Skip to main content

Posts

Bersukaria di the parenthood sunway mall kl

Ini nasi bamboo dari bakar-bakar Yuhuu!! Beli tiket the parenthood dari fave , dapatla murah dari rm45 jadi rm31. Banyak tu diskaun kan.. so rajin-rajinlah mencari kat sana ye. Hadiah untuk kakak yang dapat anugerah cenerlang tempoh hari. So adiknya dapatlah sekali join hihi.. ada gak tanya budak berdua ni, best kat mana sebab sebelum ni kami pernah pergi ke the parenthood sunway pyramid, katanya best yang sini. Tak tahulah apa  yang bestnya sebab kali ni mama tak masuk dalam. Just pusing-pusing dan berborak dengan hubby kat luar. Masa ni gak sempat makan kat 'bakar-bakar' area food court. Sedap juga makanannya. Baru perasan yang kat sunway mall ni banyak sangat kedai makan. Macam tiap-tiap level je ada restoren kihkih.  Masa datang ni seronok sangat jenjalan sebab tak ramai orang. Rasa macam selesa je dan aman damai.  Apa yang best kat sunway putra mall ni, bilik baby banyak, so sangat membantu para ibu dan semua kemudahan terletak kat area lift ...

Suraya Seafood yang jem dan padat

Tempat ni agak sentimental sikitlah bagi mama sebab dari lepas keluar universiti, praktikal masa tu terus kenal suraya seafood yang 'heaven' ni bak kata penggemar makanan. Dari dulu lagi memang ramai sangat customer huk!huk! Sampai sekarang of course lah bertambah-tambah lah ramainya kan. Jangan terperanjat kalau datang sini tengok masing-masing kena tunggu orang lain habis makan, tunggu tempat duduk tau. (Pack sangat sampai tak cukup tempat duduk) Dari dulu sampai sekarang camtu.  Dulu-dulu selalu datang makan, so diorang pun dah kenal mama, bolehlah minta tolong diorang carikan meja, lagi cepat... tapi sekarang dah bertahun-tahun tak ke sana, pekerja pun ramai yang dah lain.. tak ingat dah masing-masing hihi.. Apa yang best sangat kat suraya seafood kg. Baru ni? Haaa... jangan tak tau, makanannya semua sedap. Dari sekecil-kecil sambal belacan 'pink' yang unik sampailah lauk-pauk yang besar-besar. Kat sini juga ada mee celup yang lazat. Tak lu...

Bercuti di kuala lumpur

Walaupun cuti raya cina ni lama kali ni lebih kurang 6 hari tapi tak sempat untuk plan balik kg memandangkan hal-hal yang tak dapat dielakkan. Tambahan pula tiket airasia dah mahal huhuhu.. Tapi alhamdulillah sempat aku beli tiket untuk cuti thaipusam nanti. Lamanya tak jenguk bonda tercinta, maafkan anakmu ini ma. Sempatlah bercuti di kl saja kali ni. Kalau pd dan melaka or cameron, sah-sahla ramai orang dan jem kan. Kami check in di regency hotel, nak hotel yang murah tapi ada swimming pool, inilah tempatnya. Kat hotel ni bab parking yang kurang cikit sebab tak direct naik lif terus. Kena bertangga-tangga bagai dan parkingnya yang 'berkuap gile' (dengan kata lain busuk dengan disebabkan tiada udara). Pulak tu nak parking kat lobi untuk drop orang pun agak sukar sebab dia tutup dengan kon. Guard pula yang angkat letak2x kon tu. Mungkin sebab kawasan yang sesak memaksa mereka untuk buat sedemikian. Regency hotel ni kat menara safwan, betul-betul berhadapan deng...

Makan-makan di mr.food putra height

Haaa kali ni kita try western pula ye. Datang ke putra height ada orang ngajak ke Mr Food grill and steak. Order dari si kecil-si kecil burger, chicken chop, chicken grill, dan of course signature dish nya steak. Mmm... makanan ok sedap cuma mungkin kalau yang tengah lapar patut order 2 dishes ngeh! Ngeh! Anak-anak seronok bila ada nama mereka Nyum!nyum! Burger Ini steak

Jom make di Singgang Warisan

Bila teringin nak makan budu, ulam raja dan ikan singgang datang, ke sinilah tempat yang dituju hihi... tak puas menghirup kuah singgang ikan tongkol, sedak sungguh! Budak berdua tu pula suka sangat nasi minyak dengan ayam gulai, sedap! Masa tulis ni tengah lapar aduilah terbayang-bayang pula ni. Esok kan kusinggah, insyaallah.  Haa.. nak rasa jom datang ke atmosphere seri kembangan ni je. Nasi yang paling glamer kat sini nasi dagang, memang sangat best. Datang restoren ni bergilir-gilir menu ni je haha, nasi dagang- ikan singgang - nasi minyak.  Nak juga try menu lain tapi camano bila tiap kali datang tak bole lepas pandang 3 hidangan yang best tu! Nasi ikan singgang Nasi minyak Nasi dagang

Jom bangkit!

Seronoknya melihat si kecil... comel, manja dan riang ria tanpa masalah. Kerjanya hanya bermain dan bersukaria.. Tapi tiada si kecil ini tanpa ibu yang melahirkan, tanpa ayah dan ibu yang membesarkan. Mengeluh kita yang dewasa mendepani masalah dan juga dugaan. Dugaan demi dugaan yang menimpa tapi kita lupa nikmat demi nikmat yang kita terima. Kita berharap untuk menjadi si kecil yang riang ria kerana kesabaran yang kian terbatas. Tidak akan ke mana anak-anak ini jika penjaganya hilang semangat. Tidak akan membesar dengan solehnya tanpa kebangkitan motivasi kita yang dewasa ini.. Bersabarlah, biar tiada bahu untuk kau tangisi, asal tawakkalmu tetap pada yang satu. Merintihlah pada sang pencipta... kerana di mana pun kita dia tetap mendengar.. mengasihi dan mencintai kit hambanya yang hina ini.

Jom try kfc puncak jalil

Baru beberapa bulan beroperasi kfc puncak jalil ni. Hari ni try.. kihkih kfc kat mana-mana pun sama je kan cuma dari segi servis dan ke freshan ayam tu yang berbeza. Servis kat sini memang dari mula-mula buka kita order dulu then terus duduk-duduk dulu sambil alert no kat resit. Tak kira nak makan kat situ or nak take away. Then no. dipanggil bila siap. Lain pula dari KFC lain, tunggu je untuk dapat makanan terus. Kiranya orang yang beratur untuk order tak de lah penat sangat boleh duduk sambil menunggu. So far makan hari ni tengahari yummy, ayam fresh rangup dan best hingga menjilat jari! tengok abg pun happy dapat makanan favourite dia nasi kfc!