Skip to main content

Sejauh Manakah Sayang Kita Pada Rasulullah?

Semalam sebelum zuhur, sempat mengambil ilmu dari tv alhijrah yang banyak menghidangkan rohani kita dengan rancangan-rancangan yang menarik dan amat bermanfaat sebagai muslim. Terkedu seketika bila topik kekasih Allah dibicarakan, sejauh mana sayang kita kepada rasul junjungan.

Siapakah ayahanda dan bondanya? siapakah anakanda-anakanda dan keluarga serta sahabat baginda? Setakat manakah kita mampu untuk mengingati pembelajaran kita semasa sekolah menengah dulu?

Sedang ramai yang mengingati ahli keluarga artis, tarikh lahir artis malah setiap perkembangan artis pujaan lebih diingati berbanding manusia mulia yang juga 'Kekasih Allah' ini. Sungguh, jika kita sedar dan mengetahui, betapa baginda amat... amat menyayangi kita, hinggakan kalimat terakhir yang terucap dibibirnya ialah 'ummati! ummati! Andai kita tahu betapa sayangnya baginda kepada kita...

Tapi kita? hanya dengan mengetahui yang kita mempunyai rasulullah. Hanya mengetahui dengan namanya Muhammad SAW? Sungguh, tahukah kita betapa Rasul mempunyai banyak nama yang kita tak pernah ketahui, tahukah kita bagaimana rasul melayan keluarganya? tahukah kita bagaimana cara makannya? Sebagai muslim, kita wajib mencintai dan menyayanginya selepas Allah SWT. Tetapi bagaimana ingin menyintai sedang kita hanya mengenali namanya, hanya membaca kisahnya semasa pembelajaran kita di sekolah dulu. Andai Rasulullah ada bersama kita sekarang? apa yang kita akan lakukan?

Sesungguhnya sahabat-sahabat yang bersama-sama rasul sanggup melakukan apa sahaja demi insan mulia ini. Baginda seorang yang sangat penyayang, sangat baik dan sangat tawadduk. Malah dialah sebaik-baik manusia. Marilah kita mencari, mengenali dan menyelongkar segala-galanya tentang insan mulia, kekasih Allah ini.

Tidak kenal, maka tidak cinta. Apatah lagi dengan hampirnya tarikh hari kelahiran baginda tak lama lagi. Jom kita hayati pengorbanan baginda... mulianya baginda, hanya dengan berselawat kepadanya sekali sahaja, banyak ganjaran yang kita dapat. Semoga kita semua dibukakan pintu hati untuk mengenali baginda dan menyintainya...

Comments

  1. kat brunei dah mula dgn macam2 majlis dan selawat mengingati baginda rasulullah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Belajarlah hingga ke akhir nafasmu

 Rabbi zidni ilman Doa yang patut kita amalkan kerana hidup ini tak akan pernah lari dari pembelajaran.. Even ke akhir usia kita, tak akan mampu kita untuk meneroka semua ilmu Allah. Zaman beredar, segalanya berubah tapi tetap kita akan utuh dan teguh jika ilmu di dada terus ditambah, dibaja dan disemai. Setelah sekian lama, kembali lagi ke kelas begini walaupun di usia ini.. Tapi alhamdulillah, datang ke sini.. di samping dapat ilmu tiktok, dapat juga sedari besarnya kasih Allah. Tak sangka lagu lama ni begitu membekas di hati hari ni. Masa remaja dulu, lagu sekadar dengar tanpa faham. Tapi tersentak hari ini bila mengulang-ulang ayat .. bila kusedari diri disayangi, langkah kaki ini semakin berani, bila terkeliru kuucap namamu.. terasa diriku kembali dipandu.. engkau yg pertama tiada akhirnya..

Aroma village restaurant seri kembangan

Selepas bermain sakan di kidzoona, jaya jusco taman equine, budak berdua ni terus lapar lagi. Singgah retoren yang baru di buka dalam jaya jusco ni tak jauh dari food court. Ini kali kedua menyinggah. Kakak request nak nasi goreng lagi. Pertama kali masuk, mula-mula tengok harga lah kan... agak priceyla.. kiranya harga lebih kurang makan kat domino or pizza. Tapi makanan best juga. Hari ni abang makan roti jala, mm kari ayam sedap.. oklah dengan 4 keping roti jala yang agak cubby. Mama masih lagi sukakan nasi goreng nyonya. Yummy! Overall, walaupun makanan sedap tapi sekali sekala boleh lah ye anak-anak. Tak larat mama macam ni makan tiap2 minggu huhuhu...