Skip to main content

Seringkali kita terlupa

Seringkali kita terlupa..
Terlupa yang kita punya Allah
Seringkali kita terlupa..
Terlupa yang kita ada tuan yang paling agung
Kadang-kadang kita ingat..
Sentiasa ingat di mana pun tapi kita tak merasai kehadirannya ketika itu..
Sedangkan kita dilihat, kita didengar, kita dikasihi dan kita diampuni..
Seringkali juga kita lupa..
Tiap kali kita terjatuh
Tiap kali kita tersepak
Tiap kali kita terhimpit dalam kesulitan
Tiap kali kita terluka jari
Tiap kali kita ter'aduh' hanya untuk sekecil-kecil kesakitan..
Itu semua telah Allah aturkan untuk terjadi..
Allah telah susunkan untuk kita dengan begitu cantik..
Tapi seringkali pula kita nampak ianya hodoh
Seringkali kita nampak ianya buruk
Seringkali kita rasakan ianya ketidakadilan untuk kita...
Percayalah,
Hanya keyakinanmu yang akan nampak apa hikmahnya..
Hanya muhasabahmu sahaja yang akan merungkai keseringkalian itu..
Hanya cintamu kepada YANG SATU itu yang mampu membuatmu lihat sekecil-kecil 'aduh' hinggalah sebesar-besar 'aduh' itu..
perjalanan hidup yang paling manis untukmu...
Dari sang pencipta yang amat menyayangimu...
Menyayangimu lebih dari sesiapun yang engkau tahu..
Yakinilah cintaNYa..
Musafir lalu
3 dis 2014
2.04 pm

Comments

Popular posts from this blog

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Belajarlah hingga ke akhir nafasmu

 Rabbi zidni ilman Doa yang patut kita amalkan kerana hidup ini tak akan pernah lari dari pembelajaran.. Even ke akhir usia kita, tak akan mampu kita untuk meneroka semua ilmu Allah. Zaman beredar, segalanya berubah tapi tetap kita akan utuh dan teguh jika ilmu di dada terus ditambah, dibaja dan disemai. Setelah sekian lama, kembali lagi ke kelas begini walaupun di usia ini.. Tapi alhamdulillah, datang ke sini.. di samping dapat ilmu tiktok, dapat juga sedari besarnya kasih Allah. Tak sangka lagu lama ni begitu membekas di hati hari ni. Masa remaja dulu, lagu sekadar dengar tanpa faham. Tapi tersentak hari ini bila mengulang-ulang ayat .. bila kusedari diri disayangi, langkah kaki ini semakin berani, bila terkeliru kuucap namamu.. terasa diriku kembali dipandu.. engkau yg pertama tiada akhirnya..

Aroma village restaurant seri kembangan

Selepas bermain sakan di kidzoona, jaya jusco taman equine, budak berdua ni terus lapar lagi. Singgah retoren yang baru di buka dalam jaya jusco ni tak jauh dari food court. Ini kali kedua menyinggah. Kakak request nak nasi goreng lagi. Pertama kali masuk, mula-mula tengok harga lah kan... agak priceyla.. kiranya harga lebih kurang makan kat domino or pizza. Tapi makanan best juga. Hari ni abang makan roti jala, mm kari ayam sedap.. oklah dengan 4 keping roti jala yang agak cubby. Mama masih lagi sukakan nasi goreng nyonya. Yummy! Overall, walaupun makanan sedap tapi sekali sekala boleh lah ye anak-anak. Tak larat mama macam ni makan tiap2 minggu huhuhu...