Skip to main content

Atmosphere, seri kembangan

Yeay! Akhirnya setelah mencari dan mencari.. cheh padahal tak delah bersungguh pun carinya. Akhirnya ketemu jua tempat lepak yg baru sesuai untuk seisi keluarga dan dekat dgn rumah.

Tapi masih belum tahulah kesesuainnya tu sampai bila, sebb atmosphere ni kawasan office sebenarnya tapi banyak kedai makan dan juga kedai-kedai peralatan rumah. So far masih banyak yg kosong dan kawasan pun masih lengang. Parkingnya masih ok lagi.. sebab tu rasanya sesuailah utk sementara ni kan.. daripada nun jauh ke cyberjaya dan putrajaya mencari taman.. hihi..

Anyway, bilalah puncak jalil ni nak buat satu taman rekreasi kan, dah ada ura2 cuma tak pasti bila. Tunggulah...

Seronok bila tengok anak2 enjoy their weekend. Lepaskan tension diorang sekejap. Well mereka juga tension apa, setiap hari mengadap buku dari pagi hingga malam.

The atmosphere ni pun rasanya pernah diwar-warkan sebelum ni sebagai tempat baru yg menarik utk yg suka bergambar. Banyak gambar2 menarik yg di lukis di setiap bangunan dengan seni dan kreativiti yg menarik. Gambar ala2 trick macam art museum kat icity tuu... hanya 1 gambar je sempat amik, lenkali kita hupdate lagi key.

Ok, biar gambar berbicara ye..


Tengok iklan2 kat belakang tu dah tau banyak kosong lagi kan..
Haa inilah daya penarik utk budak berdua ni..
Yeay!
Unik!
Inilah dia lukisan yg kreatif kan... menarik!

Comments

  1. Assalam.

    Samaaa. Hari tu abang saya yang duduk Puncak Jalil tu pun tak sempat bawa anak-anak dia berbasikal di Putrajaya, dia bawa ke sini je. Okey lah sebab luas, dan cantik lagi menarik hehe :)

    Btw akak, just dropping by to wish you a happy belated birthday! Better late than never kan :D Semoga terus sukses dunia akhirat, aamiin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi... mekasih, amin ya rab! Ada juga org ingat ye..

      Delete
    2. Hihi... mekasih, amin ya rab! Ada juga org ingat ye..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suraya Seafood yang jem dan padat

Tempat ni agak sentimental sikitlah bagi mama sebab dari lepas keluar universiti, praktikal masa tu terus kenal suraya seafood yang 'heaven' ni bak kata penggemar makanan. Dari dulu lagi memang ramai sangat customer huk!huk! Sampai sekarang of course lah bertambah-tambah lah ramainya kan. Jangan terperanjat kalau datang sini tengok masing-masing kena tunggu orang lain habis makan, tunggu tempat duduk tau. (Pack sangat sampai tak cukup tempat duduk) Dari dulu sampai sekarang camtu.  Dulu-dulu selalu datang makan, so diorang pun dah kenal mama, bolehlah minta tolong diorang carikan meja, lagi cepat... tapi sekarang dah bertahun-tahun tak ke sana, pekerja pun ramai yang dah lain.. tak ingat dah masing-masing hihi.. Apa yang best sangat kat suraya seafood kg. Baru ni? Haaa... jangan tak tau, makanannya semua sedap. Dari sekecil-kecil sambal belacan 'pink' yang unik sampailah lauk-pauk yang besar-besar. Kat sini juga ada mee celup yang lazat. Tak lu...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Menolong Agama Allah-Perjuangan Bermula Lagi

Pernah kudengar sebelum ni dari tazkirah, salah satu cara untuk murahkan rezeki kita ialah dengan menolong agama Allah. Luas pengertiannya dan juga banyak caranya untuk kita menolong agama Allah.  Menolong saudara seislam kita yang dalam kesusahan apatah lagi membantu saudara terdekat kita, segala-galanya mencakupi pengertian menolong agama Allah.  Apatah lagi jika melibatkan umat Islam keseluruhannya, melibatkan masyarakat sekeliling kita. Jom kita menolong agama Allah...