Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Doa Mustajab

Kata ustaz, selepas dengar kuliah ni, terus sampaikan kepada orang lain pula. Biarkan ia terus mengalir macam air, harap-harap boleh membantu kita kelak, InsyaAllah sama-sama kita praktikkan. Sebenarnya tajuk kuliah pagi ni adaalah doa tapi as usual, adalah juga kisah-kisah dan juga topik lain yang menjadi contoh. Selit-selit antara topik doa. Bila sebut sahaja doa yang paling sinonom soalannya adalah bila waktu mustajab doa dan di manakah tempatnya mustajab doa kan? Waktu-waktu mustajab doa ni banyak sebenarnya dan antara waktu yang paling mustajab adalah saat sepertiga (1/3) malam. Iaitu waktu yang paling besar ganjaraannya untuk kita merintih memohon ampun dan juga memohon segala-galanya dari Allah Azzawajalla. Masa ni sukarnya tuk bangun, biar jam berdering, kita tarik lagi selimut tapi boleh pulak tutup jam tu kan. Antara situasi lain plak, Allah bangunkan kita, bila kita nak ke toilet masa tu, tapi kita tak ambik peluang untuk terus bertafakur di tikar solat tapi keluar ...

Bulan Mulia Yang akan Tiba

Sudah agak lama tidak mengulas rasa hati, dek terbuai seketika dengan dunia yang begitu mempesona. Hanya sebuah rumah yang diberi ujian, terbuainya rasa... terlupa seketika untuk mencari cinta ilahi. Semoga dijauhi kita dari terus terbuai hingga akhirnya terlena, terlena dan terus terlena tanpa cinta yang suci. Melalui 3 bulan yang mulia, sekarang kita berada di bulan syaaban bulan yang Nabi amat suka dengan puasa sunatnya. Tak lama lagi kita akan berjumpa dengan bulan yang penuh barakah, penuh kemuliaan sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Semoga kita diberi kesempatan untuk menemui bulan Ramadhan tahun ini dan melaluinya dengan penuh keinsafan, dan dipenuhi denga aktiviti yang mendapat ganjaran sebesar-besarnya di sisi Allah Taala. Semoga di bulan ini, kita sudah pun bersiap-siap dari segi rohani dan jasmani untuk menemui bulan Ramadhan. Dengan berpuasa sunat pada bulan ini bukan sahaja mampu mempersiapkan diri kita menyambut Ramadhan tetapi ganjaran pahala pun dijanjikan All...