Antara isi-isi Tanyalah Ustaz hari ini.
Dalam bulan ramadhan yang penuh barakah ini ada satu malam yang dipanggil malam lailatul qadar, iaitu satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu 830 tahun. Subhanallah jika amalan kita diterima pada satu malam tu, maka amat bertuahlah kita kerana pahala kita yang tak mampu kita nak beribadah selama 1000 bulan tu. Umur kita pun hanya setakat 60-an sahaja, itupun jika umur panjang.
Antara sebab dikurnia lailatul qadr sebab Rasulullah sedih... kerana umatku umur pendek-pendek, mana mereka mampu untuk mengumpul pahala sebagaimana umat terdahulu contohnya Nabi Nuh umur 950 tahun.
Tak dapat menandingi umat terdahulu lah kita ini. Tapi dengan adanya malam lailatul qadr ni, InsyaAllah kita setanding dan marilah kita sama-sam merebut peluang yang hanya datang sekali ini jika berkesempatan. Sayangnya Rasulullah pada kita, umatnya... hanya Allah yang tahu. Tahun depan, mungkin kita tak sempat jumpa, Wallahuaklam.
Buat amalan sunat dalam bulan ramadhan ini contohnya sedekah, solat sunat, senyum, berbuat baik dan tolong menolong orang di sekeliling kita di kira sama pahalanya macam buat pahala fardu. Berapa bezanya pahala sunat dan fardu ni?
Iaitu 70 kali pahala.
Kat dunia ni kalau kita susah, kita ada masalah ke, ada sahaja yang mampu tolong. Kita masih ada saudara mara, ada sahabat atau tak pun insan yang sudi membantu, tapi kat akhirat nanti? tak akan ada yang nak membantu kerana masing-masing sibuk dengan diri sendiri. Jadi dengan pahala berganda yang inilah kita perlu kutip sebanyak-banyaknya agar kita menjadi seorang yang berharta di akhirat kelak.
Kerana turunnya al-Quran pada bulan mulia ini menjadikannya keistimewaan yang paling penting. Ramadhan dikenali juga sebagai Bulan Al-Quran.
Rahsia Sahur
-Agar ada perbezaan dgn musyrikin
-hikmah disebaliknya iaitu agar kita sempat solat tahajud. Bila bangun pagi tuk sahur selama 30 hari akan secara tak langsung latih kita solat malam
ie: saidina usman tenggelam dalam solat sebab hanya 1 solat witir, dia boleh khatam 1 quran.
Secara kesimpulannya kelebihan ramadhan:-
- pahala yang akan dapat adalah 70 pahala berbandng 1 sahaja pada bulan lain;
- siapa yg beri makan org buka berpuasa maka dia dihindar dari api neraka dan dapat pahala sebagaimana orang yg puasa tu tanpa berkurang sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.
Rasulullah suruh kita perbanyakkan zikir;
- tahlil iaitu la ilahaillah
- Istighfarlah *Allah akan turunkan hujan *Allah akn bg harta *Allah akan bg anak pinak
- mintaklah syurga
- mintaklah dijauhkan dari azab neraka.
Ustz Dr muhd lukman, UM
Comments
Post a Comment