Skip to main content

Doa Mustajab

Kata ustaz, selepas dengar kuliah ni, terus sampaikan kepada orang lain pula. Biarkan ia terus mengalir macam air, harap-harap boleh membantu kita kelak, InsyaAllah sama-sama kita praktikkan.

Sebenarnya tajuk kuliah pagi ni adaalah doa tapi as usual, adalah juga kisah-kisah dan juga topik lain yang menjadi contoh. Selit-selit antara topik doa. Bila sebut sahaja doa yang paling sinonom soalannya adalah bila waktu mustajab doa dan di manakah tempatnya mustajab doa kan?

Waktu-waktu mustajab doa ni banyak sebenarnya dan antara waktu yang paling mustajab adalah saat sepertiga (1/3) malam. Iaitu waktu yang paling besar ganjaraannya untuk kita merintih memohon ampun dan juga memohon segala-galanya dari Allah Azzawajalla. Masa ni sukarnya tuk bangun, biar jam berdering, kita tarik lagi selimut tapi boleh pulak tutup jam tu kan. Antara situasi lain plak, Allah bangunkan kita, bila kita nak ke toilet masa tu, tapi kita tak ambik peluang untuk terus bertafakur di tikar solat tapi keluar je toilet terus berdengkur lagi. Huhu... betapa lemahnya kita untuk menangkis godaan si syaitan (menginsafi diri sendiri) .

Sebenarnya waktu yang baik dalam Islam ialah dari subuh hingga terbitnya matahari. So, elok benarlah selepas kita berqiamullai seketika sebelum subuh, terus solat subuh setelah masuknya waktu dan mengamalkan amalan-amalan lain yang mengingatkan kita kepada Yang Maha Agung seperti baca quran, berzikir, mendengar ilmu dan sebagainya. Sambil-sambil menyediakan sarapan pagi, 'on' kan tv atau radio ikim yang sentiasa ada rancangan ilmuan ie tanyalah ustaz. Itupun sudah boleh dikategorikan sebagai mencintai dan mendengar ilmu walaupun dalam radio atau tv. 

Yang terpaksa bergerak awak ke pejabat pun, masih ada waktu dan peluang untuk mendengar ilmu yang bermanfaat dengan 'on'kan radio dalam kereta. Daripada kita berkeluh kesah dan stress dengan 'jem' atau kesesakan jalan raya, pilihlah satu channel yang boleh membawa ketenangan kepada kita. Bukan sahaja boleh memberi ketenangan tetapi boleh memberi ganjaraan dan juga impak kepada personaliti kita. Di mana sahaja kita berada, biarlah ada saja perbuatan yang boleh meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT.

Seperti kata Ustaz Syukri (ustaz yang beri kuliah ni, baru balik dari Yaman), Islam ini satu satunya agama yang memberi ketenangan. Bila kita menyerahkan diri sepenuhnya kepada Islam ini, insyaAllah kita akan merasa ketenangan tersebut. Tapi bagi yang seorang muslim yang masih merasa keluh kesah, risau dan seolah-olah kosong hidupnya, maksudnya ada yang masih perlu diperbetulkan. Maknanya kita belum menyerahkan sebenarnya-benarnya hati kita kepada Islam. (MasyaAllah.. patutpun terasa kosong saja jiwa).


gambar sekadaar hiasan
  
Antara waktu lain semasa turunnya hujan, semasa sujud yang terakhir dan juga semasa berada di raudhah, Madinah.

Berkisar tentang tempat makbulnya doa, sudah tentulah banyak tempat di Makkah iaitu makam Nabi Ibrahim, multazam, raudhah masjid Nabi di Madinah. Tapi di Malaysia ni pun ada gak raudhahnya (taman syurga) iaitu majlis-majlis ilmu. (So, rajinlah-rajinlah kita mencari majlis-majlis ilmu untuk mencari redha Ilahi). Di mana-mana pun kita berdoa, bila kesungguhan dan juga keikhlasan itu hadir, maka insyaAllah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ada orang, ujian demi ujian menimpanya. Jika dia sabar dan tabah melaluinya, insyaAllah dia akan mendapat sesuatu yang lebih baik dari itu. Tapi bagi yang tidak sabar, murka Allah lah yang diterima. Ujian itu datangnya dari Allah, tanda sayangnya DIA kepada hambaNYA. Ujian itu datang kerana Allah rindu nak dengar rintihan kita. Allah rindu nak dengar tangisan dan rayuan kita. Ujian itu pula adalah dihantar bersesuaian dengan kemampuan kita masing-masing. Jika ditimpa musibah, atau ujian apa sekalipun, berdoalah kepadaNYA, kembalilah kepada PENCIPTA KITA. Ustaz ada bagi doa yang boleh diamalkan jika ditimpa musibah, yang diamalkan oleh Nabi kita. Mudah-mudahan dengan mengamalkan doa ini, kita bukan sahaja mengikut sunnah tapi doa kita ini termakbul dan kita dapat mengehadapi dugaan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan:-  


إِنَّا لِلّهِ واِناَّ اِلَيْهِ راجِعُون اللهُمَّ أجُرْنِى مِنْ مُصِىْبَتِىْ وأَخْلِفْنِى خَيْرًا مِنْهاَ 
  
Berdoalah dengan penuh khusyuk. Jagalah adab-adab berdoa. Kita memohon dari PENCIPTA kita yang tiada tandingannya. Bersungguh-sungguh dan yang pendting keikhlasan kita. Kekesalan kita bertaubat dan memohon keampunan. Menangislah kita, kalau tak boleh menangis pun, buat-buatlah agar kita menangis, kerana itu yang sebaik-baiknya. Ada satu lagi doa yang diberi ustaz untuk kita sama-sama kongsi agar kita menjadi hambanya yang sentiasa meningkat keimanannya.

اللهمَّ ارْزُقْنِىْ عَيْنَيْنِ هَطَا لَتَيْنِ تُشْفِيَانِ القَلْبَ

     بِذُرُؤفِ الدَمْعِ مِنْ خَشْيَتِكَ قَبْلَ اَنْ تَصِيْرَ الدُّمُوْعُ دَماٍّ

maksudnya: Ya Allah Ya Tuhanku kurniakan kepadaku dua mata yang
                   sentiasa mengalirkan air mata, yang menyembuhkan hati disebabkan
                   sentiasa takut kepadaMU, sebelum mengalirnya air mata darah"

Akhirnya, untuk menulis doa ini dapat ilmu baru iaitu menulis menggunakan keyboard jawi. Google keybord jawi, pastu akan ada banyak post berkenaan keyboard jawi. semoga bermanfaat dan boleh di amal bersama. Salam kasih sayang sesama Islam.



Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Kembali lagi ke o&g an nur

Selepas 6 tahun berlalu, aku kembali ke sini... alhamdulillah rezeki yg amat besar tak terhingga. Thank you Allah! Bercampur baur perasaan antara percaya dan tidak dan antara takut dan risau... Pengalaman kali ke-3 tapi selepas 6 tahun bukanlah sesuatu yg bole di recall mcm tu je, yg pasti sakit bersalin tu ingat huhuhu... sampai sekarang. Subhanallah, aku kena kuatkan ingatan betapa pahala yg akan diperolehi ibu mengandung lagi banyak jika bersabar... Ya rabb, permudahkanlah kami dlm setiap urusan kami.. Kali ke 2 membuat cek up di klinik wanita annur, bndar baru bangi.. berpagi-pagian. Sudah banyak perubahan. Kliniknya dah bertambah luas dan selesa. Pagi ini kebetulan pula dgn announcement doa utk memulakan tugas... sama2 menadah tangan... sejuk rasa hati. Andai ada peluang utk bersalin di sini lagi akan kuusahakan tetapi memandgkan kos rawatan.. masih lgi berkira2.. apa-apapun moga dipermudahkan segalanya... amin ya rabb! Gambar emir masa kecik2 dan inilah baby 6 tah...