Skip to main content

Bahasa kasih anak-anak

anak-anak yang akan mendoakan kita nanti


Assalamualaikum.. wbt

Nak kongsi ilmu sikit pagi ini setelah menonton tv alhijrah yang memang berinformasi. Tapi terlupa sangat2 nama ustazah yang bagi ilmu ni (kelemahanku). Yang aku ingat ustazah dari UIA but she's very nice dan kata-katanya juga lembut. Bahasa kasih anak-anak. Ilmu yang beliau turunkan ini adalah berdasarkan kehidupan dan juga perilaku Rasullah SAW dengan keluarga dan sahabat baginda.


Terdapat 5 bahasa:-

  • sentuhan
  • masa berkualiti
  • kata-kata pujian
  • tenaga/khidmat ibubapa
  • hadiah 
Anak-anak mempunyai kerenah yang berlainan. Mungkin seorang anak akan tertarik dan lembut hati bila kita gunakan hanya salah satu dari bahasa di atas.

Melalui sentuhan yang lembut, ibubapa boleh memujuk anak untuk melakukan sesuatu dan untuk anak mengetahui betapa kita menyayanginya. Tetapi bukanlah sentuhan itu disusuli dengan arahan yang keras dan juga bebelan. Bak kata ustazah tadi, sentuhan lembut kepada anak di samping doa dalam hati, sesuai untuk memujuk anak melakukan sesuatu seperti solat. Sekadar arahan dan jeritan menyuruh anak solat adalah tidak elok. Malah 'sentuhan' merupakan sesuatu yang indah sekali contohnya 'bersalaman antara suami isteri, ibu dan ayah juga boleh gugur dosa-dosa'. 

Sentiasa peluk anak akan memberi suatu perasaan padanya bahawa kita menyayanginya. Sentuhan akan memberi sesuatu yang membuatkan anak-anak merasakan kehadiran ibubapa.

Masa untuk ibubapa dan anak-anak bersama mungkin agak sukar dan amat jarang bagi yang bekerja. Tetapi ibubapa boleh menjadikan 15 minit atau setengah jam bersama anak-anak sebagai masa berkualiti dengan bertanya anak-anak aktiviti dan berkongsi cerita. Malah 15 minit perjalanan dalam kereta untuk menghantar anak ke sekolah pun boleh kita gunakan untuk memberi nasihat.

Kita boleh tanya anak-anak 'bilakah masa yang dia rasa kita amat menyayanginya'... dengan jawapan anak tersebut, kita boleh mengetahui apa yang disukai oleh anak-anak. Kata-kata pujian pula kenalah pada 'effort' anak-anak yang berusaha menjadi baik. contohnya puji bila anak-anak bangun awal, puji bila dia melakukan sesuatu yang baik itu lebih berkesan dan elok, dari memuji anggota badan atau wajah.

Yang penting, untuk memujuk dan mendidik anak juga adalah dengan doa, doa ibu adalah doa yang sangat mustajab. Solat berjemaah bersama anak-anak juga merupakan aktiviti kekeluargaan yang sangat bagus dan boleh mendidik. Contohnya dengan solat berjemaah, bahasa sentuhan ialah bila bersalaman, bahasa pujian semasa memberi sedikit tazkiran atau bertukar-tukar cerita dan bahasa masa berkualiti keran berkesempatan  mendidik anak mendekati Yang Maha Agung.

Hadiah pula tidak semestinya dalam bentuk barang yang mahal, cukup hanya dengan bunga yang kita petik boleh dijadikan suatu hadiah kepada anak-anak. Malah, dia akan seronok dan tahu yang kita menyayanginya. Rasulullah sentiasa membantu dan menolong isteri dan anak-anak baginda, memanggil keluarga dan sahabat-sahabat dengan nama timangan, malah sentiasa berlembut dengan mereka.

Seriously, aku tak pandai nak ulas sebagaimana bestnya ustazah tadi bercerita. Tetapi cukuplah untuk menitipkan sedikit ilmu yang indah ini kepada yang tidak melihat rancangan tadi. Semoga mendapat manfaat.

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Kembali lagi ke o&g an nur

Selepas 6 tahun berlalu, aku kembali ke sini... alhamdulillah rezeki yg amat besar tak terhingga. Thank you Allah! Bercampur baur perasaan antara percaya dan tidak dan antara takut dan risau... Pengalaman kali ke-3 tapi selepas 6 tahun bukanlah sesuatu yg bole di recall mcm tu je, yg pasti sakit bersalin tu ingat huhuhu... sampai sekarang. Subhanallah, aku kena kuatkan ingatan betapa pahala yg akan diperolehi ibu mengandung lagi banyak jika bersabar... Ya rabb, permudahkanlah kami dlm setiap urusan kami.. Kali ke 2 membuat cek up di klinik wanita annur, bndar baru bangi.. berpagi-pagian. Sudah banyak perubahan. Kliniknya dah bertambah luas dan selesa. Pagi ini kebetulan pula dgn announcement doa utk memulakan tugas... sama2 menadah tangan... sejuk rasa hati. Andai ada peluang utk bersalin di sini lagi akan kuusahakan tetapi memandgkan kos rawatan.. masih lgi berkira2.. apa-apapun moga dipermudahkan segalanya... amin ya rabb! Gambar emir masa kecik2 dan inilah baby 6 tah...