Skip to main content

Hello kitty Town, johor dari seronok jadi tragedi

Kami ke sini untuk cuti kali ni. Dah study siap-siap dan dah print siap-siap tiket. Haha... siap beli melalui groupon, jimatlah sikit kan.
Walaupun seronok, tapi di sinilah tragedi pahit sedih terjadi. Kenangan manis tapi terlebih pahit.
Hari ke-2 di johor,.. kami menginap di hotel M suite. Pagi-pagi selepas breakfast terus ke hello kitty town. Mulanya kami tak expect apa-apa yang teruk bila kakak muntah. Ingatkan muntah sebab pening ke apa.

Bila kat hello kitty town kakak main tapi at the same time pening dan muntah-muntah. Banyak kali. Itupun dia gagahkan juga kuperhatikan sebab terlalu seronok bermain. Macam-macam ada di sini sebab mama dah ambil pakej hello kitty town dan bob the builder.
Kerana tak tahan, mama bawak turun kakak dulu makan kat secret recipe tapi dek kerana penat dan tenaga tak ada dia tertidur di sisi. Ya Allah nak ingat balik cerita ni, sedih sebak kembali datang.  Betapa sedihnya tengok kakak masa ni.

Start dari secret recipe tu sampai nak naik kereta dan terus ke hospital terdekat, columbia asia (walaupun mahal, tak tahan tengok), tak berhenti muntahnya.. bayangkan. Sampai dah tak ada apa yang boleh keluar dah. Hanya air warna hijau kuning.

Sampai di hospital, masa nak register pun tak boleh concentrate langsung aku cakap sebab dia muntah-muntah tak berhenti. Terus masuk bahagian emergency, masukkan ubat tahan muntah. Masih lagi muntah cuma tak adalah sepanjang masa. Dah lembik betul kakak masa tu.

Dah masuk wad, hari pertama muntah lagi walaupun kurang sikit. Hari yang ke-2, alhamdulillah.. dah hilang dan nampak sedikit keceriaan wajah kakak.
Dari datang untuk bercuti, begini pula ceritanya ye, kelam kabut mencari hotel kecil sepanjang kakak di hospital. Dengan kos rawatan... huhuhu... dugaan sungguh saat tu. Hanya Allah yg maha mengetahui.

Begitulah manusia, hanya mampu merancang... yang tentukan apa berlaku, hanya DIA sahaja. Apapun redha..

Rupa-rupanya doktor cakap mungkin jangkitan semasa main di angry bird park. Jangkitan boleh melalui sentuhan barang mainan atau air liur. Mulanya ingatkan breakfast di hotel m suite. Dah berkira-kira untuk saman saja kecuaian kekotoran ke apa... tapi doktor cakap mungkin bukan dari breakfast sebab cepat sangat. At least berjam-jam juga kuman tersebut tunjukkan belangnya.
Alhamdulillah yang penting kakak sembuh... kenangan yang tak dapat kami lupakan.



nasib baik ada pixajoy

semua gambar ni dah hilang sebab external harddisk

at lis dah save semua kat pixajoy

kat hello kitty town



Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Kembali lagi ke o&g an nur

Selepas 6 tahun berlalu, aku kembali ke sini... alhamdulillah rezeki yg amat besar tak terhingga. Thank you Allah! Bercampur baur perasaan antara percaya dan tidak dan antara takut dan risau... Pengalaman kali ke-3 tapi selepas 6 tahun bukanlah sesuatu yg bole di recall mcm tu je, yg pasti sakit bersalin tu ingat huhuhu... sampai sekarang. Subhanallah, aku kena kuatkan ingatan betapa pahala yg akan diperolehi ibu mengandung lagi banyak jika bersabar... Ya rabb, permudahkanlah kami dlm setiap urusan kami.. Kali ke 2 membuat cek up di klinik wanita annur, bndar baru bangi.. berpagi-pagian. Sudah banyak perubahan. Kliniknya dah bertambah luas dan selesa. Pagi ini kebetulan pula dgn announcement doa utk memulakan tugas... sama2 menadah tangan... sejuk rasa hati. Andai ada peluang utk bersalin di sini lagi akan kuusahakan tetapi memandgkan kos rawatan.. masih lgi berkira2.. apa-apapun moga dipermudahkan segalanya... amin ya rabb! Gambar emir masa kecik2 dan inilah baby 6 tah...