Skip to main content

Posts

Belajarlah hingga ke akhir nafasmu

 Rabbi zidni ilman Doa yang patut kita amalkan kerana hidup ini tak akan pernah lari dari pembelajaran.. Even ke akhir usia kita, tak akan mampu kita untuk meneroka semua ilmu Allah. Zaman beredar, segalanya berubah tapi tetap kita akan utuh dan teguh jika ilmu di dada terus ditambah, dibaja dan disemai. Setelah sekian lama, kembali lagi ke kelas begini walaupun di usia ini.. Tapi alhamdulillah, datang ke sini.. di samping dapat ilmu tiktok, dapat juga sedari besarnya kasih Allah. Tak sangka lagu lama ni begitu membekas di hati hari ni. Masa remaja dulu, lagu sekadar dengar tanpa faham. Tapi tersentak hari ini bila mengulang-ulang ayat .. bila kusedari diri disayangi, langkah kaki ini semakin berani, bila terkeliru kuucap namamu.. terasa diriku kembali dipandu.. engkau yg pertama tiada akhirnya..
Recent posts

JOM BELAJAR MENGIRA NOMBOR NOMBOR BESAR DENGAN CHEMAD

Sebelum ni dengar dia sebut thousand thousand je. Kemudian million million. Yang lain tu sebab mama pun tak berapa arif, so mama abaikan sahaja hinggalah banyak kali nampak dia tambah kosong dan kira. Sempatlah juga mama rakam. JOM LAYAAN CHEMAD MENGIRA..

JOM BELAJAR SISTEM SOLAR - 8 PLANET

Kali ni ahmad wafiq aka chemad bercerita pasal planet pula. Mama pun belajar setelah banyak soalan diajukan dari dia hahahha. Gigihlah mama menelaah en google untuk ambil tahu pasal sistem solar ni gara-gara chemad. apa pun ilmu sentiasa berfaedah.. JOM LAYANNNZZ...

Senangnya dengan booking.com

Dari dulu kalau travel, suka guna booking.com sebab senang dan murah. Banyak aplikasi untuk booking hotel dan penginapan ni, macam biasa yang orang guna adalah airbnb dan agoda. Tapi setelah mencuba semua dan mengunakannya, hati masih tetap kat booking, walaupun agoda punya tawaran lebih menarik dengan cashback dan voucher yang sentiasa bertambah setiap kali kita book. Booking.com ada loyalty program dan bila anda dan dampai genius 2, ada banyak discount yang ditawarkan. Menarik! Tak caya bole cuba.

Best ke cite small foot?

Kali ni teman anak anak tengok movie SMALL FOOT. Cite pasal haiwan yeti yang besar macam big foot tu.. cuma yeti ni putih hahaha. Wujud ke haiwan ni atau fantasi semata, itu idaklah kukaji. Yang penting pengajaran di sebalik cerita ni. Bestla juga, sedih sekejap je pastu happy ending. Nasib baik bila ditanya apa pengajaran disebalik movie ni, bolehla juga abang dan kakak jawab. Maksudnya betul betul hayati la tu hahaha... Dalam cerita ni, ketua ketua yeti ni sejak dulu lagi membuat cerita dan undang undang baru demi untuk jaga keselamatan puaknya. Dengan kata lain, menipu lah demi untuk hidup lebih aman. Tapi akhirnya,  tak bahagia juga lah sebab dengan penipuan tu telah berlaku benda-benda yang tak diingini. So, berkatalah yang benar sahaja walaupun pahit. Pengajaran kedua, hubungan dua pihak tak akan aman sentoasa jika salah faham. Jadi macam mana pun kena berterus terang, berbincang dan biar tidak ada samar samar dalam hubungan. Barulah boleh berbaik baik. Dalam cite ni last...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Menolong Agama Allah-Perjuangan Bermula Lagi

Pernah kudengar sebelum ni dari tazkirah, salah satu cara untuk murahkan rezeki kita ialah dengan menolong agama Allah. Luas pengertiannya dan juga banyak caranya untuk kita menolong agama Allah.  Menolong saudara seislam kita yang dalam kesusahan apatah lagi membantu saudara terdekat kita, segala-galanya mencakupi pengertian menolong agama Allah.  Apatah lagi jika melibatkan umat Islam keseluruhannya, melibatkan masyarakat sekeliling kita. Jom kita menolong agama Allah...