Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

Bermalam di Grand Beach Resort, PD

Dah agak lama tidak bercuti dan bawak anak-anak berseronok di kolam. Bila inform je nak ke PD, kan main seronok mereka berdua. Actually, ini hubby booking sempena anniversary kami yg ke-10.. tq bang! Well, ahli keluarga dah bertambah kali ni. Si kecik ahmad ni pun dah perlu satu ruang utk tidur okey. So kalo tak bawak toto or extra bed, mmg tak muat kikiki... Hotel ni agak ok lah. Biasa2 saja. Yg pasti kolam renang dia agak luas dan anak2 suka. Nak access ke pantai pun senang sangat. Nampak ada family yg buat family day... seronok!  Dari segi bilik, berbau dan lampu banyak yg rosak. biasa aku rajin call utk complain tapi kali ni sibuk dgn baby so terima je seadanya. Asal anak2 seronok cukuplah.  sebelum balik, sempat singgah di ostrich farm ke apa. ingatkan ada dinosour sekali tapi rupanya separate tiket... mmm cukuplah dulu bermain-main dgn burung unta, keldai, unta, arnab, peacock dan lain2. oklah tu. anak-anak jom balik... Suprise dari abg.. ...

Emir Graduation Day

congratulation abang emir Nasib baik masa ni last day berpantang, so sempatlah ke majlis graduasi abang emir. Sempatlah tengok persembahannya sebagai pokok yang menari hahahaha.... kelakar sangat. Pengisian yang menarik dari jemputan istemewa vip tapi lupa nama huhuhu. Persembahan yang menghiburkan juga dari anakanak. Sampai terkekek kekek kakak gelak tengok persembahan mereka. Wah wah siap ada bunyi macam alaala convo budak universiti lagi hahahah. Alhamdulillah abang emir dapat anugerah akhlak mulia lagi ye. Tapi jangan jeles mama pun dapat hadiah hasil dari komen yang diberikan. kenangan untuk abang alahai pokok comelnya.... persembahan dari rakan rakan nak juga mama menyelit hahahha...

Ahlan wasahlan ahmad wafiq

Mama zharfisya perlu diubah kepada mama zharfiqsya hihi... dah 3 org permata hati bonda. Alhamdulillah atas kurniaanmu ya Rabb!! Inilah rezeki yg amat berharga. semoga kami diberikan kesabaran, ketabahan dan kebijaksanaan utk mendidik anak2 kami menjadi anak2 soleh... semoga anak2 mama jadi anak yg soleh... amin ya Rabb! Sayang adik! Welcome my boy! Kami sekarang 3 beradik...

Vkids alamanda datang lagi

Biasalah setiap kali cuti sekolah, akan ada program yg akan dianjurkan oleh vkids club alamanda. Abang (dah naik taraf sejak ada adik baru hihi...) dan kakak suka sangat ikuti progress vkids, sebab ini sahaja program cuti sekolah yg ada di alamanda.  Dulu masa ada pusat mainan macam molly fantasy boleh gak main, sekarang yg ada hanya bowling dan cinema. Bagus juga kalau ada playground macam molly fantasy n kidzoona sebenarnya di alamanda ni tapi entah bila akan ada. Ok kali ni vikids datangkan kucing2 yg comel utk tatapan adik2. Jom main dengan kucing... meaaaawww!!!

Menjelajah atmosphere

Rasanya dah banyak blog yg bercerita mengenai the atmosphere, tempat baru yg dìlukis dengan lukisan2 unik di kebanyakan dinding. Biasanya datang utk panjat- panjat je tapi kali ni saja posing tapi tak banyak pun. Adalah sekeping dua gambar. Itupun model dan jurukamera dua beradik ni je haha... banyak lagi lukisan unik yg lain yg belum sempat dijelajah.