Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Alhamdulillah..

Alhamdulillah, syukurnya YaAllah selesai sudah satu tugas yang selama ini memberatkan tidur dan jagaku dek kerana sikapku juga. Berderai air mata tatkala mengingatkan maha penyayangnya Dirimu Ya Rabb...

Selepas solat

Sempat juga mengabadikan gambar anak-anak sebelum diorang campakkan telekung solat dan kopiah... Adik beradik yang seiras kakak ica khusyuknya siap baca lagi adik yang active macam cina mualaf je dik izza batrisyia my heart & my soul Mama doakan anak-anak mama jadi anak yang soleh dan solehah dan dapat mendoakan mama dan abah nanti, amiin.

Kolam renang precint 9

Masuk kali ni dah 3 kali aku datang tapi hanya kali ini aku berpeluang untu mandi. First dulu sebab sesi dah tutup, sesi seterusnya pula sejam selepas itu. Tak larat nak tunggu. Kali kedua plak datang, pam pecah. So tak boleh gak. Mula-mula sampai tepi kolam tu hehehe seronoknya aku sorang je ke yang nak berenang ni. Tak ada orang macaam kolam-kolam lain. Terus tukar baju kat toilet yang bila masuk je rasa seram sebab aku sorang je. Lagipun toiletnya terperosok dihujung sana. Oklah terus tukar swimming suit and terjuun.... (tak terjun pun, turun tangga gak). Setengah jam mandi oklah lagi rasanya. Tapi bila dah 45 minit, lain macam pula berenang sorang-sorang nih. Rasa seram pun ada. Huhuhu, aku tinggalkan jauh-jauh fikiran yang mengarut tu. Tapi asyik datang je perasaan macam ada orang nak tarik kaki aku huhuhu... ini influence movie kot. Mmmm... ok-ok stop. Malas dah nak swimming camni. Memang seriau... Masuk toilet dia pula, pun dah jadi lain macam. Nampak gayanya lepa...

Moon Salon

Salon ini hanya ada di kampungku... aku merinduinya saat ini sebab service yang diberikan amat berbaloi dengan harganya. Hilang stress tiap kali mencuci rambut di sini. Setakat ini, pencarianku untuk salon yang sama servicenya macam moon salon di area puncak jalil belum kutemui. Well, di sini mencuci rambut bukan sekadar syampoo rambut kita saja then basuh. Huhu.. kat rumah pun kita boleh lakukanya sendiri. Tapi di salon ini, dahla cuci tambut macam cuci baju kuikui... i mean terasa kulit kepala kita kita diurut dan kalau ada kelumumur, akan hilang. Selain jari yang kuat, mereka juga akan gunakan sikat yang meratakan seluruh syampoo dan urutan ke seluruh kepala. Urutan bahu, sah-sahla ada... best. Apa yang boleh kugambarkan saat rambutku dibersihkan, stressku lari meninggalkan diriku... chewaahh. Tapi kat area puncak jalil ni, dah banyak tempat aku try, hukhuk sama saja. Letak syampoo kat kepala je adalah yang urut satu dua minit then basuh.. Mmm like what we do by ourself...

Di mana sahabatku?

Aku singgah di nu-in little perak untuk breakfast. Ntah kenapa nasi lemaknya dah makin kurang sodapnya.. Sambal cair dan sangat sedikit untuk diadopt dengan nasi yang agak banyak. Dahla aku ni suka sambal banyak. Rugi tak singgah restoren cengkih tadi huhuhu...  Melihat gelagat tiga sahabat yang sedang berbual mesra di sebelah mejaku membuat aku sedih. Aku sentiasa keseorangan sejak-sejak ada biz sendiri. Di mana sahabatku? Huhuhu...  Emosional pulak pagi ni, kesian aku kan tak pernah ada kawan untuk berbual dan bertukar pendapat dan fikiran. Even sebenarnya aku tiada kawan karib pun. tiada kata-kata lagi. Aku tahu walaupun tempat untuk kita luahkan segala-galanya adalah kepada Yang Maha Esa tetapi rasanya perlu juga seorang sahabat. Kehidupan harianku adalah di tempat kerja dan petang atau malam pula dengan anak-anak. Hari minggu aku dan anak-anak. Apa salahnya kalau aku bawa anak-anak dan keluar bersama kawan-kawan kan. Nampaknya ada sesuatu yang perl...

Dataran Putrajaya

Kami dah agak lama tak ke sini. Malam ni berkesempatan datang. Seronoklah anak-anak, macam biasa berlari dan mengayuh basikal.  Tersenyum melihat ketawa kecil mereka. Dan lagi bila ada yang datang menjual mainan berlampu, mesti nak masuk saham sekali huhu...  Ramai macam selalunya malam ni dengan pelbagai gaya dan ragam manusianya. Tapi yang pasti majoriti membawa anak-anak untuk berbasikal, bermain bola, dan macam-macam aktiviti yang boleh mengeratkan silaturrahim dan juga merapatkan hubungan kekeluargaan. Pak-pak arab pun seronok lepak dengan rakan-rakan dan keluarga masing-masing. emir beli baloon.. kakak pula beli arnab tapi adik pula yang main berpeluh-peluh... Sampai basah baju budak berdua ni berlari-lari dan melompat mengikut arnab yang dibeli. Dah puas kat sini, kami turun pula ke tasik yang tak jauh dari dataran tu. Ada playground berbentuk kapal. Anak-anak main, mak ayah lepak kat kapal karam yang memang disediakan tempat dud...

Sebelum tido

Sempat bergurau senda dengan anak-anak. They are so adorable and charming tonight. Sementara my sister's camera still with me, snap je gambar ana-anak. emir my hero manjanya bersama favourite toy adik... my first kid emir's close friend but still susu botol huhuhu kakak ica my hero my soul, love u so much

Mati itu pasti

Dikejutkan dengan berita kematian mertua adik. Innalillahiwainnailaihirojiun... Hanya DIA yang berkuasa dan tiada siapa yang tahu melainkan DIA bila tibanya ajal kita.  Sebelum ini doktor ada jangkakan yang dia hanya dapat bertahan beberapa bulan lagi tetapi jangkaan hanyalah dari manusia yang tiada kuasa.  Sesungguhnya kematian itu pasti. Terkedu seketika. Saat ini hanya mengharapkan sedekah dari yang masih hidup dan amalan yang dilakukan semasa hayatnya. Semoga makcik ditempatkan di kalangan orang yang beriman- alfatihah..

Keindahan hakiki di sana

Indahnya andai hidup berkeluarga tiada perasaan negatif tapi hanya kasih sayang sahaja. Indahnya hidup andai hari-hari yang dilalui bersama lancar, tenang dan damai tanpa perasaan marah mahupun tidak puashati.. Even kita cuba untuk menghindari, ianya pasti datang, even cuba untuk kita sabar agar tidak merajuk atau terasa pasti ianya tak kan lama.. Iyalah, yang indah belaka itu hanyalah di syurga, yang tiada perasaan jahat mahupun negatif hanyalah di sana. Owh sungguh, amarah itula yang amat kubenci tapi kadang-kadang itu juga yang kubuat..  Berilah aku hidayah dan petunjukMu Ya Rabb...

Sedihnya...

Sedih sebab my swimming class going to be end up soon. So hari ni sampai je kat kelas, aku siap-siap bayar fees anorther a month to cikgu latifah hari ni sebelum sempat dia tahu aku dah habis silibus kuikui...  Tapi cikgu kecik intan tanya aku balik apa yang nak belajar lagi? Butterfly style dah complete pon cuma untuk memastikan perfect kenalah praktis katanya. Last sekali dia soh aku buat lap 4 kali tuk semua style renang but only 2 for butterfly sebab ia amat memenatkan. Memang pun huhuhu... Sampai ada gakla tertelan air sebab penat nak kayuh huhuhu...  Tapi lepas tu agaknya cikgu latifah tengok aku ulang alik2 je, mesti dia courious kikiki dia soh intan ajar cara ambil nafas 2 kali... Anyway kelam kabut lah aku buat sebab lain ckit. Well aku senyum kembali, at least ada new thing to learn...

Sambungan cerita i-city

Setelah 3 jam berlalu dan hari pun dah gelap, sudah pun masuk maghrib. Kami solat je di dalam i-kids world ni. Tak ada pun tempat solat tapi sebab tak ada orang dan kawasannya yang banyak tersorok gitu, kami solat maghrib di sini sebelum mulakan pengembaraan ke i-city walk hahahaha... ok, dah siap tukar baju dan nak jalan ke i-city walk yuhuuu... kat bawah i-kids world pun ada mainan banyak n dinosour amat mengujakan kids, cantik kakak terus amik peluang yahhhgggg... nampak pemandangan i-city dari jauh yang tadinya putih je, malamnya penuh bercahaya kuda ni saiz giraffe... haha  kakak dan cekak berlampu adik dapat pistol huhu sempat naik kuda ni, kakak yang jaga sporting habiss... Actually banyak lagi kalau nak cerita tapi penatt... budak-budak ni dalam keta lagi dah tido. Menarik dan seronok bawak anak-anak ke sini. Tapi sediakan duit yang banyak gak hahaha, game yang naik-naik tu RM5 seorang dan untuk member R...

Menikmati musim salji...

Cheh, tajuk macam best je hihi. Actually hari ni, kami sekeluarga memang bercadang untuk bercuti sehari dan pergi ke snow walk, i-city. Nak juga try macam mana rasanya musim salji macam kat oversea. Kami bertolak dalam kul 12 lebih dan lebih kurang kul 1 sampai di sana. Inilah dia pintu masuk Terus ke kaunter tiket, aku tanya budak umur 2 tahun setengah kena bayar ke dan jawapan yang menarik tak payah bayar, So untuk aku, hubby dan isya kesemuanya perlu bayar RM70.00. Sorii sangat-sangat tak tengok berapa harga tiket yang sebenar tapi dewasa seorang RM25.00 itu dah termasuk dengan sewa jaket/baju sejuk yang tebal tu. Lepas dapat tiket yang macam resit beli belah kat supermarket tu, dah boleh masuk dalam. Dalamnya dah disambut dengan gadis-gadis yang menghulur terus jaket, ingatkan boleh pilih, hampeh... akunya jaket oklah dengan emir dan hubby cuma yang isya dahla labuh, nmpak kusam. (dalam hati, adoi sure nampak kusam bila aku amik gambar ni...). Kata gadis-gadis tu, nant...