Skip to main content

Posts

Jom ke Alive 3D Art Gallery Port Dickson

amboih makan apa tu.. Sempatlah singgah disini masa bercuti di pd. Tengok macam best je orang bergambar. Sama konsepnya macam kat Museum Trick di Icity cuma gambarnya lain la kan. Temanya lain pula. Tempat macam ni sebenarnya ikut kreativiti masing-masing bagaimana nak bergambar. Dia dah tampal cara nak bergambar macam mana biasanya kat sebelah tu cuma tak kan nak sama je kan. kui! kui! sedut betul tuh amboi adik bestnya tidur hihi.. Seronok tetap ada. Sebab nak cari mood untuk bergambar tu satu hal. nak fikir macam mana pula nak bergaya tu hal lain pula kan. Anyway, best juga... buat koleksi gambar banyak-banyak k. Satu hari nanti bila tengok balik mesti lucu.

Primaland Port Dickson Resort & Convention Centre (PRCC)

Berkesempatan ke port dickson kali ni. cari-cari tempat baru yang belom diteroka haha... jumpalah primaland resort ni yang ada waterpark sekali. Oklah, cuba tempat baru. terus booking melalui booking.com senang, my favourite application untuk hotel. Orang memang ramai lah sebab cuti sekolah akhir tahun... tapi ok lah kot. Beramai-ramai kita hahaha... ini satu jenis slide yang ni pula bahagian lain yang ni pula hujan air hahaha... anak-anak biasalah sukakan air

Jom lompat-lompat di Jumpstreet Asia

Sempena cuti sekolah baru-baru ni, memang dah plan untuk bawa adik berdua untuk aktiviti melompat yehaaa! Maklumlah budak-budak dan remaja, kenalah cari yang sesuai dengan mereka ye tak. Actually first time datang sini, dah google sikit-sikit dan bayar terus online. Tinggal ambik stoking dan tag nama dan tunggu untuk lompat je hihi. Kat sini bukan seharian ye. Bayarannya ikut jam. Masa ni mama bayar untuk sejam je. Nak lompat-lompat je pun haha.. adalah tempat-tempat yang berlainan untuk lompat ni, ada yang boleh lompat tepi, ada yang guling-guling dan macam-macam lagi. Untuk warga tua macam mama ni duduk je memerhati mereka bergembira. Jangan lupa bekal air, bawa sekali. Dah lompat-lompat, mahunya tak dahaga kan. Muka semua dah merah-merah macam udang bakar hihi.. Yang penting gambar kenangan tetap kena ada. Kalau nak banding dengan district 21 memanglah tak boleh kan sebab harga pun lain. Jumpstreet ni kiranya fokus dalam lompatan la sedangkan district dia campur g...

Seringkali kita terlupa

Seringkali kita terlupa.. Terlupa yang kita punya Allah Seringkali kita terlupa.. Terlupa yang kita ada tuan yang paling agung Kadang-kadang kita ingat.. Sentiasa ingat di mana pun tapi kita tak merasai kehadirannya ketika itu.. Sedangkan kita dilihat, kita didengar, kita dikasihi dan kita diampuni.. Seringkali juga kita lupa.. Tiap kali kita terjatuh Tiap kali kita tersepak Tiap kali kita terhimpit dalam kesulitan Tiap kali kita terluka jari Tiap kali kita ter'aduh' hanya untuk sekecil-kecil kesakitan.. Itu semua telah Allah aturkan untuk terjadi.. Allah telah susunkan untuk kita dengan begitu cantik.. Tapi seringkali pula kita nampak ianya hodoh Seringkali kita nampak ianya buruk Seringkali kita rasakan ianya ketidakadilan untuk kita... Percayalah, Hanya keyakinanmu yang akan nampak apa hikmahnya.. Hanya muhasabahmu sahaja yang akan merungkai keseringkalian itu.. Hanya cintamu kepada YANG SATU itu yang mampu membuatmu lihat sekecil-kecil 'aduh...

Mee kak ning

Bihun celup yg menjadi kegemaran kami tiap kali balik kg... Tak sah tak berderet berjalan ke kedai ni. Maklumlah, sebelah rumah je.. hi hi.. Fuuh mebeles you all!

Molly fantasy & kidzoona

Indoor playground yg ramai org dah tau nak-nak yg ada anak-anak kecil.. antara tempat favourite anak-anak kan. Apatah lagi sekarang ni musim hujan, so aktiviti luar macam main-main kat taman & berenang dah tak boleh. Kali ni bawak anak-anak ke molly fantasy ioi mall city, putrajaya. Actually molly fantasy ni banyak cawangan, yg biasa kami pergi AEON Taman equine dan main place. Well, adalah tempat baru utk lepaskan kanak-kanak riang hujung minggu. 5 hari dah sekolah dari pagi sampai maghrib, kesian juga budak-budak. Better isikan masa diorang dengan sesuatu yg fun dan mereka bole enjoy.. Baru saja timbul isu kanak-kanak yg luka dan ada yg meninggal disebabkan tercucuk jarum dan juga environment yg tidak menyihatkan di tempat-tempat sebegini. Tapi sukarnya utk si kecil faham. Pada mulanya diorang tak nak jejak kaki dalam bola2 ni, tapi disebabkan tempat baru, aku cakap ok. Barulah diorang jalan dalam tu. Tapi scary kan...

Anak-anak

Masa berlalu begitu pantas, anak-anak makin membesar.. membesar dengan acuan tangan kita sebagai ibubapa. Ya Rabb! Berilah kekuatan kepada kami untuk mendidik anak- anak kami untuk menjadi anak-anak yg soleh.. Bukan mudah! Bukan juga senang utk menahan kemarahan.. berilah kami kesabaran ya Rabb!