Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Bestnya jadi ustaz...

Salah satu bekalan semasa di alam barzakh adalah ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain... sungguh indahnya bertugas sebagai ustaz dan ustazah, cikgu-cikgu serta ulama-ulama yang sentiasa hidup dengan mengajar dan memberi tazkirah serta ceramah kepada orang ramai. Apatah lagi jika ilmu yang disampaikan adalah ilmu yang bermanfaat, subhanallah... sesaat terasa ingin menukar profession untuk menjadi seorang ustazah.. Tapi orang macam hamba ni, manakan layak. Ilmu pun tiada huhuhu... (menyimpan harapan segunung uhud, insyaAllah). Semoga ilmu cetek yang kucoret di sini mampu menjadi sedikit bekalan untukku nanti huhuhu...  Mutiara kata yang kudapat dari ustazah zaini hari ini sungguh indah dan bermotivasi. Tambahan lagi, hidup seharianku sentiasa terdetik dengan congakan 'keuntungan untuk hari ini' bagi bizku. "Amalan wajib yang kita kerjakan setiap hari yang telah ditetapkan oleh Islam adalah modal kita untuk hari akhirat, dan amalan sunat itu adalah keuntun...

Politik yang baru berlalu..

Alhamdulillah... memulakan tugas lagi tapi keseorangan kali ini. Kadang-kadang bersendirian itu manis sebenarnya. Banyak masa untuk memuhasabah apa yang tak kena dengan diri dan biz. Tetapi dengan urusan dan amanah berat yang perlu kupikul, perlu juga untuk seseorang membantu meringankan diri. Tidak ada salahnya berdua dan bertiga asal saja dapat memberi perkhidmatan yang sewajarnya dengan baik. Cerita bab politik ni isu serius, tak nak bercerita tapi perlu juga melibatkan diri kerana islam itu syumul, mencakupi semuanya yang berlaku dalam hidup kita. Dengan mengundi sahaja, kita telah pun masuk dalam politik hehehe... dan itulah yang sebaiknya, tanggungjawab sebagai seorang rakyat dan juga khalifahNYA. Bukan untuk memihak kepada mana-mana parti pun. Sekadar meluahkan apa yang ada dalam hati, apa yang    terperap tapi tak terluah. Mungkin juga mewakili insan-insan lain yang tidak bersuara. Sebagai seorang  Islam, hati ini inginkan seorang pemimpin Islam. Is...