Sempat mendengar kuliah ust. jafri pagi ni.. Ada 3 jenis taman syurga iaitu pertama , taman syurga yg selalu kita jumpa tapi tak selalu kita nak join. Malah inilah satu-satunya taman syurga yg ada atas dunia ni. Rata-rata kita dah tahu 'majlis ilmu' adalah taman syurga yg dimaksudkan. Di mana malaikat-malaikat akan mendoakan dan memohon keampunan orang-rang yang ada dalam majlis ilmu. Besarnya fadilat majlis ilmu ni kan. dan inilah yg tak ramai dari kita suka utk melakukannya. Alasannya, sibuk, tak sempat, nak ambik anak sekolah, nak hantar anak tusyen dan berbagai lagi alasan yang selalu kita cipta utk mengelak majlis ilmu. Padahal bukan saja ganjaran besar yg kita dapat, ilmu yg kita dapat boleh meningkatkan lagi kecintaan kita kpd Allah & Rasul. Malah membuka mata kita bagaimana utk hidup atas dunia ni. Mengajar kecantikan Islam yg telah Rasul ajar terlebih dulu dari org2 barat yg kita agung-agungkan selama ini. Kedua , taman syurga di alam barzakh (alam kubu...
diari kehidupanku sepanjang bermusafir di dunia fana yang penuh onak dan duri...