Skip to main content

Rindu



Bila namamu disebut
seakan ingin menitis air mata ini
Bila pengorbananmu mendayu di telinga
gugur seakan tak tertahan air mata ini

Ya Allah, sungguh agungnya kekasihMU ini,
kerna hanya sedikit diri mengenalinya
tak mampu kurungkai kerinduanku ini
bagaimana sahabat-sahabat yang sentiasa bersama
dalam pengorbanan sucinya?
Sungguh tak mampu untuk dirungkai bagaimana...
bagaimana perasaan sahabat pabila tiba saat berpisah...
berpisah dengan manusia agung ini..

Ya Rabb, hanya engkau yang mengerti
Mulianya hati kekasihmu 
Sayangnya kepada kami yang hina  
Hanya engkau yang mampu membalas pengorbanannya

Ya Rabb
aku merayu kepadaMu..
tetapkan hati kami merinduinya, mencintainya dan mengikuti sunnahnya
Biar diri ini terus merindu
biar diri terus tersiksa menanggung rindu ini
andai rindu ini membawa kepada syurgaMu Ya Rabb... 


-musafir lalu- isnin 23 r.awal 1434 (4/2/13)



Comments

  1. Semoga kita tergolong dikalangan yang mengamalkan sunnahnya dan nnti kita bakal beroleh syafaatnya :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suraya Seafood yang jem dan padat

Tempat ni agak sentimental sikitlah bagi mama sebab dari lepas keluar universiti, praktikal masa tu terus kenal suraya seafood yang 'heaven' ni bak kata penggemar makanan. Dari dulu lagi memang ramai sangat customer huk!huk! Sampai sekarang of course lah bertambah-tambah lah ramainya kan. Jangan terperanjat kalau datang sini tengok masing-masing kena tunggu orang lain habis makan, tunggu tempat duduk tau. (Pack sangat sampai tak cukup tempat duduk) Dari dulu sampai sekarang camtu.  Dulu-dulu selalu datang makan, so diorang pun dah kenal mama, bolehlah minta tolong diorang carikan meja, lagi cepat... tapi sekarang dah bertahun-tahun tak ke sana, pekerja pun ramai yang dah lain.. tak ingat dah masing-masing hihi.. Apa yang best sangat kat suraya seafood kg. Baru ni? Haaa... jangan tak tau, makanannya semua sedap. Dari sekecil-kecil sambal belacan 'pink' yang unik sampailah lauk-pauk yang besar-besar. Kat sini juga ada mee celup yang lazat. Tak lu...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Menolong Agama Allah-Perjuangan Bermula Lagi

Pernah kudengar sebelum ni dari tazkirah, salah satu cara untuk murahkan rezeki kita ialah dengan menolong agama Allah. Luas pengertiannya dan juga banyak caranya untuk kita menolong agama Allah.  Menolong saudara seislam kita yang dalam kesusahan apatah lagi membantu saudara terdekat kita, segala-galanya mencakupi pengertian menolong agama Allah.  Apatah lagi jika melibatkan umat Islam keseluruhannya, melibatkan masyarakat sekeliling kita. Jom kita menolong agama Allah...