Skip to main content

Atasi Marah


Kuliah zohor yang baru kudengar tadi amat bagus sekali walaupun nampak simple dan hanya beberapa minit dihuraikan oleh ust radhi.

Kat mana-mana dan situasi mana pun dunia sekarang ni saling tak lari dari sifat 'marah'. Masing-masing saling tidak sabar dan segala-gala sudah kurang toleransi, even dengan anak-anak kecil pun kita dah tak sabar. Malah apa yang berlaku bar-baru ini juga adalah disebabkan sifat 'marah' bila mana ibu sanggup memukul anak kecilnya sehingga mati kerana anak kecilnya mematahkan lipstik barunya.

Ya Allah, pelbagai dugaan dan cabaran berlaku dalam hidup kita sehari-hari tetapi kita lupa 'marah' itu sifat siapa? kita lupa marah adalah sesuatu yg diajar oleh syaitan. Lupakah kita bahawa Nabi kita sentiasa mengajr untuk kita 'bersabar' dan sentiasa 'memaafkan'. Itulah lawan kepada 'marah'.

Aku pula yg berceramah di sini, sedang yg nak disampai hanyalah mutiara kata ust tadi. Cara-cara utk kita meghindari marah adalah:-


  1. dengan mengucapkan 'auzubillahiminassyaitanirrajim', masa nak marah tu cepat2lah ucapkan;
  2. kemudian jika belum lagi kurang, maka cepat-cepatlah berlari ke arah air untuk mengambil wuduk;
  3. jika kita berdiri, maka dudklah, jika duduk maka baringlah dan jika baring pun tidak kurang amarahnya maka tidurlah terus.
Marilah kita sama-sama mengamalkannya, kerana kita masing-masing memang ada sifat marah.. sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Suraya Seafood yang jem dan padat

Tempat ni agak sentimental sikitlah bagi mama sebab dari lepas keluar universiti, praktikal masa tu terus kenal suraya seafood yang 'heaven' ni bak kata penggemar makanan. Dari dulu lagi memang ramai sangat customer huk!huk! Sampai sekarang of course lah bertambah-tambah lah ramainya kan. Jangan terperanjat kalau datang sini tengok masing-masing kena tunggu orang lain habis makan, tunggu tempat duduk tau. (Pack sangat sampai tak cukup tempat duduk) Dari dulu sampai sekarang camtu.  Dulu-dulu selalu datang makan, so diorang pun dah kenal mama, bolehlah minta tolong diorang carikan meja, lagi cepat... tapi sekarang dah bertahun-tahun tak ke sana, pekerja pun ramai yang dah lain.. tak ingat dah masing-masing hihi.. Apa yang best sangat kat suraya seafood kg. Baru ni? Haaa... jangan tak tau, makanannya semua sedap. Dari sekecil-kecil sambal belacan 'pink' yang unik sampailah lauk-pauk yang besar-besar. Kat sini juga ada mee celup yang lazat. Tak lu...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Menolong Agama Allah-Perjuangan Bermula Lagi

Pernah kudengar sebelum ni dari tazkirah, salah satu cara untuk murahkan rezeki kita ialah dengan menolong agama Allah. Luas pengertiannya dan juga banyak caranya untuk kita menolong agama Allah.  Menolong saudara seislam kita yang dalam kesusahan apatah lagi membantu saudara terdekat kita, segala-galanya mencakupi pengertian menolong agama Allah.  Apatah lagi jika melibatkan umat Islam keseluruhannya, melibatkan masyarakat sekeliling kita. Jom kita menolong agama Allah...