Skip to main content

Jom deko aiskrim magnum sendiri!

Yehaaa! Makan saja hari ni, baru lepas makan sotong goreng gergasi yang rangup dengan nasi dan sambal kicap yang pedas... fuhh! Sedap!sedap! Sampai kerusi mama terbalik kikikiki... itulah kerusi kat sebelah tangga kecil (bendul oghe kelate kate). Sekali bangun zup jatuh, sib baik tak kena orang belakang.

Sotong gergasi ni kat kota warisan sepang, otw nak p klia tu... tapi tak sempat snap gambar sowi!
Then dah kenyang terus g ioi city mall, dah lama tak jalan ke sini. Ingatkan ada contest yg menarik dari johnson & johnson tapi hampa. Sementelah kat area symphony ni (kolam yg damai je dengan air pancut.)

Dah melilau kat situ gak terpandang kedai magnum putrajaya mmmm.. nape ramai benor orang, best ke.. tak pernah pula nampak restoren aiskrim magnum nih hihi. En hubby nak try, so kita terjah je..
Owh! Ghupanya aiskrim magnum yang biasa tu kita pilih nak flavour apa dulu, vanila ke chocolate ke apa, then topping dia bagi free 3 jenis. Macam-macam topping ada tapi favourite budak berdua ni, oreo, kepingan potato chips dan mashmallow. Then salutan pula boleh pilih vanila, chocolate atau dark chocolate lepas tu pilih lagi salutan untuk decorate tu dari flavour yang atas tu juga. Hasilnya seperti dibawah k... comel jadinya hihi...

Mama dan abah ambil magnum popstar, amboih! Aiskrim pun macam penyanyi ye hihihi.. ala dia letak pop corn je dengan aiskrim ni. Rugi tak try magnum cendol tau. 

Kat sini pun ada hot plate gak. Tapi harga boleh tahan lah mak oiii untuk rakyat macam mama ni huk!huk! Tapi enjoy lah sekejap merasai aiskrim yang memang favourite mama dan anak-anak. Nampak gayanya, baskin robbin jatuh satu tangga dalam carta kami anak beranak hihi...


comel tak aiskrim ni...
sebelah tu popstar ye namanya

oklah ari ni mama cameraman je...

best juga layan angin dan fountain yang unik

ini pula bahagian dalam restoren
hah! sempat lagi snap!


Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Kembali lagi ke o&g an nur

Selepas 6 tahun berlalu, aku kembali ke sini... alhamdulillah rezeki yg amat besar tak terhingga. Thank you Allah! Bercampur baur perasaan antara percaya dan tidak dan antara takut dan risau... Pengalaman kali ke-3 tapi selepas 6 tahun bukanlah sesuatu yg bole di recall mcm tu je, yg pasti sakit bersalin tu ingat huhuhu... sampai sekarang. Subhanallah, aku kena kuatkan ingatan betapa pahala yg akan diperolehi ibu mengandung lagi banyak jika bersabar... Ya rabb, permudahkanlah kami dlm setiap urusan kami.. Kali ke 2 membuat cek up di klinik wanita annur, bndar baru bangi.. berpagi-pagian. Sudah banyak perubahan. Kliniknya dah bertambah luas dan selesa. Pagi ini kebetulan pula dgn announcement doa utk memulakan tugas... sama2 menadah tangan... sejuk rasa hati. Andai ada peluang utk bersalin di sini lagi akan kuusahakan tetapi memandgkan kos rawatan.. masih lgi berkira2.. apa-apapun moga dipermudahkan segalanya... amin ya rabb! Gambar emir masa kecik2 dan inilah baby 6 tah...