Skip to main content

bercuti di perak

Memandangkan tahun ni dah ada ahli keluarga yang bersekolah, cuti sekolah seakan terasa perbezaanya. Sebelum ni aku tak pernah begitu menghitung hari tapi sekarang aku pulak yg begitu teruja menyiapkan perancangan bercuti khas untuk kakak isya, meraikan masa cutinya. Tapi rasanya aku yg lebih excited.. wow bercuti... idaman semua. Bole berseronok dengan keluarga, tinggalkan seketika tugas sebagai pekerja dan cuba lepaskan minda dan perasaan yg berkecamuk dan stress.

Perancangan yg hanya beberapa hari dirancang ni menyeronokkan.. tapi sedikit memeningkan dengan jika simpanan utk percutian tiada dalam tabungan kita.

Ke perak kali ni hanya utk beberapa tempat sahaja... dan hanya untuk 2 malam shj. Mlm pertama kami menginap di swiss garden damai laut, lumut dan keesokannya berpenat di lost world of tambun di ipoh.

Swiss garden dah banyak berubah dari beberapa tahun yg lepas. Bunga2an indah yg betul2 buat aku nak ke sana rupanya dah lenyap ditelan masa. Cuma enjoy dengan keadaan bilik yg selesa dan memuaskan.

Lobi


Lobi 

Tangga utk ke  pantai dari hotel
Gambar hanya sebagai penyedap rasa percutian hehe.

Percutian boleh meluaskan pandangan, membawa kita berfikir tentang keindahan ciptaan Yang Maha Agung. Percutian merapatkan hubungan kekeluargaan, mengajak kita mengenali negeri dan juga budaya orang. Banyak faedah dan juga keistimewaan percutian ni, tapi perbetulkan niat kita dari awal.. utk apa percutian yg kita rancangkan ini. Semoga dengan niat yg baik bukan shj mendapat keseronokan, malah ganjaran pahala juga akan kita dapat.

Lost world of tambun, begitu teruja bagi kanak-kanak. Bukan sahaja water park, dalam tu ada amusement park, petting zoo, lake, tin valley dan juga tiger ... tapi takla seluas sunway lagoon. Walaubagaimanapun, anak2 happy, itu yg penting kan..

Swan lake

Amusement park


Pandangan luar themepark ni

Sudut dlm themepark

Petting zoo


Serba sedikit gambaran dua tempat ni. Semoga dapat memberi manfaat utk yg ingin ke sana. Jangan lupa singgah makan nasi vangge, satey endut dan macam-macam makanan org perak ye.

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Kembali lagi ke o&g an nur

Selepas 6 tahun berlalu, aku kembali ke sini... alhamdulillah rezeki yg amat besar tak terhingga. Thank you Allah! Bercampur baur perasaan antara percaya dan tidak dan antara takut dan risau... Pengalaman kali ke-3 tapi selepas 6 tahun bukanlah sesuatu yg bole di recall mcm tu je, yg pasti sakit bersalin tu ingat huhuhu... sampai sekarang. Subhanallah, aku kena kuatkan ingatan betapa pahala yg akan diperolehi ibu mengandung lagi banyak jika bersabar... Ya rabb, permudahkanlah kami dlm setiap urusan kami.. Kali ke 2 membuat cek up di klinik wanita annur, bndar baru bangi.. berpagi-pagian. Sudah banyak perubahan. Kliniknya dah bertambah luas dan selesa. Pagi ini kebetulan pula dgn announcement doa utk memulakan tugas... sama2 menadah tangan... sejuk rasa hati. Andai ada peluang utk bersalin di sini lagi akan kuusahakan tetapi memandgkan kos rawatan.. masih lgi berkira2.. apa-apapun moga dipermudahkan segalanya... amin ya rabb! Gambar emir masa kecik2 dan inilah baby 6 tah...