Kali ni teman anak anak tengok movie SMALL FOOT. Cite pasal haiwan yeti yang besar macam big foot tu.. cuma yeti ni putih hahaha. Wujud ke haiwan ni atau fantasi semata, itu idaklah kukaji.
Yang penting pengajaran di sebalik cerita ni. Bestla juga, sedih sekejap je pastu happy ending.
Nasib baik bila ditanya apa pengajaran disebalik movie ni, bolehla juga abang dan kakak jawab. Maksudnya betul betul hayati la tu hahaha...
Dalam cerita ni, ketua ketua yeti ni sejak dulu lagi membuat cerita dan undang undang baru demi untuk jaga keselamatan puaknya. Dengan kata lain, menipu lah demi untuk hidup lebih aman. Tapi akhirnya, tak bahagia juga lah sebab dengan penipuan tu telah berlaku benda-benda yang tak diingini. So, berkatalah yang benar sahaja walaupun pahit.
Pengajaran kedua, hubungan dua pihak tak akan aman sentoasa jika salah faham. Jadi macam mana pun kena berterus terang, berbincang dan biar tidak ada samar samar dalam hubungan. Barulah boleh berbaik baik. Dalam cite ni last sekali manusia dan yeti boleh berkawan dan berbaik selepas tahu yeti tak makan manusia dan manusia tak tembak yeti saja saja.
Actually banyak lagi pengajaran, pasal persahabatan, pasal kasih dengan haiwan, pasal keberanian dan lain lain. Cuma yang besarnya tadi tulah.
Ok jugalah movie ni... best!!
Comments
Post a Comment