Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

Jalan-Jalan di Taman Burung Kuala Lumpur

yeay control! Itu gambar control takut haha... takut dan berat burung-burung ni weh. Mana taknya besar tu. Dahla takut kena bee...rak! Kakak lagi berat sebab burung tu dari bahu terbang ke tangan dia haha... burung adik pula terus terbang atas mama. Macam-macam burung ni. Kalau nak pegang macam ni, kenalah ambil gambar dengan jurukamera yang menunggu di sana ye. Tapi gambarnya memang cantik. Yang kat atas ni personalnya gambar. Seronok gaklah walaupun melihat burung je, ada jugalah binatang lain macam ikan kikiki dalam kolam yang boleh juga diberi makan. Untuk yang berminat nak mengenali species burung dan untuk mendedahkan anak-anak dengan dunia haiwan... bagus datang ke sini. At least, boleh tambah ilmu kan walaupun dengan mengenali burung, itupun satu pendedahan yang baik. ada show dok depan lagi nampak panas...tapi seronok

Merasai salji di snow walk icity

Haaa... siapa yang nak merasai macam mana salji jom ke i-city. Walaupun tak ada lah orang cakap sama pun tapi bolehlah untuk merasai suasananya. Memang sejuk ggggrrr... masuk dalam tu sekejap pun tak tahan. Boleh meleleh air hidung hahaha... cantik kat dalam ni salah satu terowong yang ada dalam snow walk ni ni lepas keluar sejukkkk... posing lu sebelum join tempat lain pula Then teruskan perjalanan ke trick art museum pula. Sebelum ni dah pegi, tapi ni kita bawa acu, cik bie dan adanish pula k. sempatlah posing masa ni sebab orang belum ramai Lepas tu kami ke bahagian space pula... apa namanya dah lupa. Ohh namanya Space Mission. bolehlah nak kenal-kenal matahari dan bulan-bulan dan apa-apa berkaitan space ok. cantik pula macam kat mana-mana ntah hahaha nampak kat belakang tu ... betul-betul kat space hahaha

Bercuti di saufiville janda baik

mula-mula sampai cantikkan?? view dan kesejukan... sweet memory... Antara tempat yg seronok sepanjang percutian kami setakat ini... limastiga dan saufiville. Apa yg menariknya saufiville ni, pemandangannya yg indah dan permai.. sejuk dan tenang je. Cuma agak mahal sebab kita tak boleh masak. Nak tak nak, booking sekali dgn makan semua.  Mmm agak jauhlah kalau nak turun ke bawah untuk cari makan, apatah lagi malam2.. jalan nak naik ke saufiville ni pun agak mencabar okey... Apa pun.. kami amat seronok di sini dan enjoy percutian dan yg penting keakraban kami makin utuh. Sempat berusrah, sempat bertahlil dan juga heart to heart talk dgn family. Cantik sangat kalau boleh lagi ditampal gambar2 di sini. Kena cari dan trace dulu k. Yg pasti dalam pixajoy... telah kuabadikan siap-siap. So, tak risau kalau tetiba hilang gambar2 tu kat laptop. Itu pentingnya pixajoy... Don't ever regret losing the precious memories of your family - photo book ...

District 21 ioi city mall

Sejak ioi city dibuka, ramai juga yang beberapa kali datang hanya untuk ke sini. Kalau tak gsc cinema, district 21 ni lah yang menjadi pilihan. Ada juga yang sukakan ice skating tapi district 21 ni lain dari yang lain sikit kan. Percampuran permainan yang kanak-kanak, remaja dan dewasa pun boleh turut serta. Apa yang ada di sini? Trampoline yang luas yang pastinya kanak-kanak suka sangat. Gelongsor dengan menaiki pelampung, panjat-panjat yang banyak liku-likunya sampai kena masuk ikut badan robot dan keluar ikut bas sekolah hahaha... Lagi ada trampoline sambil masukkan bola (haha... abaikan bahasa mama), aksi memanjat bermacam-macam cara, turun ikut tiang ala-ala bomba pun ada, dan yang paling mencabar terjunan dan juga berjalan atas papan-papan yang tinggi gila gggrrr... siapa yang sukakan cabaran datanglah ke district 21 untuk mencabar diri anda.. hihi... Yang penting, mama duduk-duduk je melihat, ketawa dan merenung bermacam-macam lagak kanak-kanak di sini. Excited juga melih...

Trick art museum i-city

Kat icity ni dah beberapa kali pergi tapi tak juga masukkan gambar sampai dah hilang entah ke mana semua. Kat sini ada banyak mainan sebenarnya nak-nak di malam hari. Ada waterpark, ada salji, ada train, ada lampu lip lap ( hihi...) dan playground untuk kanak-kanak pun ada. Tapi... tapi.. tapi bab harga yang tak tahan tu ok. Kali ni kita cerita dulu museum yang ada gambar kita sendiri yang perlu kreatif untuk posing ok iaitu trick art museum... jommm naik unta kakak sib baik tak basah bravo.. nak pergi mana tu dik? hati-hati...