Alhamdulillah, hari ni dah hari yg ke-34 berpantang. Rasa fresh dan bertenaga. Mungkin makanan tambahan yg menjadi faktor juga. Memang untuk tiga2 orng anak tak pernah makan jamu huhu.. jenis org yg susah makan ubat. Rasanya berpantang kali ke-3 ni lah yg agak teliti sikit dan lebih berdisiplin hihi. Yang pasti untuk ibu2 yg berpantang, jagalah dulu sehingga sebulan at least untuk badan lebih bertenaga. Maklumlah, ibu ni banyak tugasnya tak kira masa, even mengandung, berpantang dan hari-hari biasa. Memang tak boleh lari dari tugas menguruskan rumahtangga.. termasuklah yg memenatkan menguruskan anak-anak kecil. Dan kerana tugas yg berat tulah ibu2 perlu betul2 menjaga kesihatan diri. Maka tugas tu nanti boleh dilaksanakan dgn lebih efision (hihihi..). Penat tu memang tak boleh lari, tapi kekuatan dalaman tubuh itu yg berperanan penting. Walau bagaimanapun tidur waktu dlm pantang ni agak limited lah dan memang tak akan cukup dek baby yg berjaga malam. Terimalah sebagai dugaan y...
diari kehidupanku sepanjang bermusafir di dunia fana yang penuh onak dan duri...