Skip to main content

Aroma thai di atmosphere, seri kembangan

Beriadhah di atmosphere minggu lepas, jalan-jalan di sekitar. Sampailah restoren aroma thai ni. Biasanya dari jalan besar nampak restoren ni, cuma hari ni baru berkesempatan untuk singgah.

Hajat di hati nak minum je tapi anak-anak nak makan malam terus. Untuk pertama kali datang, kami order chicken wing dan ayam gajus. Chicken wing rm18 dan ayam gajus pula rm9. Air dan lain-lain lupa cuma total bil lwbih kurang rm37 untuk air minum 2, nasi goreng cina, ayam gajus dan chicken wing.

Chicken wing memang best! Rangup dan rasanya enak dan tak pedas sesuailah dengan budak berdua ni. Ayam gajus biasa-biasa saja... rasanya lagi best kat village view bangi. Tapi paling best kat ampang park corner cafe ke apa tempat tu huhuhu bertahun-tahun dulu rasa.

Well, dengar cerita owner restoren aroma thai ni sama dengan owner thai klasik kat kinrara uptown tak tau la betul ke idak tapi gaya kedai dan pekerjanya memang ada yang biasa ku nampak di thai klasik... apa pun suasana kedai ni ok sikit berbanding thai klasik yang agak panas.

Dah makan dan tapau, sampung balik panjat-memanjat. Suka benar budak berdua ni panjat tali yang tak berapa nak tinggi ni hihihi...

Harga yang agak pricey

Tak habis-habis budak berdua ni memuji chicken wing ni

Gaya apa tak tau
Ok posing jangan tak posing


Comments

Popular posts from this blog

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Belajarlah hingga ke akhir nafasmu

 Rabbi zidni ilman Doa yang patut kita amalkan kerana hidup ini tak akan pernah lari dari pembelajaran.. Even ke akhir usia kita, tak akan mampu kita untuk meneroka semua ilmu Allah. Zaman beredar, segalanya berubah tapi tetap kita akan utuh dan teguh jika ilmu di dada terus ditambah, dibaja dan disemai. Setelah sekian lama, kembali lagi ke kelas begini walaupun di usia ini.. Tapi alhamdulillah, datang ke sini.. di samping dapat ilmu tiktok, dapat juga sedari besarnya kasih Allah. Tak sangka lagu lama ni begitu membekas di hati hari ni. Masa remaja dulu, lagu sekadar dengar tanpa faham. Tapi tersentak hari ini bila mengulang-ulang ayat .. bila kusedari diri disayangi, langkah kaki ini semakin berani, bila terkeliru kuucap namamu.. terasa diriku kembali dipandu.. engkau yg pertama tiada akhirnya..

Aroma village restaurant seri kembangan

Selepas bermain sakan di kidzoona, jaya jusco taman equine, budak berdua ni terus lapar lagi. Singgah retoren yang baru di buka dalam jaya jusco ni tak jauh dari food court. Ini kali kedua menyinggah. Kakak request nak nasi goreng lagi. Pertama kali masuk, mula-mula tengok harga lah kan... agak priceyla.. kiranya harga lebih kurang makan kat domino or pizza. Tapi makanan best juga. Hari ni abang makan roti jala, mm kari ayam sedap.. oklah dengan 4 keping roti jala yang agak cubby. Mama masih lagi sukakan nasi goreng nyonya. Yummy! Overall, walaupun makanan sedap tapi sekali sekala boleh lah ye anak-anak. Tak larat mama macam ni makan tiap2 minggu huhuhu...