"Yam, jangan jadi macam aku. Kau ada ayah lagi, peluklah ayah kau puas-puas. Ciumlah dia puas-puas. Aku sekarang ni dah nyesal. I miss everything about him. Aku nak peluk dia, nak cium dia, nak pegang tangan dia. But, he is not here anymore."
Luahan hati adikku mewakili diriku juga berseru kepada sahabat-sahabat yang masih punya ayah... sungguh kita tidak akan merasa sekarang, tapi bila dia dah tak ada... apa lagi yang mampu kita buat. Kalau berjauhan dengan ayah, telefon selalu tanyalah sama ada dia sihat atau tidak... penuhilah permintaan seorang ayah bila mana dia masih di sisi anda.
Seringkali merindu, tatkala itu jua airmataku berbicara. Bukan aku sahaja, mungkin semua adik-adikku pun begitu sebab dia seorang abah yang begitu mengambil berat perihal anak-anak even aku yang sulung.. sama sahaja kasih sayangnya. Aku nak letak jugak contohnya... yang diceritakan kembali oleh sahabat blog 'MaryamKamal'
"Dulu masa abah ada, selalu aje dia telefon aku. Bosan-bosan kat rumah, dia call aku. Rindu nak dengar suara Che Bie ..."
Macam tu lah abah, dia akan call anak-anak sebab masing-masing jauh. Hanya sebulan atau dua bulan sekali balik. Aku agak terkilan sebab rasanya abah call lagi banyak dari anak-anaknya call tanya khabar masing-masing. Dia amat-amat seorang yang mengambil berat kesemua anak-anaknya.
Hanya doa... hanya doa yang kami mampu hadiahkan untuk abah.. semoga doa-doa kami di sini, menjadi hadiah yang lebih besar nilainya buat abah di sana. Tabahkan hati kami Ya Rabb!
"Sabar, Biha. Kan aku dah cakap, Abah tak kemana. Dia cuma balik jumpa Tuan dia. Kau tak boleh sesedih camni. ALLAH tu tak zalim, nak aniaya kau. DIA cuma ambik balik apa yang kau pinjam daripada DIA."
Terima kasih Maryam Kamal, kata-kata itu menyedarkan insan-insan yang dalam kesedihan ini. Baru sahaja aku bercerita tentang siapa 'Peminjam' dalam post sebelum ini. Abah hanya dpinjamkan kepada kami, untuk mendidik kami menjadi anak-anak yang berilmu dan soleh kerana hanya anak-anak yang soleh yang akan mendoakan kedua ibubapanya nanti.
'Adik-adikku, abah adalah kenangan terindah kita. Jangan hentikannya di sini saja.. sama-sama kita berusaha untuk berkumpul lagi di syurga nanti, tetapkan di hatimu kejap-kejap sebagai matlamat hidupmu , "SYURGA ADALAH MATLAMAT HIDUPKU"...'
 |
Idolaku... |
 |
kenangan perjalanan ke Mekah |
 |
abah dan cik bie |
 |
Abah dan Ma yang kusayangi |
 |
cucu terakhir yang ditahnik |
 |
kenangan terakhir kami sekeluarga di Mekah, sebulan sebelum abah pergi. Rupa-rupanya inilah doa abah sejak pertama kali dulu dia tiba di Mekah doa agar kami sekeluarga dapat ke Mekah bersama-sama.. |
 |
sambutan anniversary terakhir bersama abah |
 |
antara kenangan terakhir di madinah
|
"Ya Allah, kau ampunilah dosa-dosa abah kami yang telah lalu, kau terangilah kuburnya, kau lapangkanlah kuburnya, kau limpahkanlah rahmatmu ke atasnya, kau kasihanilah dirinya, kau jadikanlah kuburnya sebagai taman syurga baginya Ya Allah.... dan kau tempatkanlah abah kami di kalangan hamba-hambamu yang soleh dan bertaqwa kepadaMu, Ya Rabb!!!"
sobsob :"(
ReplyDeletesabar...
ReplyDelete