Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

Hari ke-2 di az zahra bangi

Alhamdulillah, sakit2 masih ada lenguh2 masih ada tapi syukur itu penting. Masih dapat menikmati nafas yg diberi hari ini dan menatapi sicomel yg baru lahir. Tak sabar nak balik rumah sebab rindukan 2 org lagi anak. Huhu.. lagi satu biasala biarpun best macam mana pun tempat lain, rumah kita juga yg rasa selesa dan selamat.. Hari ni dah jumpa pakar o&g cek jahitan semua dan dah jumpa paed yg cek baby. So ikutkan dah bole discharge ari ni, tunggu bill je huhu... brp lah agaknya ye. Abg dan kakak yg excited dpt adik... alhamdulillah Siap sedia utk pulang...

Buah hati kesayangan bonda

Duhai anak Merenung keletahmu Merenung dirimu yg kian membesar Mendengar celotehmu yg kian matang meniti usia Kecomelanmu membuatku terpesona Kelucuanmu membuatku ketawa Kenakalanmu kekadang membuatku marah Tapi sehebat manapun marahku pasti terpujuk dgn janji manismu Duhai anak Kaulah permata hati bonda Yg kubawa selama sembilan bulan dalam kandungan Kau memahami setiap apa yg bonda rasa Kau mendengar setiap apa yg bonda rintihkan Duhai anak Besarnya tanggungjawab bonda utk mendidikmu Mengikut acuan rasulmu Hingga mampu menolong bonda di akhirat sana

Bercuti di kulim-penang

19 ogos lepas, sempat berkumpul satu family di kulim... seronoknya sebab jarang dapat peluang begini. Adik yg di mesir, baru balik dan yg lain2 pula dapat bercuti bersama. Completelah sudah family tanpa ayahanda tercinta. Lagipun dah lama sangat tak buat family day. Last sekali rasanya di janda baik, saufiville. Itupun belum sempat ku cerita kan. Sudah 2 tahun sudah huhu. Untuk kali ni, memandangkan adik lelaki bongsu ni tak dapat bercuti, so kami decide utk berjumpa di sanalah, kulim kedah utk kali yg ke-2 nya. Kali ni, ahli bertambah maka kami terpaksa cari homestay yg lebih luas dan selesa. Punyalah sukar mencari, sebab last minute and kebanyakannya dah penuh. Last sekali jatuh cinta dengan seri embun homestay, sebab dlm satu pagar tu ada 4 buah rumah.. 1 rumah besar, 2 buah hanya bilik dan sebuah lagi bilik dgn dapur. Macam biasa tentatif program mesti ada, kalau tak.. semuanya lepak2 kosong je. Yg pasti as usual, meeting keluarga aka usrah ada, game teka action dan lai...

Placenta previa type 1 aka uri di bawah

Actually, isnin lepas dah p jumpa doctor di hospital az zahra, bangi. Tak sabar nak tgk keadaan uri sebenarnya dan tak sabar nak tau yg boleh bersalin normal. Asyik mikir memanjang... Resultnya, alhamdulillah walaupun tak begitu memberangsangkan tapi positiflah ckit. Doctor faz cakap kesku dikategorikan sebagai placenta previa type 1 dan hanya 1 cm je lagi keadaan yg betul2 elok dan dia bole confirm aku bole bersalin normal. Doctor suruh doa banyak2, moga2 1cm uri bergerak dalam masa terdekat ni dan tiada masalah utkku bersalin normal. Bergantung kepada hari kelahiran lah jawabya ni. Sebab sekarang dah 36 minggu. Bagusnya doctor ni sebab sentiasa positive dan sentiasa memberi harapan. Cadangnya seminggu lagi nak jumpa lagi untuk confirmkan tapi terpaksa juga fixkan 20hb ni utk tengok last position uri disebabkan cuti raya haji yg dekat sgt.  Tapi tak taula kan dah bersalin ke belum masa ni, sebab kedua2 anak sebelum ni awal keluarnya, sorang 17 hari dan sorang 9 hari. Kalo iku...