Skip to main content

Menikmati musim salji...

Cheh, tajuk macam best je hihi. Actually hari ni, kami sekeluarga memang bercadang untuk bercuti sehari dan pergi ke snow walk, i-city. Nak juga try macam mana rasanya musim salji macam kat oversea. Kami bertolak dalam kul 12 lebih dan lebih kurang kul 1 sampai di sana.

Inilah dia pintu masuk
Terus ke kaunter tiket, aku tanya budak umur 2 tahun setengah kena bayar ke dan jawapan yang menarik tak payah bayar, So untuk aku, hubby dan isya kesemuanya perlu bayar RM70.00. Sorii sangat-sangat tak tengok berapa harga tiket yang sebenar tapi dewasa seorang RM25.00 itu dah termasuk dengan sewa jaket/baju sejuk yang tebal tu.

Lepas dapat tiket yang macam resit beli belah kat supermarket tu, dah boleh masuk dalam. Dalamnya dah disambut dengan gadis-gadis yang menghulur terus jaket, ingatkan boleh pilih, hampeh... akunya jaket oklah dengan emir dan hubby cuma yang isya dahla labuh, nmpak kusam. (dalam hati, adoi sure nampak kusam bila aku amik gambar ni...). Kata gadis-gadis tu, nanti dia main slide kat dalam tak basah seluarnya, itu betullah untuk kelabuhan jaket tu. 

Kat area luar ni juga ada dijual glove/sarung tangan (patut bawak dari rumah) atau beli RM15 sebab sejuk sangat kat dalam tu. Boot pula untuk disewa dari kanak-kanak hingga dewasa RM10 + deposit RM10. So RM20 ok. Kalau yang pakai selipar je datang atau kasut yang dah haus tapaknnya better sewa boot sebab licin dan juga sejuuuukkk. Jangan lupa pakai stoking. Kat sini semuanya ada dijual tapi aku dah siap-siap bawak untuk bebudak ni, dengan sweater, stoking, cap yang dah tutup telinga dan sarung tangan. Cuma perlu sewa boot je.

sebelum masuk
Kat luar ni juga ada peguin dan polar bear yang comel. Kat luar ni kan main panas lagi, pakai terus jaket dan everything, senang. Masuk je pintu dalam snow palsu ni fuhhhh dah terasa kesejukannya. Mula-mula hubby tak pakai glove ingatkan ok je, yang anak-anak plak tak sewa boot sebab masing-masing dah berstoking dan berkasut, yang gadis-gadis tadilah cakap tak yah tukar boot, sekali isya tergelincir 2, 3 kali dalam tu licin. Kami keluar balik untuk tukar apa yang patut. Snow walk ni memang tak ada limit berapa kali nak masuk keluar cuma tahan tak tahan sejuk je.

adik yang tak tahan sejuk

kakak seronok je main dengan salji. Siap baling-baling lagi kat mama...

sempatlah juga bergambar buat kenangan di obersea palsu kikiki
Kalau ikutkan hati, semua patung yang diukir dengan ais dalam tu, aku nk snap dan nak bergambar tapi memandangkan kesejukan melampau dan emir pun merengek sejuk (dia memang sensitif dengan sejuk), aku berlari-lari anak bawak dia keluar, mula-mula ok air dari hidung keluar sebab sejuk, aku pun sama. Tapi bila tengok air liur dia pun meleleh dan dia dah kesejukan teramat, aku tak tunggu lama... emir-emir camana nak pergi oversea ni dik. Sori, semua gambar rasanya nak upload huhuhu...

like this..


kakak yang paling seronok sebab ini her wish

suka pose ni..



Well, banyak sangat dah rasanya gambar ku upload, sekian wassalam. Cubalah ke sana, walaupun pendek je dan tak luas sangat kawasannya rasanya berbaloi untuk mencuba bersama keluarga.

Comments

  1. woah bestnye! xpe la ye. nanti kan gmbr obersea sy pulak. tu pun klu ade jodoh g ngn kngos. hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Belajarlah hingga ke akhir nafasmu

 Rabbi zidni ilman Doa yang patut kita amalkan kerana hidup ini tak akan pernah lari dari pembelajaran.. Even ke akhir usia kita, tak akan mampu kita untuk meneroka semua ilmu Allah. Zaman beredar, segalanya berubah tapi tetap kita akan utuh dan teguh jika ilmu di dada terus ditambah, dibaja dan disemai. Setelah sekian lama, kembali lagi ke kelas begini walaupun di usia ini.. Tapi alhamdulillah, datang ke sini.. di samping dapat ilmu tiktok, dapat juga sedari besarnya kasih Allah. Tak sangka lagu lama ni begitu membekas di hati hari ni. Masa remaja dulu, lagu sekadar dengar tanpa faham. Tapi tersentak hari ini bila mengulang-ulang ayat .. bila kusedari diri disayangi, langkah kaki ini semakin berani, bila terkeliru kuucap namamu.. terasa diriku kembali dipandu.. engkau yg pertama tiada akhirnya..

Aroma village restaurant seri kembangan

Selepas bermain sakan di kidzoona, jaya jusco taman equine, budak berdua ni terus lapar lagi. Singgah retoren yang baru di buka dalam jaya jusco ni tak jauh dari food court. Ini kali kedua menyinggah. Kakak request nak nasi goreng lagi. Pertama kali masuk, mula-mula tengok harga lah kan... agak priceyla.. kiranya harga lebih kurang makan kat domino or pizza. Tapi makanan best juga. Hari ni abang makan roti jala, mm kari ayam sedap.. oklah dengan 4 keping roti jala yang agak cubby. Mama masih lagi sukakan nasi goreng nyonya. Yummy! Overall, walaupun makanan sedap tapi sekali sekala boleh lah ye anak-anak. Tak larat mama macam ni makan tiap2 minggu huhuhu...