"Yam, jangan jadi macam aku. Kau ada ayah lagi, peluklah ayah kau puas-puas. Ciumlah dia puas-puas. Aku sekarang ni dah nyesal. I miss everything about him. Aku nak peluk dia, nak cium dia, nak pegang tangan dia. But, he is not here anymore." Luahan hati adikku mewakili diriku juga berseru kepada sahabat-sahabat yang masih punya ayah... sungguh kita tidak akan merasa sekarang, tapi bila dia dah tak ada... apa lagi yang mampu kita buat. Kalau berjauhan dengan ayah, telefon selalu tanyalah sama ada dia sihat atau tidak... penuhilah permintaan seorang ayah bila mana dia masih di sisi anda. Seringkali merindu, tatkala itu jua airmataku berbicara. Bukan aku sahaja, mungkin semua adik-adikku pun begitu sebab dia seorang abah yang begitu mengambil berat perihal anak-anak even aku yang sulung.. sama sahaja kasih sayangnya. Aku nak letak jugak contohnya... yang diceritakan kembali oleh sahabat blog 'MaryamKamal' "Dulu masa abah ada, selalu aje dia telefon aku. Bosan...
diari kehidupanku sepanjang bermusafir di dunia fana yang penuh onak dan duri...