di dunia dan cinta jua yang akan menentukan di mana kita di akhirat kelak. Besarnya peranan CINTA hingga manusia sanggup mati kerananya. Betapa hebatnya cinta ini kerana lebih 80 kali disebutnya dalam al-quran.

Tetapi persoalannya adakah cinta kita itu adalah cinta kepada yang BERHAK? Sebelum bercinta, cari dulu orangnya, kenal dulu siapa yang perlu menerima cinta kita dan yang penting, cinta kita itu adakah mendapat redha dari-NYA. 

Cinta itu sesuatu yang suci, cinta adalah fitrah yang dikurniakan oleh Allah swt kepada makhluknya. Jadi siapa yang harus kita tujukan cinta kita yang paling utama? Sudah tentulah kepada PENCIPTA. Yang menciptakan kita, yang memberi kita nafas hingga ke saat ini untuk dihirup dan dihembus. Yang menghamparkan bumi dengan begitu indah dan suburnya untuk bercucuk tanam dan mencari rezeki. Yang mengurniakan kita dengan keindahan alam semulajadi. Yang sentiasa menerima taubat hambanya even berjuta kali dosa yang kita buat. Apakah ada wajah cinta yang lebih hebat dari CINTA KEPADA ALLAH?


Pernahkah kita dengar, cintakan harta hartakan hilang.. akan habis juga akhirnya, cintakan manusia, manusia akan mati. Cinta yang sebenar-benarnya yang tidak akan mengecewakan kita adalah cinta kepada Yang Maha Agung. SIAPA YANG LEBIH HEBAT DARINYA? SIAPA YANG LEBIH BERKUASA DARINYA? SIAPA YANG LEBIH PEMURAH DARINYA? SIAPA DAN SIAPA.... tidak akan ada cinta yang lebih agung, selain cinta pada-NYA. Lumrah hidup kita yang sukakan segala-galanya yang indah, siapa lagi yang lebih indah selain dari-NYA?




Sebagai hambanya yang dhaif, cinta Allah dan Rasulnya yang perlu berada dalam hati kita di tahap yang teratas.

Allah SWT berfirman dalam Alquran yang bermaksud : 'Katakanlah (wahai Muhammad), ' Sekiranya kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku, dan kalian akan dicintai oleh Allah dan Allah akan mengampunkan untuk kalian dosa kalian, dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' (Ali-Imran:31) 

Mengingatkan diri sendiri... mengingatkan sahabat... tanyalah iman kita, tanyalah hati kita siapa yang berada dalam hati kita sekarang? siapa yang lebih kita cintai? Ibu kita, ayah kita, suami atau anak-anak? Astaghfirullah... mereka adalah cinta kita yang ketiga, keempat dan kelima.





Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Kembali lagi ke o&g an nur

Selepas 6 tahun berlalu, aku kembali ke sini... alhamdulillah rezeki yg amat besar tak terhingga. Thank you Allah! Bercampur baur perasaan antara percaya dan tidak dan antara takut dan risau... Pengalaman kali ke-3 tapi selepas 6 tahun bukanlah sesuatu yg bole di recall mcm tu je, yg pasti sakit bersalin tu ingat huhuhu... sampai sekarang. Subhanallah, aku kena kuatkan ingatan betapa pahala yg akan diperolehi ibu mengandung lagi banyak jika bersabar... Ya rabb, permudahkanlah kami dlm setiap urusan kami.. Kali ke 2 membuat cek up di klinik wanita annur, bndar baru bangi.. berpagi-pagian. Sudah banyak perubahan. Kliniknya dah bertambah luas dan selesa. Pagi ini kebetulan pula dgn announcement doa utk memulakan tugas... sama2 menadah tangan... sejuk rasa hati. Andai ada peluang utk bersalin di sini lagi akan kuusahakan tetapi memandgkan kos rawatan.. masih lgi berkira2.. apa-apapun moga dipermudahkan segalanya... amin ya rabb! Gambar emir masa kecik2 dan inilah baby 6 tah...