Skip to main content

Posts

Taman Desa Waterpark

Bestnya, menikmati saat terluang dengan anak-anak yang kelihatan seronok betul. Kanak-kanak mana yang tak minat mandi kolam, jarang sekali. Kalau dah terjun, susah nak naik. Cuma yang tak bestnya, kami terlupa bawa kamera, so saat-saat manis tidak dapat dimemorikan dengan gambar. Tak apalah, yang penting kenangan itu pasti diingat insyaallah... Banyak kolam yang boleh disertai oleh kanak-kanak pun, so berbaloilah juga datang ke sini. Lebih kurang Taman Tema di Melaka, cuma di Melaka baru lebih baru kerana baru dibina. Di samping itu perbezaannya makanan di Melaka lebih mahal. Di sini pula walaupun makanan lebih murah tetapi kebanyakan penjual adalah keturunan india, kemungkinan besar orang melayu teragak-agak untuk membeli makanan kecuali dalam tin. Rasanya kalau penjual melayu yang menjual, semua bangsa akan lebih gembira untuk menikmatinya.

suri rumah

fuhhh.... penatnya melayan kerenah anak-anakku. Baru berdua, kalau bertiga berempat dan seterusnya? nampak gaya kena sediakan kesabaran dan ketabahan yg banyak untuk melayan mereka. Rasanya begitu jugalah keluhan ibu-ibu lain, bukan senang nak jadi ibu. Siapa yang tak penat, lepas basuh kain, kemas apa-apa yang patut kat dapur, masak apa yang patut untuk sarapan, mandikan diorang ni. Tiba-tiba bila ke ruang tamu, penuh bersepah dengan makanan tumpah dan mainan sana-sini. Aduihs, kemas lagi, sapu lagi... then sidai kain. Merengek pulak nak susu berdua ni. Dah lepas buat susu, merengek lagi... apa plak yang nak. masa tgh menaip ni pun... merengek2... anak... anak... Tak dapat kugambarkan mama melayan kerenah anaknya seramai 11 orang huhuhu... mama ampunkan lah dosa-dosaku dahulu, kini dan selamanya...

anak-anak, inilah office mama

Dataran Putrajaya

Tempat lepak sekeluarga. Boleh dikatakan dalam dua minggu sekali kami akan lepak di sini membawa anak-anak bermain kereta atau bola. Malam ni, setelah sekian lama tidak mengunjungi dataran ini dek 'renovation' yang dilakukan... seronok bila kulihat sikecil gembira dan ketawa menikmati masa mereka bermain. Aku turut terhibur dengan keletah mereka. Seperti biasa juga, kami tak akan 'miss' melewati jambatan indah di Putrajaya ini. Menikmati angin malam, dan gurau senda yang mungkin dapat mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga. Hopefully, waktu-waktu begini akan berpanjangan hingga ke akhir usia.

saat berharga

Aku menantikan saat ini sebenarnya, bertafakur dan tenang di meja kerjaku, dipejabatku sendiri dan mempunyai masaku sendiri... dua hari aku menghabiskan masa dipejabat hingga ke petang, terasa tenang dan damai. Ya Allah, syukur kerana aku mempunyai masa yang lebih untuk mengadapMu. Seketika, aku terfikir.. Aku belum boleh berdiam sahaja sebelum kejayaan dan matlamatku tak dicapai. Belum lagi... aku perlu terus berusaha kuat dan smart. Setelah segala-galanya berjalan lancar, ketika itu barulah aku boleh tersenyum. Tuhan, kuatkanlah semangat dan berilah aku kekuatan fizikal dan mental untuk meneruskan perjuanganku yg baru bermula ini. Aku memerlukan pertolongan dariMu setiap saat nafasku ditarik dan dihembus.

rindu

Rindukan abah dan ma... hehe biasalah agak lama di kampung, bila dah kembali ke rumah sendiri rindu-rinduanlah. Tapi yang paling kurindukan saat-saat kami dapat menunaikan sembahyang berjemaah bersama tiap kali solat dan usrah yang diadakan setiap malam yang diketuai oleh abah. Setiap kali usrah diadakan barulah terasa keinsafan dengan banyak perkara yang kulupa untuk diamalkan sepanjang berada jauh dengan keluarga. Teringat kembali asuhan dan ajaran yang sentiasa abah dan ma ingatkan. Bila lagilah agaknya saat-saat ini akan berulang... apapun semoga percutian ini dapat memberi kesan dan mengubah kehidupanku di kl ke arah yang lebih baik dan lebih luarbiasa.

Isya's birthday

Hari lahir puteriku dua kali diadakan. Hanya untuk menggembirakan hatinya dikelilingi kanak-kanak lain memandangkan hari lahirnya jatuh pada bulan puasa. Second celebration, saudara mara dapat meraikan bersama dan isya begitu teruja dengan birthday yang ke4 itu. Dah banyak kali dan terlalu banyak pertanyaan untuk hari lahirnya, so rasanya berbaloilah penantian kakak kan? Mama loves you so much kakak, happy birthday my princess!! Ini pula gambar untuk 2nd celebration dengan cik b, sepupu dan adik yang sama-sama meraikan.