Skip to main content

Posts

Menolong Agama Allah-Perjuangan Bermula Lagi

Pernah kudengar sebelum ni dari tazkirah, salah satu cara untuk murahkan rezeki kita ialah dengan menolong agama Allah. Luas pengertiannya dan juga banyak caranya untuk kita menolong agama Allah.  Menolong saudara seislam kita yang dalam kesusahan apatah lagi membantu saudara terdekat kita, segala-galanya mencakupi pengertian menolong agama Allah.  Apatah lagi jika melibatkan umat Islam keseluruhannya, melibatkan masyarakat sekeliling kita. Jom kita menolong agama Allah...

Bila Hati Berkecamuk

Di saat hati berkata... Ya Allah apa yang telah aku buat? Ya Allah apa yang perlu aku buat? Apa yang terjadi pada aku? Kenapa semua ni berlaku? Di saat diri kita kehilangan kata-kata kerana dirasakan dunia menghempap terasa dunia kita gelap hati berkecamuk terasa seperti mahu meninggalkan segala-galanya... Ingatlah seketika siapa kita, aku Islam aku punyai Allah Astaghfirullahalazim... Ya Allah ampunilah dosa-dosaku Ya Allah tolonglah aku... Teruskan memanggil nama penciptaMu Hanya dialah yang Maha Mengetahui Walau sejuta kali walau tak terkira bilangannya sebutlah namanya Merintihlah padaNya Sungguh hanya PadaNyalah jalan penyelesaiannya...

Tentang Hati

Masih lagi tentang 'hati'. Tak habis sampai bila-bila untuk bercerita tentang hati sebab hati anggota badan kita yang paling mulia. 'Hati' lah raja kepada anggota kita. Rosak hati kita, rosaklah segala-galanya. Pentingnya hati sebagai anggota badan kita yang tak boleh kita nampak tapi kita boleh merasai. Kita ada kesedaran untuk buat check-up anggota badan kita di hospital di klinik takut ada yang tak kena, tapi pernah tak kita sedar untuk buat check-up hati kita, sakitkah atau sihatkah? Apakah ubat hati yang paling mujarab? 'Bacalah al-quran', ubat yang paling bernilai untuk hati. Hanya dengan membaca al-quran hati akan tenang...

Pantai Geting pujaan hati

kanak-kanak riang Yeay, dah lamanya rasa tak balik kampung huhu. Setiap kali balik, pantai geting menjadi tempat kunjungan yang pasti. Yelah, KL mana ada pantai haha. Pantai yang penuh misteri, di sinilah ketenangan untuk merenung keindahan ciptaan ilahi. Dengan lautan tak bertepian, hebatnya ciptaanMu di dunia, yang pasti apa yang diakhirat, tak mampu untuk menjangkau keindahan bagaimana nanti di syurga.  model yang sentiasa ada sempat celebrate birthday emir dan asyu seronoknya saya! kaki siapakah ini? Pantai ni masih banyak yang belum diteroka, mungkin lepas ni tempat favourite ni dah jadi kawasan lapang. Tapi tiap kali berkumpul dengan family, kami akan berkelah di sini, lebih privacy.

Kolam renang best di Melaka

the shore Kali ni sempat menyinggah dengan family di the Shore hotel and residence di Melaka. Sort vacation bawa bonda dan adik bongsu jalan-jalan. Pernah juga google sebelum ni pasal the sore yang punyai daya tarikan baru di melaka sebab kat bahagian atas sekali, anda boleh lihat pemandangan kota melaka dengan bayaran. Menarik sebab binaan atas tu kaca jadi boleh lihat sampai ke bawah ye, seghiau !! Actually banyak daya tarikan untuk kanak-kanak kat the shore ni. Selain dari apartment yang kami menginap macam kat atas tu, kat level bawah pula ada kedai-kedai dan butik-butik serta mainan-mainan dengan bayaran yang menarik juga. Macam mini akuarium dan playground. Tapi yang paling penting kolam renang kat sini sangatlah luas dan ada slide, anak-anak memang excited habis. Kalau tak silap dia share kolam antara the shore dan swiss garden hotel sebab bersebelahan. kolam yang besar dan menawan kanak-kanak kualiti gambar tak elok sangat ada gym kat atas tu...

Perpustakaan Raja Tun Uda (PPAS)

Pernah tak tiba-tiba kita dapat idea untuk buat sesuatu dan terfikir-fikir untuk survey dulu dan faham dulu pasal topik tu. Selain dari internet, tanya pakcik google tu, kat mana lagi kita nak tuju? Masa muda-muda dulu time belajar kat 'U' rajinlah menyinggah library kan, tapi bila dah tua-tua cam ni rasa malas pun ada.  Tapi kalau ada anak-anak, kuburan perasaan malas tu cepat-cepat. Bila mak pak yang malas, apa jadi pada anak pula kan. Tapi tiap kali berkunjung ke perpustakaan raja tun uda ni, alhamdulillah ramai je pengunjung. Kalau bahagian kanak-kanak, ramai je yang bawa anak-anak ke sini. Baca tak baca tu lain kira, tapi baja tu kena ada kan, baja dulu insyaallah, pokok tu akan tumbuh dengan baik.  model sukarela Kalau yang belum pernah menyinggah ke sini, bolehlah bawa anak-anak dihujung minggu, sangat selesa dan mewah. Mewah dengan buku dan juga susun atur perabot di sini. Seronok sebenarnya bila jumpa buku yang kita suka, rasa macam nak pinjam semuany...

Cek-cek hati kita

Allahuakbar... baru lepas dengar tazkirah ustaz ebit lew. Terasa jahilnya diri, terasa berdosanya diri... sebab itulah ilmu punyai martabat yg tinggi. Setiap kali kita mendengar ilmu, setiap kali itu keinsafan dan kesedaran datang. Sebijik dan terasa setiap kata-kata ustaz terkena batang hidung. Hidup yg sentiasa mengharapkan penghormatan manusia.. Kita buat baik, nak harapkan terima kasih orang. Kita layan dan berhias utk suami sebab nak suami puji, kita masak sedap-sedap sebab nak orang puji masakan kita sedap, kita pakai cantik-cantik sebab nak orang tengok kita cantik. Allahu... sebaknya.. itulah diri kita yang sentiasa harapkan penghormatan manusia. Padahal setiap apa yang kita buat, harapan kita hanya sebab Allah. Buatlah sesuatu tu sebab Mengharapkan kasih Allah. Betullah apa yg ustaz cakap bila kita mengharapkan penghormatan manusia, kita akan stress, kita rasa sakit hati bila tak dapat. Bayangkan kita berhias cantik-cantik tapi suami tak nampak dan tak ...