Skip to main content

Bestnya jadi ustaz...

Salah satu bekalan semasa di alam barzakh adalah ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain... sungguh indahnya bertugas sebagai ustaz dan ustazah, cikgu-cikgu serta ulama-ulama yang sentiasa hidup dengan mengajar dan memberi tazkirah serta ceramah kepada orang ramai. Apatah lagi jika ilmu yang disampaikan adalah ilmu yang bermanfaat, subhanallah... sesaat terasa ingin menukar profession untuk menjadi seorang ustazah..

Tapi orang macam hamba ni, manakan layak. Ilmu pun tiada huhuhu... (menyimpan harapan segunung uhud, insyaAllah). Semoga ilmu cetek yang kucoret di sini mampu menjadi sedikit bekalan untukku nanti huhuhu... 

Mutiara kata yang kudapat dari ustazah zaini hari ini sungguh indah dan bermotivasi. Tambahan lagi, hidup seharianku sentiasa terdetik dengan congakan 'keuntungan untuk hari ini' bagi bizku.

"Amalan wajib yang kita kerjakan setiap hari yang telah ditetapkan oleh Islam adalah modal kita untuk hari akhirat, dan amalan sunat itu adalah keuntungan!"

MasyaAllah... begitu terkesan, siapa yang tidak inginkan keuntungan? ada ke orang yang berniaga hari-hari hanya nak cukup modal je. Kemudian berniaga lagi, esoknya berniaga lagi tapi sampai bila-bila hanya modal saja yang dapat. Tak dapat aku bayangkan kalau biz aku macam tu, rasanya dah lama aku tutup biz aku. Huhuhu... Bagaimana dengan mutiara kata di atas, kalau harian kita hanya di isi dengan yang wajib sahaja? mana keuntungan kita untuk menampung dosa-dosa kita, mana yang nak menampung amalaan wajib yang telah kita tinggalkan? 

Masyaallah... inilah mungkin salah satu sebab orang yang muflis di akhirat sana. Nauzubillah. Mari kita sam-sama mengagungkan sunnah rasulullah... solat sunat yang begitu banyak, membaca al-quran, puasa sunat yang bermacam-macam.. yang sunat itu keuntungan!!!  




Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Kembali lagi ke o&g an nur

Selepas 6 tahun berlalu, aku kembali ke sini... alhamdulillah rezeki yg amat besar tak terhingga. Thank you Allah! Bercampur baur perasaan antara percaya dan tidak dan antara takut dan risau... Pengalaman kali ke-3 tapi selepas 6 tahun bukanlah sesuatu yg bole di recall mcm tu je, yg pasti sakit bersalin tu ingat huhuhu... sampai sekarang. Subhanallah, aku kena kuatkan ingatan betapa pahala yg akan diperolehi ibu mengandung lagi banyak jika bersabar... Ya rabb, permudahkanlah kami dlm setiap urusan kami.. Kali ke 2 membuat cek up di klinik wanita annur, bndar baru bangi.. berpagi-pagian. Sudah banyak perubahan. Kliniknya dah bertambah luas dan selesa. Pagi ini kebetulan pula dgn announcement doa utk memulakan tugas... sama2 menadah tangan... sejuk rasa hati. Andai ada peluang utk bersalin di sini lagi akan kuusahakan tetapi memandgkan kos rawatan.. masih lgi berkira2.. apa-apapun moga dipermudahkan segalanya... amin ya rabb! Gambar emir masa kecik2 dan inilah baby 6 tah...