Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Jom ke Alive 3D Art Gallery Port Dickson

amboih makan apa tu.. Sempatlah singgah disini masa bercuti di pd. Tengok macam best je orang bergambar. Sama konsepnya macam kat Museum Trick di Icity cuma gambarnya lain la kan. Temanya lain pula. Tempat macam ni sebenarnya ikut kreativiti masing-masing bagaimana nak bergambar. Dia dah tampal cara nak bergambar macam mana biasanya kat sebelah tu cuma tak kan nak sama je kan. kui! kui! sedut betul tuh amboi adik bestnya tidur hihi.. Seronok tetap ada. Sebab nak cari mood untuk bergambar tu satu hal. nak fikir macam mana pula nak bergaya tu hal lain pula kan. Anyway, best juga... buat koleksi gambar banyak-banyak k. Satu hari nanti bila tengok balik mesti lucu.

Primaland Port Dickson Resort & Convention Centre (PRCC)

Berkesempatan ke port dickson kali ni. cari-cari tempat baru yang belom diteroka haha... jumpalah primaland resort ni yang ada waterpark sekali. Oklah, cuba tempat baru. terus booking melalui booking.com senang, my favourite application untuk hotel. Orang memang ramai lah sebab cuti sekolah akhir tahun... tapi ok lah kot. Beramai-ramai kita hahaha... ini satu jenis slide yang ni pula bahagian lain yang ni pula hujan air hahaha... anak-anak biasalah sukakan air

Jom lompat-lompat di Jumpstreet Asia

Sempena cuti sekolah baru-baru ni, memang dah plan untuk bawa adik berdua untuk aktiviti melompat yehaaa! Maklumlah budak-budak dan remaja, kenalah cari yang sesuai dengan mereka ye tak. Actually first time datang sini, dah google sikit-sikit dan bayar terus online. Tinggal ambik stoking dan tag nama dan tunggu untuk lompat je hihi. Kat sini bukan seharian ye. Bayarannya ikut jam. Masa ni mama bayar untuk sejam je. Nak lompat-lompat je pun haha.. adalah tempat-tempat yang berlainan untuk lompat ni, ada yang boleh lompat tepi, ada yang guling-guling dan macam-macam lagi. Untuk warga tua macam mama ni duduk je memerhati mereka bergembira. Jangan lupa bekal air, bawa sekali. Dah lompat-lompat, mahunya tak dahaga kan. Muka semua dah merah-merah macam udang bakar hihi.. Yang penting gambar kenangan tetap kena ada. Kalau nak banding dengan district 21 memanglah tak boleh kan sebab harga pun lain. Jumpstreet ni kiranya fokus dalam lompatan la sedangkan district dia campur g...

Seringkali kita terlupa

Seringkali kita terlupa.. Terlupa yang kita punya Allah Seringkali kita terlupa.. Terlupa yang kita ada tuan yang paling agung Kadang-kadang kita ingat.. Sentiasa ingat di mana pun tapi kita tak merasai kehadirannya ketika itu.. Sedangkan kita dilihat, kita didengar, kita dikasihi dan kita diampuni.. Seringkali juga kita lupa.. Tiap kali kita terjatuh Tiap kali kita tersepak Tiap kali kita terhimpit dalam kesulitan Tiap kali kita terluka jari Tiap kali kita ter'aduh' hanya untuk sekecil-kecil kesakitan.. Itu semua telah Allah aturkan untuk terjadi.. Allah telah susunkan untuk kita dengan begitu cantik.. Tapi seringkali pula kita nampak ianya hodoh Seringkali kita nampak ianya buruk Seringkali kita rasakan ianya ketidakadilan untuk kita... Percayalah, Hanya keyakinanmu yang akan nampak apa hikmahnya.. Hanya muhasabahmu sahaja yang akan merungkai keseringkalian itu.. Hanya cintamu kepada YANG SATU itu yang mampu membuatmu lihat sekecil-kecil 'aduh...

Mee kak ning

Bihun celup yg menjadi kegemaran kami tiap kali balik kg... Tak sah tak berderet berjalan ke kedai ni. Maklumlah, sebelah rumah je.. hi hi.. Fuuh mebeles you all!

Molly fantasy & kidzoona

Indoor playground yg ramai org dah tau nak-nak yg ada anak-anak kecil.. antara tempat favourite anak-anak kan. Apatah lagi sekarang ni musim hujan, so aktiviti luar macam main-main kat taman & berenang dah tak boleh. Kali ni bawak anak-anak ke molly fantasy ioi mall city, putrajaya. Actually molly fantasy ni banyak cawangan, yg biasa kami pergi AEON Taman equine dan main place. Well, adalah tempat baru utk lepaskan kanak-kanak riang hujung minggu. 5 hari dah sekolah dari pagi sampai maghrib, kesian juga budak-budak. Better isikan masa diorang dengan sesuatu yg fun dan mereka bole enjoy.. Baru saja timbul isu kanak-kanak yg luka dan ada yg meninggal disebabkan tercucuk jarum dan juga environment yg tidak menyihatkan di tempat-tempat sebegini. Tapi sukarnya utk si kecil faham. Pada mulanya diorang tak nak jejak kaki dalam bola2 ni, tapi disebabkan tempat baru, aku cakap ok. Barulah diorang jalan dalam tu. Tapi scary kan...

Anak-anak

Masa berlalu begitu pantas, anak-anak makin membesar.. membesar dengan acuan tangan kita sebagai ibubapa. Ya Rabb! Berilah kekuatan kepada kami untuk mendidik anak- anak kami untuk menjadi anak-anak yg soleh.. Bukan mudah! Bukan juga senang utk menahan kemarahan.. berilah kami kesabaran ya Rabb!

Bercuti di Taiping

Sebelum aku terlupa dan tenggelam semua gambar-gambar kenangan ni, baik kucerita pengalaman bercuti di bukit merah laketown resort. Tapi as usual, penceritaan ku tak akan menyeluruh, maksudnya dari segi harga hotel ke, harga tiket ke... mintak maaf aku mengaku tak gheti nak cite bab tu. Cuma kat sini aku nak story pengalaman dan seronok ke tak dan yg pasti gambar-gambar kenangan kami. Satu ketika nanti, anak-anak boleh lah buka blog ni dan tengok kisah-kisah silam mereka. Hik Hik! Perjalanan bermula dan kami sampai di bukit merah pada waktu pagi untuk terus beraktiviti di sana.  ok ni pintu masuk sempat posing Kami tempah hotel kat resort ni jugak. Biasa je biliknya memang dah lama kan pun resort ni.. bolehlah biasa-biasa je. Jom kita terjah ecopark dia dulu. Macam gambar-gambar kat bawah ye. Kat pintu masuk ada dijual makanan haiwan tertentu. pintu masuk posing jap tak banyak haiwan tapi ada laa... peacock yg seronok kejar kami ...

Umrah di bulan ramadhan

Ketenangan akan datang bila di sini.. kasih sayang akan hadir bila di sini... saat beriktikaf di masjid kekasihmu ya rabb... Jom sama-sama cinta nabi kita... Kenangan semasa umrah kali pertama di masjid nabi... Ya nabiyallah, tenangnya masjidmu sebagaimana tenangnya dirimu menghadapi kerenah umatmu... akan mengalir kasih sayang sebagaimana kasihnya dirimu pada umatmu... Aku datang wahai kekasih Allah.. aku datang untuk menziarahimu.. Terima kasih untuk segala-galanya yg tidak dapat kami sebagai umatmu mengungkapnya banyaknya jasa dan pengorbananmu..  Tidak dpt kami ungkapkan kata-kata betapa rindunya kami padamu.. hanya Allah sahaja yg mampu membalasnya..  Ya rasulullah, syafaatkanlah umatmu yg hina ini...  Ya Allah, bimbinglah kami agar sentiasa mengikut syariat yg dibawa oleh rasul kami. Tetapkan iman kami.. kurniakan kami pengakhiran yg baik... amiin ya rabb..

Taman Syurga

Sempat mendengar kuliah ust. jafri pagi ni.. Ada 3 jenis taman syurga iaitu pertama , taman syurga yg selalu kita jumpa tapi tak selalu kita nak join. Malah inilah satu-satunya taman syurga yg ada atas dunia ni. Rata-rata kita dah tahu 'majlis ilmu' adalah taman syurga yg dimaksudkan. Di mana malaikat-malaikat akan mendoakan dan memohon keampunan orang-rang yang ada dalam majlis ilmu. Besarnya fadilat majlis ilmu ni kan. dan inilah yg tak ramai dari kita suka utk melakukannya.  Alasannya, sibuk, tak sempat, nak ambik anak sekolah, nak hantar anak tusyen dan berbagai lagi alasan yang selalu kita cipta utk mengelak majlis ilmu. Padahal bukan saja ganjaran besar yg kita dapat, ilmu yg kita dapat boleh meningkatkan lagi kecintaan kita kpd Allah & Rasul. Malah membuka mata kita bagaimana utk hidup atas dunia ni. Mengajar kecantikan Islam yg telah Rasul ajar terlebih dulu dari org2 barat yg kita agung-agungkan selama ini. Kedua , taman syurga di alam barzakh (alam kubu...

Kembali ke corus paradise

ok gambar ni je yang ada pintu dari sliding door terus ke tepi pantai Dulu-dulu pernahla datang ke sini menginap. Kali ni datang macam tak menarik macam dulu, tak tau kenapa hahaha... Sebab apa datang lagi? Biasanya sebab bestla kan. Hotel corus ni ada kawasan pantainya sendiri, itu yang mama suka.  So petang-petang boleh lepak kat tepi-tepi menghirup udara segar dan memuji keindahan ciptaan Ilahi. Well, kenangan lama datang.. masa tu emir masih kecil dan bam bam. Nice hotel masa tu. kat tepi-tepi ni lepak best ada benda ni..

Bercuti di Bayou Lagoon Resort Melaka

rumah terbalik Kali ini kita ke melaka terjah hotel dengan waterpark bayou lagoon resort pula. Semuanya dah beli ikut groupon dan juga booking.com as usual hahaha... Bukan apa groupon tu boleh jimat sikit. Sementara nak sampai ke bayou lagoon resort tu, singgah dulu rumah terbalik di sini... upside down house, fuhhh ramai gak orang, nak masuk siap kena beartur. Kecik je tempatnya. dan mama pun pening nengok. Macam tak jadi sangat la gambar kita orang atau memang tempat ni tak jadi sangat ntahlah hihi.... hihi... Lepas rumah terbalik barulah bermandi manda di bayou lagoon. Mmmm.. tempatnya biasalah sama juga ,macam waterpark yang lain. Tapi ada belon gergasi yang boleh masuk dalamnya sambil pusing tu kalau nak gerak. Slide ada dan orang pastinya ramai lah cuti sekolah kan. yuhuuu mani... berulang-ulang naik slide ni Lepas dah puas mandi esoknya terus ke muzium kapal pula.... besar betul kapal ni Kemudian kami meneruskan perjalanan ke a famosa r...

Farm in the city

Actually kami baru je tahu ada farm in the city dekat dengan rumah haha... so ambil peluang untuk ke sini. Apa yang menarik di sini, anak-anak boleh pegang dan bagi makanan haiwan peliharaan di sini, macam mula-mula masuk, kami jumpa dengan kura-kura gergasi... kebetulan masa kami datang ni, ada lawatan sekolah.. mm havocla sikit. Yang paling kakak dan adik suka rabbitlah... sebab bole angkat dan bagi kangkung hihi.. Seronok anak-anak... bawalah ke sini kalau belum sampai ye. kakak suka sangat adik geli-geli sikit... banyak rabbit... 'jangan kacau saya'

Seketika di Merbau Sempak

ini kolam tempat penginapan kami malamnya sempena hari ibu.. sayang ma Alkisahnya wedding adik yang telah dibuat di simpol the garden of love. So kami mencari tempat untuk berkumpul yang paling dekat dan selesa untuk ramai-ramai. Jadi cari-cari jumpa di banglo merbau sempak. Ada kolam renang yang pasti. Kawasannya pula pernah juga untuk dibuat wedding. So terciptalah juga kenangan di sini bersama keluarga. congratulation bro... nice shot yehaa... suka sangat tengok gambar kanak-kanak ribena ni di  tepi pool kat sini