Skip to main content

Bercuti di kulim-penang


19 ogos lepas, sempat berkumpul satu family di kulim... seronoknya sebab jarang dapat peluang begini. Adik yg di mesir, baru balik dan yg lain2 pula dapat bercuti bersama. Completelah sudah family tanpa ayahanda tercinta.

Lagipun dah lama sangat tak buat family day. Last sekali rasanya di janda baik, saufiville. Itupun belum sempat ku cerita kan. Sudah 2 tahun sudah huhu. Untuk kali ni, memandangkan adik lelaki bongsu ni tak dapat bercuti, so kami decide utk berjumpa di sanalah, kulim kedah utk kali yg ke-2 nya.

Kali ni, ahli bertambah maka kami terpaksa cari homestay yg lebih luas dan selesa. Punyalah sukar mencari, sebab last minute and kebanyakannya dah penuh. Last sekali jatuh cinta dengan seri embun homestay, sebab dlm satu pagar tu ada 4 buah rumah.. 1 rumah besar, 2 buah hanya bilik dan sebuah lagi bilik dgn dapur. Macam biasa tentatif program mesti ada, kalau tak.. semuanya lepak2 kosong je.

Yg pasti as usual, meeting keluarga aka usrah ada, game teka action dan lain2 acara. Sempatlah juga menyinggah air terjun yg tak jauh dari homestay ni. So far, kami puashati dgn homestay yg single2 dan sekali dgn dapur tu cuma rumah yg besar agak tak puashati. Anyway, tuan rumah sgt mesra dan baik malah izinkan kami makan rambutan dalam kawasan homestay ni. Suasana persekitaran ok dan luas sgt..

And last sebelum balik, sempat jugak melencong ke bukit bendera haha.. last minute plan. Sib baik org tak ramai sangat. Oklah utk bawa kanak2 yg tak pernah naik cable car kan. Anyway, antara gambar2 yg sempat di memorikan. Terima kasih Allah atas nikmat pertemuan kami ini...

Ini dia pokok rambutan yg begitu lebat.. best sgt..

Best bermandi manda dgn cuaca panas ni..

Dah basah kuyup semua kena kuarantin haha...

Ini on d way ke bukit bendera, sempat lunch di line clear!

Yuhuu sampai juga bukit bendera..

Kenangan..

Ini pula seri embun blog.. homestay kami menginap...

Sempat sambut birthday kakak dan sepupunya qalisya.. siap tempah dari kulim tau hihi..

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Kembali lagi ke o&g an nur

Selepas 6 tahun berlalu, aku kembali ke sini... alhamdulillah rezeki yg amat besar tak terhingga. Thank you Allah! Bercampur baur perasaan antara percaya dan tidak dan antara takut dan risau... Pengalaman kali ke-3 tapi selepas 6 tahun bukanlah sesuatu yg bole di recall mcm tu je, yg pasti sakit bersalin tu ingat huhuhu... sampai sekarang. Subhanallah, aku kena kuatkan ingatan betapa pahala yg akan diperolehi ibu mengandung lagi banyak jika bersabar... Ya rabb, permudahkanlah kami dlm setiap urusan kami.. Kali ke 2 membuat cek up di klinik wanita annur, bndar baru bangi.. berpagi-pagian. Sudah banyak perubahan. Kliniknya dah bertambah luas dan selesa. Pagi ini kebetulan pula dgn announcement doa utk memulakan tugas... sama2 menadah tangan... sejuk rasa hati. Andai ada peluang utk bersalin di sini lagi akan kuusahakan tetapi memandgkan kos rawatan.. masih lgi berkira2.. apa-apapun moga dipermudahkan segalanya... amin ya rabb! Gambar emir masa kecik2 dan inilah baby 6 tah...