Skip to main content

District 21 ioi city mall

Sejak ioi city dibuka, ramai juga yang beberapa kali datang hanya untuk ke sini. Kalau tak gsc cinema, district 21 ni lah yang menjadi pilihan. Ada juga yang sukakan ice skating tapi district 21 ni lain dari yang lain sikit kan.
Percampuran permainan yang kanak-kanak, remaja dan dewasa pun boleh turut serta. Apa yang ada di sini? Trampoline yang luas yang pastinya kanak-kanak suka sangat. Gelongsor dengan menaiki pelampung, panjat-panjat yang banyak liku-likunya sampai kena masuk ikut badan robot dan keluar ikut bas sekolah hahaha...
Lagi ada trampoline sambil masukkan bola (haha... abaikan bahasa mama), aksi memanjat bermacam-macam cara, turun ikut tiang ala-ala bomba pun ada, dan yang paling mencabar terjunan dan juga berjalan atas papan-papan yang tinggi gila gggrrr... siapa yang sukakan cabaran datanglah ke district 21 untuk mencabar diri anda.. hihi...
Yang penting, mama duduk-duduk je melihat, ketawa dan merenung bermacam-macam lagak kanak-kanak di sini. Excited juga melihat anak-anak sendiri memanjat, mengujakan.
Tempat ini boleh jadi pusat sehenti untuk melepaskan anak-anak yang sukakan aktiviti lasak. Pasti mereka seronok. Alah kalau yang tak suka lasal trampoline tu kan ada, tapi bayar mahal-mahal main trampoline je.. tak berbaloi baiklah ke jumstreet je.
Untuk harga tiket google lah sendiri ye sebab takut berubah-ubah pula harganya saban tahun. So lawat websitenya sendiri lebih baik dan lihat sendiri macam-macam yang ada.


go go kakak

lompat yeay

tengok adanish tingginya....

slide




Comments

Popular posts from this blog

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Merasai salji di snow walk icity

Haaa... siapa yang nak merasai macam mana salji jom ke i-city. Walaupun tak ada lah orang cakap sama pun tapi bolehlah untuk merasai suasananya. Memang sejuk ggggrrr... masuk dalam tu sekejap pun tak tahan. Boleh meleleh air hidung hahaha... cantik kat dalam ni salah satu terowong yang ada dalam snow walk ni ni lepas keluar sejukkkk... posing lu sebelum join tempat lain pula Then teruskan perjalanan ke trick art museum pula. Sebelum ni dah pegi, tapi ni kita bawa acu, cik bie dan adanish pula k. sempatlah posing masa ni sebab orang belum ramai Lepas tu kami ke bahagian space pula... apa namanya dah lupa. Ohh namanya Space Mission. bolehlah nak kenal-kenal matahari dan bulan-bulan dan apa-apa berkaitan space ok. cantik pula macam kat mana-mana ntah hahaha nampak kat belakang tu ... betul-betul kat space hahaha

Aroma village restaurant seri kembangan

Selepas bermain sakan di kidzoona, jaya jusco taman equine, budak berdua ni terus lapar lagi. Singgah retoren yang baru di buka dalam jaya jusco ni tak jauh dari food court. Ini kali kedua menyinggah. Kakak request nak nasi goreng lagi. Pertama kali masuk, mula-mula tengok harga lah kan... agak priceyla.. kiranya harga lebih kurang makan kat domino or pizza. Tapi makanan best juga. Hari ni abang makan roti jala, mm kari ayam sedap.. oklah dengan 4 keping roti jala yang agak cubby. Mama masih lagi sukakan nasi goreng nyonya. Yummy! Overall, walaupun makanan sedap tapi sekali sekala boleh lah ye anak-anak. Tak larat mama macam ni makan tiap2 minggu huhuhu...