Skip to main content

Dataran Putrajaya

Kami dah agak lama tak ke sini. Malam ni berkesempatan datang. Seronoklah anak-anak, macam biasa berlari dan mengayuh basikal. 

Tersenyum melihat ketawa kecil mereka. Dan lagi bila ada yang datang menjual mainan berlampu, mesti nak masuk saham sekali huhu... 

Ramai macam selalunya malam ni dengan pelbagai gaya dan ragam manusianya. Tapi yang pasti majoriti membawa anak-anak untuk berbasikal, bermain bola, dan macam-macam aktiviti yang boleh mengeratkan silaturrahim dan juga merapatkan hubungan kekeluargaan. Pak-pak arab pun seronok lepak dengan rakan-rakan dan keluarga masing-masing.



emir beli baloon..



kakak pula beli arnab tapi adik pula yang main

berpeluh-peluh...


Sampai basah baju budak berdua ni berlari-lari dan melompat mengikut arnab yang dibeli. Dah puas kat sini, kami turun pula ke tasik yang tak jauh dari dataran tu. Ada playground berbentuk kapal. Anak-anak main, mak ayah lepak kat kapal karam yang memang disediakan tempat duduk.

ada slide..

emir seronok betul main

Inilah dia kapalnya
Dah penat main semua, jom balik ye anak-anak. Dah kul 10 malam ok.

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Kembali lagi ke o&g an nur

Selepas 6 tahun berlalu, aku kembali ke sini... alhamdulillah rezeki yg amat besar tak terhingga. Thank you Allah! Bercampur baur perasaan antara percaya dan tidak dan antara takut dan risau... Pengalaman kali ke-3 tapi selepas 6 tahun bukanlah sesuatu yg bole di recall mcm tu je, yg pasti sakit bersalin tu ingat huhuhu... sampai sekarang. Subhanallah, aku kena kuatkan ingatan betapa pahala yg akan diperolehi ibu mengandung lagi banyak jika bersabar... Ya rabb, permudahkanlah kami dlm setiap urusan kami.. Kali ke 2 membuat cek up di klinik wanita annur, bndar baru bangi.. berpagi-pagian. Sudah banyak perubahan. Kliniknya dah bertambah luas dan selesa. Pagi ini kebetulan pula dgn announcement doa utk memulakan tugas... sama2 menadah tangan... sejuk rasa hati. Andai ada peluang utk bersalin di sini lagi akan kuusahakan tetapi memandgkan kos rawatan.. masih lgi berkira2.. apa-apapun moga dipermudahkan segalanya... amin ya rabb! Gambar emir masa kecik2 dan inilah baby 6 tah...