Skip to main content

emir demam lagi

Kesian sikecil emir, demam lgi. hari yang mandi kolam dia dah demam dan esoknya terus kebah. tapi hari ni demam balik. Huhu... aku pula yang ada kes hari ni, nak tak nak terpaksa tinggalkannya dengan suami. Tadi saja dah dua kali muntah.

Sampai saja di simpang giant ni, alahai macam biasa jemnya makin menjadi-jadi pula. Ataupun hari ni pakcik trafik tak de kot. fuhhh, setengah jam tapi belum lagi melepasi simpang ni. huhuhu... kul berapa aku nak sampai ni dan kul berapa plak aku nak balik jenguk emir...

sekarang dah 8.29 pagi... huhu, ini yang buatkan aku tak suka kes litigation. kesabaran untuk hadir ke Mahkamah je pun amat berat. Ini anak yang demam, kalo aku sendiri demam macamana nak terhuyung hayang ke court. Dahulu dah banyak kali melalui situasi tu semua. Apa yang pasti kes tetap kes, no excuses pun kecuali ada orang lain yang boleh tolong pergi untuk kita.

inilah jem di simpang giant putra permai

Saja best je tengok nasi kerabu ni, dah lepas siap court tadi aku ke pejabat setem tapi sebelum tu pekena dulu nasi kerabu yang diidamkan di depan bangunan mrcb dan alam sentral feeza... aku tak ingat nama penuh gerai tu huhu, yang pasti sooodaaap...

nasi kerabu feeza

Pastu yang nak dicerita, malamnya adik aku bercerita ceriti pasal durian 'creep' ni (sori kalau spelling salah). Semua orang cakap best giler. Tapi  belum berkesempatan untuk merasa. Jelesnya bila tadi adik call sedang makan kuih kegilaan ramai sekrang nih. Korang penah cuba tak? sedap ke? huhuhu...



Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Kembali lagi ke o&g an nur

Selepas 6 tahun berlalu, aku kembali ke sini... alhamdulillah rezeki yg amat besar tak terhingga. Thank you Allah! Bercampur baur perasaan antara percaya dan tidak dan antara takut dan risau... Pengalaman kali ke-3 tapi selepas 6 tahun bukanlah sesuatu yg bole di recall mcm tu je, yg pasti sakit bersalin tu ingat huhuhu... sampai sekarang. Subhanallah, aku kena kuatkan ingatan betapa pahala yg akan diperolehi ibu mengandung lagi banyak jika bersabar... Ya rabb, permudahkanlah kami dlm setiap urusan kami.. Kali ke 2 membuat cek up di klinik wanita annur, bndar baru bangi.. berpagi-pagian. Sudah banyak perubahan. Kliniknya dah bertambah luas dan selesa. Pagi ini kebetulan pula dgn announcement doa utk memulakan tugas... sama2 menadah tangan... sejuk rasa hati. Andai ada peluang utk bersalin di sini lagi akan kuusahakan tetapi memandgkan kos rawatan.. masih lgi berkira2.. apa-apapun moga dipermudahkan segalanya... amin ya rabb! Gambar emir masa kecik2 dan inilah baby 6 tah...