Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

alhamdulillah

Nak share dengan sahabat pasal ramadhan yang sememangnya istimewa teramat tapi masih belum berkesempatan dan amat berat sekali jari ingin menitip kata..  Bulan maghfirah dan barakah.. bukan itu sahaja bulan ini bulan yang banyak menitipkan kerinduan kepada arwah abah tercinta. Ya Allah, beratnya terasa. Innalillahiwainnailaihirojiun..  اللهُمَّ أجُرْنِى مِنْ مُصِىْبَتِىْ وأَخْلِفْنِى خَيْرًا مِنْهاَ 

Rahsia Ramadhan

Antara isi-isi Tanyalah Ustaz hari ini. Dalam bulan ramadhan yang penuh barakah ini ada satu malam yang dipanggil malam lailatul qadar, iaitu satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu 830 tahun. Subhanallah jika amalan kita diterima pada satu malam tu, maka amat bertuahlah kita kerana pahala kita yang tak mampu kita nak beribadah selama 1000 bulan tu. Umur kita pun hanya setakat 60-an sahaja, itupun jika umur panjang. Antara sebab dikurnia lailatul qadr sebab Rasulullah sedih... kerana umatku umur pendek-pendek, mana mereka mampu untuk mengumpul pahala sebagaimana umat terdahulu contohnya Nabi Nuh umur 950 tahun. Tak dapat menandingi umat terdahulu lah kita ini. Tapi dengan adanya malam lailatul qadr ni, InsyaAllah kita setanding dan marilah kita sama-sam merebut peluang yang hanya datang sekali ini jika berkesempatan. Sayangnya Rasulullah pada kita, umatnya... hanya Allah yang tahu. Tahun depan, mungkin kita tak sempat jumpa, Wallahuaklam. Buat amalan sunat dal...

Apa target ramadhan anda??

Ramadan oh Ramadhan, walaupun datangnya lagi 5 hari tapi belum tentu kita dapat menjadi orang bertuah untuk menemuinya. Betapa berharga dan mulianya bulan ini, pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka pula ditutup oleh Allah SWT. Bagi orang-orang yang tahu kehebatan bulan mulia ini dan tahu menghargainya maka, bertuahlah orang tersebut. Tetapi bagi orang biasa yang tidak mahu tahu perihal bulan mulia ini, malah merasakan yang bulan ramadhan ini adalah bulan sukar yang penuh kesusahan kerana perlu berlapar dan dahaga, maka hanya lapar dan dahagalah yang dia dapat. Nauzubillah... Semoga kita digolongkan di kalangan orang-orang yang telah diberi hidayah oleh Allah SWT untuk bersungguh-sungguh mencari keredhaanNYA pada bulan mulia ini. Kenapa dikatakan bulan mulia? Kerana kehebatan pahala berlipat kali ganda yang akan dikurniakan kepada kita yang melakukan amal kebaikan di dalamnya. Kalau sebelum ini kita hanya dapat 1 pahala tetapi dibulan Ramadhan kita akan mendapat 70 pahala...