Skip to main content

Bingkisan..



Tiada kata yg bisa mengukir apa yg ada di hati saat ini
Tiada ayat yg dpt menyampaikan dgn sebenarnya apa kata hati ini
Tatkala ayat-ayat sucimu begitu mendayu...
Menggamit sesalan yg tak sudah2 Sesalan sesungguh rasa

Malu yg tidak terhingga
Mengenang turun naiknya iman dlm diri
Malu diri ini tatkala berdua begini Malu mengenang hinanya diri
Malu mengenang kepuraan diri Tanpa disedari
Malu mengenang perasaan jahat dan ego yg sentiasa mengekori
Malu mengenang sikat takabur yg sentiasa menghambat
Malu mengenang diri yg terasa hebat Malu mengenang 'aku' sentiasa merasakan sesuatu itu 'milikku'...

Seketika diri terlalu sensitif dgn kata- kata
Terlalu sensitif dgn apa yg didengar Terus airmata mengalir deras..
bagai tidak dpt ditahan
Ketakutan dan kekesalan menjelma Ya rabb, ini yg aku inginkan
Hati yg sentiasa takut dgn kebesaranmu Dan menagih cintamu yg agung
Biarlah diriku begini selamanya ya rabb...
Aku tak ingin yg lain tapi cintamu..

Seketika cuma,

Seketika lagi hatimu keras menongkah arus
Perasaanmu bagai ais yg tidak akan cair
Tahu itu, akur, tetapi tiada lagi sensitif
Seolah-olah diri tetap di dunia ini Hilang terus jati diri yg dulu..
Takut tapi sekadar takut
Cinta tapi hanya pada bibir..
Adakah lagi cinta itu yg kau tunjuki dgn anggota,
Adakah lagi cinta dengan mata yg basah..
Tanyalah diri.. tanyalah hati
Carilah kembali
Namun masih menyepi
Di mana 'aku' yg lalu?

Ya rabb! Tiada tangisan lagi usai solatku
Doaku kering.. Diriku kosong..
Aku tahu iman ada pasang surutnya.. ya rabb.. Aku tahu...
tapi aku tak rela ini akhirnya diri.

Ya Allah tariklah aku kembali Mengenal siapa diri hina ini Mengenal siapa pencipta diri ini Mengenal apa tujuan aku di sini

Ya rabb biarpun tiada manik2 sesal yg jatuh mengiringi kedegilan diri Tapi jauh di sudut yg paling dalam aku memerlukanmu yg teramat Memerlukan pertolonganmu ya rabb! Aku takut nerakamu..
Aku cukup gerun dgn siksaan itu..

Tetapi mengapa ketakutan itu hanya kekal di situ, sedang diriku lena...??? Ya Allah ya Allah ya Allah!!!


Comments

Popular posts from this blog

Suraya Seafood yang jem dan padat

Tempat ni agak sentimental sikitlah bagi mama sebab dari lepas keluar universiti, praktikal masa tu terus kenal suraya seafood yang 'heaven' ni bak kata penggemar makanan. Dari dulu lagi memang ramai sangat customer huk!huk! Sampai sekarang of course lah bertambah-tambah lah ramainya kan. Jangan terperanjat kalau datang sini tengok masing-masing kena tunggu orang lain habis makan, tunggu tempat duduk tau. (Pack sangat sampai tak cukup tempat duduk) Dari dulu sampai sekarang camtu.  Dulu-dulu selalu datang makan, so diorang pun dah kenal mama, bolehlah minta tolong diorang carikan meja, lagi cepat... tapi sekarang dah bertahun-tahun tak ke sana, pekerja pun ramai yang dah lain.. tak ingat dah masing-masing hihi.. Apa yang best sangat kat suraya seafood kg. Baru ni? Haaa... jangan tak tau, makanannya semua sedap. Dari sekecil-kecil sambal belacan 'pink' yang unik sampailah lauk-pauk yang besar-besar. Kat sini juga ada mee celup yang lazat. Tak lu...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Menolong Agama Allah-Perjuangan Bermula Lagi

Pernah kudengar sebelum ni dari tazkirah, salah satu cara untuk murahkan rezeki kita ialah dengan menolong agama Allah. Luas pengertiannya dan juga banyak caranya untuk kita menolong agama Allah.  Menolong saudara seislam kita yang dalam kesusahan apatah lagi membantu saudara terdekat kita, segala-galanya mencakupi pengertian menolong agama Allah.  Apatah lagi jika melibatkan umat Islam keseluruhannya, melibatkan masyarakat sekeliling kita. Jom kita menolong agama Allah...