Skip to main content

Apa target ramadhan anda??

Ramadan oh Ramadhan, walaupun datangnya lagi 5 hari tapi belum tentu kita dapat menjadi orang bertuah untuk menemuinya. Betapa berharga dan mulianya bulan ini, pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka pula ditutup oleh Allah SWT. Bagi orang-orang yang tahu kehebatan bulan mulia ini dan tahu menghargainya maka, bertuahlah orang tersebut. Tetapi bagi orang biasa yang tidak mahu tahu perihal bulan mulia ini, malah merasakan yang bulan ramadhan ini adalah bulan sukar yang penuh kesusahan kerana perlu berlapar dan dahaga, maka hanya lapar dan dahagalah yang dia dapat. Nauzubillah... Semoga kita digolongkan di kalangan orang-orang yang telah diberi hidayah oleh Allah SWT untuk bersungguh-sungguh mencari keredhaanNYA pada bulan mulia ini.

Kenapa dikatakan bulan mulia? Kerana kehebatan pahala berlipat kali ganda yang akan dikurniakan kepada kita yang melakukan amal kebaikan di dalamnya. Kalau sebelum ini kita hanya dapat 1 pahala tetapi dibulan Ramadhan kita akan mendapat 70 pahala berbanding bulan biasa. Subhanallah! Antara RM1 dan RM70 kalau diberi pilihan, semua orang akan memilih RM70. Perumpamaan Jaya Jusco bila ada discount 70%, masing-masing berebut-rebut membeli belah tak ingat dunia. Sehinggakan parking pun tak muat. Parkson atau Sogo dan macam-macam supermarket lagi yang memberi ‘sale’, mata kita bulat mengejar yang 70% kerana barang yang sebelum ini kita beli dengan harga yang mahal, pada hari tersebut kita boleh beli dengan harga yang amat murah. Begitu jugalah yang berlaku bila datangnya Ramadhan, bulan yang Allah kurniakan kepada kita ‘DISCOUNT’ yang melimpah ruah demi hambaNYA yang menyintaiNYA. Subhanallah, ayuh saudaraku.. jangan lepaskan peluang keemasan begini yang kita tak mungkin dapat menemuinya selepas ini. 


Sudah bersediakah kita dengan pelan/target ramadhan kita??? sudahkah kita bersiap untuk khatam alquran, berapa RM kita ingin sedekahkan kepada anak-anak yatim, berapa RM kita nak beri makan orang-orang yang berbuka? Di mana masjid untuk kita berterawikh dan mendengar tazkirah, bersediakah kita untuk berjaga malam (qiamullail) lebih-lebih lagi pada 10 terakhir ramadhan? Kalau belum pun ada persiapan tersebut, marilah kita sama-sam ambil pen dan kertas dan terus mencoret dan berazam di atas kertas untuk melakukannya saudaraku. Sungguh lemahnya iman kita, andai baju raya telah siap ditempah dan siap tersangkut di dalam almari, biskut-biskut raya siap bertempah malah segala kelengkapan perhiasan raya telah selesai kita siapkan tetapi belum lagi menyiapkan diri kita kepada yang sebenar-benarnya... makna hidup kita  di atas muka bumi ini.

Bersedialah untuk kita memberi makan orang-orang yang berpuasa setakat yang kita terampu kerana ganjarannya ialah kita akan mendapat pahala orang berpuasa tersebut tanpa mengurangkan puasanya, kita akan dilepaskan dari azab neraka dan yang penting sekali dosa kita akan diampunkan oleh Allah SWT.

Pada bulan mulia ini juga ingatlah insan-insan tersayang kita yang telah kembali mengadap Allah. Sesungguhnya mereka amat mengharapkan doa-doa kita. Mereka amat gembira bila datangnya ramadhan kerana azab seksa dihentikan seketika tetapi akan menangis kembali bila berakhirnya Ramadhan. Sahabat-sahabatku, marilah kita sam-sama berdoa agar keluarga kita sentiasa diampunkan dosanya dan dijauhkan dari azab kubur.

Marilah kita terus berazam untuk bersungguh dalam ramadhan ini dan semoga ramadhan kita yang ini adalah yang lebih baik dari sebelumnya... aamiiin.





Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Kembali lagi ke o&g an nur

Selepas 6 tahun berlalu, aku kembali ke sini... alhamdulillah rezeki yg amat besar tak terhingga. Thank you Allah! Bercampur baur perasaan antara percaya dan tidak dan antara takut dan risau... Pengalaman kali ke-3 tapi selepas 6 tahun bukanlah sesuatu yg bole di recall mcm tu je, yg pasti sakit bersalin tu ingat huhuhu... sampai sekarang. Subhanallah, aku kena kuatkan ingatan betapa pahala yg akan diperolehi ibu mengandung lagi banyak jika bersabar... Ya rabb, permudahkanlah kami dlm setiap urusan kami.. Kali ke 2 membuat cek up di klinik wanita annur, bndar baru bangi.. berpagi-pagian. Sudah banyak perubahan. Kliniknya dah bertambah luas dan selesa. Pagi ini kebetulan pula dgn announcement doa utk memulakan tugas... sama2 menadah tangan... sejuk rasa hati. Andai ada peluang utk bersalin di sini lagi akan kuusahakan tetapi memandgkan kos rawatan.. masih lgi berkira2.. apa-apapun moga dipermudahkan segalanya... amin ya rabb! Gambar emir masa kecik2 dan inilah baby 6 tah...