Skip to main content

Taman Syurga

Sempat mendengar kuliah ust. jafri pagi ni..

Ada 3 jenis taman syurga iaitu pertama, taman syurga yg selalu kita jumpa tapi tak selalu kita nak join. Malah inilah satu-satunya taman syurga yg ada atas dunia ni. Rata-rata kita dah tahu 'majlis ilmu' adalah taman syurga yg dimaksudkan. Di mana malaikat-malaikat akan mendoakan dan memohon keampunan orang-rang yang ada dalam majlis ilmu. Besarnya fadilat majlis ilmu ni kan. dan inilah yg tak ramai dari kita suka utk melakukannya. 

Alasannya, sibuk, tak sempat, nak ambik anak sekolah, nak hantar anak tusyen dan berbagai lagi alasan yang selalu kita cipta utk mengelak majlis ilmu. Padahal bukan saja ganjaran besar yg kita dapat, ilmu yg kita dapat boleh meningkatkan lagi kecintaan kita kpd Allah & Rasul. Malah membuka mata kita bagaimana utk hidup atas dunia ni. Mengajar kecantikan Islam yg telah Rasul ajar terlebih dulu dari org2 barat yg kita agung-agungkan selama ini.

Kedua, taman syurga di alam barzakh (alam kubur). Berbahagialah, beristirehatlah wahai hamba-hamba yg soleh. Jika amalmu bagus, amalmu di dunia ini baik, di alam barzakh nanti kuburmu akan menjadi taman syurga. Berehat bagaikan pengantin. Tapi kalau amal kita di dunia ini lintang pukang, insyaallah belum bangkit lagi, dalam kubur je dah menjerit melolong, nauzubillah...

Bila kita muhasabah diri, setiap hari kita akan fikir untuk meningkatkan taraf hidup kita. Kalau hari ni rumah kita agak sempit, kita akan letakkan matlamat dan berusaha untuk besarkan rumah untuk anak-anak yang main membesar walhal kita hidup ni hanyalah setakat 60-70 tahun. Sedang untuk hidup kita yg kekal abadi di SANA? kita lupa kan... kita lupa untuk meningkatkan taraf hidup kita di sana... kita lupa untuk bersiap sedia untuk rehat yg panjang di alam barzakh. rumah kita di alam kubur sana rumah yg bagaimana kita nak. Bagaimana kita di padang mahsyar nanti.

Taman syurga yg ketiga, adalah syurga yg nyata. Syurga yg sebenarnya dan kekal abadi di alam akhirat nanti... subhanallah.. jika dengar lagi pasal syurga ni, penghuraiannya... tak terbayang dek akal. indahnya. huhuhu mampukah kita? mengimpikan syurga namun sentiasa melakukan dosa...

gambar sekadar hiasan



Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Kembali lagi ke o&g an nur

Selepas 6 tahun berlalu, aku kembali ke sini... alhamdulillah rezeki yg amat besar tak terhingga. Thank you Allah! Bercampur baur perasaan antara percaya dan tidak dan antara takut dan risau... Pengalaman kali ke-3 tapi selepas 6 tahun bukanlah sesuatu yg bole di recall mcm tu je, yg pasti sakit bersalin tu ingat huhuhu... sampai sekarang. Subhanallah, aku kena kuatkan ingatan betapa pahala yg akan diperolehi ibu mengandung lagi banyak jika bersabar... Ya rabb, permudahkanlah kami dlm setiap urusan kami.. Kali ke 2 membuat cek up di klinik wanita annur, bndar baru bangi.. berpagi-pagian. Sudah banyak perubahan. Kliniknya dah bertambah luas dan selesa. Pagi ini kebetulan pula dgn announcement doa utk memulakan tugas... sama2 menadah tangan... sejuk rasa hati. Andai ada peluang utk bersalin di sini lagi akan kuusahakan tetapi memandgkan kos rawatan.. masih lgi berkira2.. apa-apapun moga dipermudahkan segalanya... amin ya rabb! Gambar emir masa kecik2 dan inilah baby 6 tah...