Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Senangnya dengan booking.com

Dari dulu kalau travel, suka guna booking.com sebab senang dan murah. Banyak aplikasi untuk booking hotel dan penginapan ni, macam biasa yang orang guna adalah airbnb dan agoda. Tapi setelah mencuba semua dan mengunakannya, hati masih tetap kat booking, walaupun agoda punya tawaran lebih menarik dengan cashback dan voucher yang sentiasa bertambah setiap kali kita book. Booking.com ada loyalty program dan bila anda dan dampai genius 2, ada banyak discount yang ditawarkan. Menarik! Tak caya bole cuba.

Best ke cite small foot?

Kali ni teman anak anak tengok movie SMALL FOOT. Cite pasal haiwan yeti yang besar macam big foot tu.. cuma yeti ni putih hahaha. Wujud ke haiwan ni atau fantasi semata, itu idaklah kukaji. Yang penting pengajaran di sebalik cerita ni. Bestla juga, sedih sekejap je pastu happy ending. Nasib baik bila ditanya apa pengajaran disebalik movie ni, bolehla juga abang dan kakak jawab. Maksudnya betul betul hayati la tu hahaha... Dalam cerita ni, ketua ketua yeti ni sejak dulu lagi membuat cerita dan undang undang baru demi untuk jaga keselamatan puaknya. Dengan kata lain, menipu lah demi untuk hidup lebih aman. Tapi akhirnya,  tak bahagia juga lah sebab dengan penipuan tu telah berlaku benda-benda yang tak diingini. So, berkatalah yang benar sahaja walaupun pahit. Pengajaran kedua, hubungan dua pihak tak akan aman sentoasa jika salah faham. Jadi macam mana pun kena berterus terang, berbincang dan biar tidak ada samar samar dalam hubungan. Barulah boleh berbaik baik. Dalam cite ni last...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Menolong Agama Allah-Perjuangan Bermula Lagi

Pernah kudengar sebelum ni dari tazkirah, salah satu cara untuk murahkan rezeki kita ialah dengan menolong agama Allah. Luas pengertiannya dan juga banyak caranya untuk kita menolong agama Allah.  Menolong saudara seislam kita yang dalam kesusahan apatah lagi membantu saudara terdekat kita, segala-galanya mencakupi pengertian menolong agama Allah.  Apatah lagi jika melibatkan umat Islam keseluruhannya, melibatkan masyarakat sekeliling kita. Jom kita menolong agama Allah...

Bila Hati Berkecamuk

Di saat hati berkata... Ya Allah apa yang telah aku buat? Ya Allah apa yang perlu aku buat? Apa yang terjadi pada aku? Kenapa semua ni berlaku? Di saat diri kita kehilangan kata-kata kerana dirasakan dunia menghempap terasa dunia kita gelap hati berkecamuk terasa seperti mahu meninggalkan segala-galanya... Ingatlah seketika siapa kita, aku Islam aku punyai Allah Astaghfirullahalazim... Ya Allah ampunilah dosa-dosaku Ya Allah tolonglah aku... Teruskan memanggil nama penciptaMu Hanya dialah yang Maha Mengetahui Walau sejuta kali walau tak terkira bilangannya sebutlah namanya Merintihlah padaNya Sungguh hanya PadaNyalah jalan penyelesaiannya...

Tentang Hati

Masih lagi tentang 'hati'. Tak habis sampai bila-bila untuk bercerita tentang hati sebab hati anggota badan kita yang paling mulia. 'Hati' lah raja kepada anggota kita. Rosak hati kita, rosaklah segala-galanya. Pentingnya hati sebagai anggota badan kita yang tak boleh kita nampak tapi kita boleh merasai. Kita ada kesedaran untuk buat check-up anggota badan kita di hospital di klinik takut ada yang tak kena, tapi pernah tak kita sedar untuk buat check-up hati kita, sakitkah atau sihatkah? Apakah ubat hati yang paling mujarab? 'Bacalah al-quran', ubat yang paling bernilai untuk hati. Hanya dengan membaca al-quran hati akan tenang...

Pantai Geting pujaan hati

kanak-kanak riang Yeay, dah lamanya rasa tak balik kampung huhu. Setiap kali balik, pantai geting menjadi tempat kunjungan yang pasti. Yelah, KL mana ada pantai haha. Pantai yang penuh misteri, di sinilah ketenangan untuk merenung keindahan ciptaan ilahi. Dengan lautan tak bertepian, hebatnya ciptaanMu di dunia, yang pasti apa yang diakhirat, tak mampu untuk menjangkau keindahan bagaimana nanti di syurga.  model yang sentiasa ada sempat celebrate birthday emir dan asyu seronoknya saya! kaki siapakah ini? Pantai ni masih banyak yang belum diteroka, mungkin lepas ni tempat favourite ni dah jadi kawasan lapang. Tapi tiap kali berkumpul dengan family, kami akan berkelah di sini, lebih privacy.