Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

Jom deko aiskrim magnum sendiri!

Yehaaa! Makan saja hari ni, baru lepas makan sotong goreng gergasi yang rangup dengan nasi dan sambal kicap yang pedas... fuhh! Sedap!sedap! Sampai kerusi mama terbalik kikikiki... itulah kerusi kat sebelah tangga kecil (bendul oghe kelate kate). Sekali bangun zup jatuh, sib baik tak kena orang belakang. Sotong gergasi ni kat kota warisan sepang, otw nak p klia tu... tapi tak sempat snap gambar sowi! Then dah kenyang terus g ioi city mall, dah lama tak jalan ke sini. Ingatkan ada contest yg menarik dari johnson & johnson tapi hampa. Sementelah kat area symphony ni (kolam yg damai je dengan air pancut.) Dah melilau kat situ gak terpandang kedai magnum putrajaya mmmm.. nape ramai benor orang, best ke.. tak pernah pula nampak restoren aiskrim magnum nih hihi. En hubby nak try, so kita terjah je.. Owh! Ghupanya aiskrim magnum yang biasa tu kita pilih nak flavour apa dulu, vanila ke chocolate ke apa, then topping dia bagi free 3 jenis. Macam-macam topping ada tapi favourite...

Estea Auto spa

Ok cerita yang tak berapa glamer mungkin tapi agak menarik untuk kenangan mama hehe... selalu datang cuci kereta kat sini di awal pagi. Itupun datang sebab tempat cuci kereta ni je yang special sikit di buka di awal pagi. Walaupun kadang-kadang masa datang kena kejut orangnya yang syok tido kat sofa (lucu pulak). Tapi hari ni ada la juga 2 3 keta yang menunggu giliran. Susah tau nak cari tempat cuci kereta yang buka di awal pagi. Setakat ni, inilah satu-satunya tempat itu, syabas estea auto spa! Anyway, kat sini sekali cuci rm12. Walaupun ada yang masih mengekalkan harga yang lama rm10 tapi itulah perbezaan ketara estea dan car wash yang lain ialah operation hour nya yang kena dengan mama yang selalu gak mundar mandir di pagi hari... satu mencari tempat untuk breakfast dan satu lagi car wash. Haaa.. sebelah estea auto spa ni memang ada restoren baling mai yang sentiasa buka fi awal pagi gak. Ada nasi lemak daun pisang yang pedas dan best! So sesiapa yang mencari car wa...

Nappy rash cream yang bagus

Tak biasa sangat dengar pasal nappy rash cream ni sebab ada satu brand tu yang ibu-ibu selalu puji. Bila anak yang sebelum ni tak sensitif kulitnya, jarang nak ambil tahu pasal ni tapi anak ketiga ni special sikit sebab kulit sensitif, jadi kenalah ambil tahu.  Tapi kes baby cirit birit ni rasanya kulit baby manapun akan luka dan merah bila kerap dibasuhkan. Nasib baik ada adik ipar bawa cream ni dan cuba kat baby ahmad. Yang lainnya dari cream sebelum ni, cream ni akan hilang bila baby buang air besar dan hilang sekali dengan merah-merah melecet bila dah dua tiga kali guna.  Berbeza dengan cream sebelum ni, lapisan cream tu sendiri susah nak tanggal masa nak basuh dan merah-merah melecet lambat nak hilang sampai putus asa gak tengok kulit baby yang merah tu.

Aroma thai di atmosphere, seri kembangan

Beriadhah di atmosphere minggu lepas, jalan-jalan di sekitar. Sampailah restoren aroma thai ni. Biasanya dari jalan besar nampak restoren ni, cuma hari ni baru berkesempatan untuk singgah. Hajat di hati nak minum je tapi anak-anak nak makan malam terus. Untuk pertama kali datang, kami order chicken wing dan ayam gajus. Chicken wing rm18 dan ayam gajus pula rm9. Air dan lain-lain lupa cuma total bil lwbih kurang rm37 untuk air minum 2, nasi goreng cina, ayam gajus dan chicken wing. Chicken wing memang best! Rangup dan rasanya enak dan tak pedas sesuailah dengan budak berdua ni. Ayam gajus biasa-biasa saja... rasanya lagi best kat village view bangi. Tapi paling best kat ampang park corner cafe ke apa tempat tu huhuhu bertahun-tahun dulu rasa. Well, dengar cerita owner restoren aroma thai ni sama dengan owner thai klasik kat kinrara uptown tak tau la betul ke idak tapi gaya kedai dan pekerjanya memang ada yang biasa ku nampak di thai klasik... apa pun suasana kedai ni ok sik...