Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Wangi tak kita?

contoh je ye, aku amik kat internet Ada tak orang yang sukakan bau 'busuk'? hehe... Kalau ada, sukar untuk kugambarkan apa yang berlaku pada orang tu. Sebab fitrah manusia adalah sukakan kepada wangi. Bau yang best, yang harum. Kalau tak, masakan minyak wangi (perfume) yang dijual, laku macam pisang goreng kan? Sesungguhnya Nabi kita Muhammad SAW amat menyukai wangian. Itulah yang amat disukai baginda dan Nabi kita sendiri sememangnya berbau harum dan wangi. Subhanallah, hanya Nabi kita yang mengeluarkan peluh yang wangi. Bayangkan peluh yang keluar dari badan seseorang di antara kita, wangi ke? errr, rasanya dari jauh dah berbau huhuhuhu... Antara wangian yang Rasulullah suka adaah kasturi dan raihan. Ada lagi yang lain tapi lupa pula, tadi aku dengar kuliah sebelum zuhur tadi dari sheikh apa ye (kelemahanku) yang selalu ada setiap kali sebelum waktu solat.  Rasulullah sentiasa memeakai wangian biarpun dirinya dah wangi. Baginda memakai wangian tiap kali untuk...

kolam renang precint 9

cantiknya, tapi aku tak berani lagi nak berenang kat laut huhuhu Sebelum ni aku penah cite kan, kelas swimmingku dah habis. So begitu jugalah aktiviti renangku. terkubur layu huhuhu... Just that today, aku tawakkal je demi untuk senaman, demi untuk mengingat kembali ilmu ini aku ke kolam renang precint 9. Kolam yang dulunya aku pernah coretkan 'menakutkan je' sebab tak ada orang. Hari ni, alhamdulillah, sampai je aku ke sana ada kawan-kawan yang sedang berenang. yehaaa... agak bersungguh-sungguh aku berenang selama sejam, penat wooo... at least bolehlah bakar lemakku sikit kot. hehehe. Semoga amalan ku ini akan berkekalan selepas ni, azamnya 3 kali seminggu sebab aku nak kuruskan badan yang dah makin gemuk ni. Well, let see... insyaallah.

Atasi Marah

Kuliah zohor yang baru kudengar tadi amat bagus sekali walaupun nampak simple dan hanya beberapa minit dihuraikan oleh ust radhi. Kat mana-mana dan situasi mana pun dunia sekarang ni saling tak lari dari sifat 'marah'. Masing-masing saling tidak sabar dan segala-gala sudah kurang toleransi, even dengan anak-anak kecil pun kita dah tak sabar. Malah apa yang berlaku bar-baru ini juga adalah disebabkan sifat 'marah' bila mana ibu sanggup memukul anak kecilnya sehingga mati kerana anak kecilnya mematahkan lipstik barunya. Ya Allah, pelbagai dugaan dan cabaran berlaku dalam hidup kita sehari-hari tetapi kita lupa 'marah' itu sifat siapa? kita lupa marah adalah sesuatu yg diajar oleh syaitan. Lupakah kita bahawa Nabi kita sentiasa mengajr untuk kita 'bersabar' dan sentiasa 'memaafkan'. Itulah lawan kepada 'marah'. Aku pula yg berceramah di sini, sedang yg nak disampai hanyalah mutiara kata ust tadi. Cara-cara utk kita meghind...

Harapan Baru

Walaupun hanya sepatah kata yang diucapkan oleh kakak hari ini disekolahnya tapi mampu membuatkan aku rasa, aku tak silap memilih genius aulad. Mungkin aku teramat excited, tapi biarlah, biarlah aku menitipkan kegembiraan hati ibu ini... Alhamdulillah, awal-awal tahun lagi dah banyak yang positif aku dapat tengok dalam diri kakak. Suka berdoa, dah ada yang dia tahu pasal Nabi Muhammad (prophet) dan yang penting dia suka untuk ke sekolah. Hari ni, sampai sahaja di pintu bilik kelasnya dia terus memberikan salam dengan lantangnya kepada kawan-kawan dan mereka menyambutnya dengan penuh juga. Sungguh, dia dah makin matang dan aku suka melihat situasi itu. Begitu juga kawan-kawannya yang sporting dan tak lupa teacher yang mengajar, tq so much. Semoga selepas ini banyak lagi sesuatu yang positif akan berlaku, keep it up kakak. Moga jadi anak yang soleh untuk mama dan abah. Tq Allah. 

Telaga Lanas

Baru balik dari kampung setelah seminggu di sana. Seronok menghabiskan masa dengan keluarga. Sekali sekala berkumpul. Yang pasti aktiviti paling menarik adalah usrah selepas solat maghrib, always be my favourite activity.  Ma dan abah pasti sunyi setelah seminggu dihiasi dengan hiruk pikuk cucu-cucu dan anak-anak dan kini hanya berdua meniti hari. Lucky, ada lagi adik bongsu dan adik yang sudi menemani.  Apapun semoga semakin hari semakin kerap aku dapat melawat mereka, hanya itu yang kupinta setelah diri mempunyai kemampuan. Abah pun tidaklah sesihat mana. Masa inilah, rasanya perlu untuk lebih menghargai mereka. Bantulah hamba-Mu ini Ya Allah.  Pada masa yang sama kami berkumpul sempena majlis maulidur rasul yang dibuat di kampung, bersekali dengan solat hajat adik yang akan ke Jordan, melanjutkan pelajaran dan juga solat hajat untuk ibadah umrah yang akan kami buat bulan depan. Berselawat ke atas Nabi kita Muhammad SAW dan of course usrah pun berkisar ...

Bahasa kasih anak-anak

anak-anak yang akan mendoakan kita nanti Assalamualaikum.. wbt Nak kongsi ilmu sikit pagi ini setelah menonton tv alhijrah yang memang berinformasi. Tapi terlupa sangat2 nama ustazah yang bagi ilmu ni (kelemahanku). Yang aku ingat ustazah dari UIA but she's very nice dan kata-katanya juga lembut. Bahasa kasih anak-anak. Ilmu yang beliau turunkan ini adalah berdasarkan kehidupan dan juga perilaku Rasullah SAW dengan keluarga dan sahabat baginda. Terdapat 5 bahasa:- sentuhan masa berkualiti kata-kata pujian tenaga/khidmat ibubapa hadiah  Anak-anak mempunyai kerenah yang berlainan. Mungkin seorang anak akan tertarik dan lembut hati bila kita gunakan hanya salah satu dari bahasa di atas. Melalui sentuhan yang lembut, ibubapa boleh memujuk anak untuk melakukan sesuatu dan untuk anak mengetahui betapa kita menyayanginya. Tetapi bukanlah sentuhan itu disusuli dengan arahan yang keras dan juga bebelan. Bak kata ustazah tadi, sentuhan lembut kepada anak di sampin...

Sejauh Manakah Sayang Kita Pada Rasulullah?

Semalam sebelum zuhur, sempat mengambil ilmu dari tv alhijrah yang banyak menghidangkan rohani kita dengan rancangan-rancangan yang menarik dan amat bermanfaat sebagai muslim. Terkedu seketika bila topik kekasih Allah dibicarakan, sejauh mana sayang kita kepada rasul junjungan. Siapakah ayahanda dan bondanya? siapakah anakanda-anakanda dan keluarga serta sahabat baginda? Setakat manakah kita mampu untuk mengingati pembelajaran kita semasa sekolah menengah dulu? Sedang ramai yang mengingati ahli keluarga artis, tarikh lahir artis malah setiap perkembangan artis pujaan lebih diingati berbanding manusia mulia yang juga 'Kekasih Allah' ini. Sungguh, jika kita sedar dan mengetahui, betapa baginda amat... amat menyayangi kita, hinggakan kalimat terakhir yang terucap dibibirnya ialah 'ummati! ummati! Andai kita tahu betapa sayangnya baginda kepada kita... Tapi kita? hanya dengan mengetahui yang kita mempunyai rasulullah. Hanya mengetahui dengan namanya Muhammad SAW? S...

Bila Bersendirian...

Bila bersendirian, hati jadi sayu dan ingatan terus kepada Yang Satu.. Paling manis bila bersendirian dalam kereta, ditemani alunan merdu zikir memuji Yang Esa..  Bila bersendirian, idea untuk menulis tiba-tiba. mencoret rasa hati yang begitu berat.. berat dengan dosa yang tidak pernah surut Bila bersendirian begini, pasti sebahagian besarnya air mata gugur.. doakan agar itu tanda keinsafan yg lahir dari diri hina ini.. Diri yang berjiwa kosong. Jiwa yang perlukan santapan rohani.. Yang dahagakan keampunanMu Ya Rabb!

Genius Aulad

Today is a tired day for me. Semalam 3 times bangun sebab emir merengek nak susu. Mungkin malam yg amat sukar for him sebab baru stop 'breastfeed'. Pagi ni pula bangun and terus siapkan kakak for her first school day. Lucky, he help me... Hari yang mengujakan bagi kakak dan mamanya juga hehe, maklumlah sekolah baru. I choose Genius Aulad Bandar Putra Permai yg baru dibuka di bandar putra permai bersebelahan dengan giant di bangunan 'the athmosphere'. Semoga dia banyak didedahkan dengan islamic value di sini and also english. Aku pun tak perasan sejak bila, tapi dia dah kurang sangat bercakap dalam english. Kalau sebelum ni, biarpun tunggang langgang tapi she tried. Yang penting juga, aku tahu di sini dia akan banyak diajarkan dengan asas islam. Semoga apa yang kuharapkan, berjaya diterap. Isya di letakkan dalam kelas 6 madeenah. Sempat tengok list, ada dua nama batrisyia hehe just that first name yang lain 'auni' dan 'izza'.  Lepas bali...

Azam baru

Alhamdulillah, sebagaimana tazkirah ceqgu kawan seblog tadi. Zikir itu sepatutnya meniti setiap bibir kita setiap saat dan waktu kerana hidup kita ini hanya dengan izin dan rahmahnya. Alhamdulillah kerana kita masih bernafas untuk menikmati kehidupan yang penuh onak dan duri ini sebagai khalifahnya, semoga kita tetap tabah. Alhamdulillah kerana masih berpeluang menjadi seorang ibu kepada anak-anak kita. Masih berpeluang menatap wajah comel si manja yang menjadi sumber inspirasi dan merekalah rezeki yang tidak ternilai harganya dari Allah.. Hari ini mesti ramai ibubapa yang bercuti untuk menghantar anak-anak yang baru menjejaki alam persekolahan, masing-masing tidak melepaskan peluang untuk menikmati saat-saat penting ini. Alhamdulillah kerana kita masih diberi nikmat untuk menikmati hari ini yang akan memberi kita seribu kemungkinan. Alhamdulillah, alhamdulillah syukur kita kepada Allah. Sebenarnya topik utama untuk berkongsi azam baru tai dek terbaca alhamdul...