Skip to main content

Penumpang Segala-galaanya...

Mungkin tanpa kita sedari hingga ke hari ini kita adalah seorang 'penumpang' atau dengan kata lain 'peminjam'. Apabila berstatus penumpang, suatu ketika destinasi kita akan sampai dan kita akan turun dari tempat tumpangan. Apabila bergelar peminjam, sampai suatu saat, kita harus pulangkan apa yang kita pinjam tersebut. Sedar atau tidak kita semualah yang menjadi peminjam dan penumpang tersebut. kita???

Ya, kitalah... insan hina lagi fakir...tapi merasakan diri seolah-olah tuan empunya segala-galanya. Mata, hidung, mulut, kaki, tangan dan segala anggota badan kita ini hanya pinjaman semata-mata dari Allah SWT. Segala anggota ini hanya kita tumpang duduk untuk sementara sahaja. Kerna yang punya hak segala-galanya adalah DIA YG MAHA ESA...

Sedarkah kita sekecil-kecil perkara seperti 'kelipan mata' pun sehari-hari adalah dengan pertolongan Allah... pernahkah sambil-sambil bersandar di kerusi kita memikirkan itu? Pernahkah kita memikirkan andai mata kita ini tidak berkelip?

Itu hanya kelipan mata sahaja saudaraku, hanya tugas kecil yang berlaku pada anggota kita. Belum lagi kaki yang boleh melangkah, berlari, mulut yang boleh tersenyum, nafas yang kita gunakan... andai kita tidak bernafas, maka saat itulah kita telah tiba pada destinasi kita setelah menumpang, saat itulah... segala yang kita pinjamkan dari-NYA ini, diambil balik.

Sungguh... kita hanya berpeluang menjadi penumpang atau peminjam ini adalah dengan rahmat dan kasih sayang-NYA. Sia-sialah hidup kita sebagai 'penumpang' ini andai kita gagal membalas kasih sayang Allah. Tidak ada gunanya hidup ini andai kita tidak tahu yang kita ini 'SIAPA'..

gambar sebagai hiasan

Comments

Popular posts from this blog

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Belajarlah hingga ke akhir nafasmu

 Rabbi zidni ilman Doa yang patut kita amalkan kerana hidup ini tak akan pernah lari dari pembelajaran.. Even ke akhir usia kita, tak akan mampu kita untuk meneroka semua ilmu Allah. Zaman beredar, segalanya berubah tapi tetap kita akan utuh dan teguh jika ilmu di dada terus ditambah, dibaja dan disemai. Setelah sekian lama, kembali lagi ke kelas begini walaupun di usia ini.. Tapi alhamdulillah, datang ke sini.. di samping dapat ilmu tiktok, dapat juga sedari besarnya kasih Allah. Tak sangka lagu lama ni begitu membekas di hati hari ni. Masa remaja dulu, lagu sekadar dengar tanpa faham. Tapi tersentak hari ini bila mengulang-ulang ayat .. bila kusedari diri disayangi, langkah kaki ini semakin berani, bila terkeliru kuucap namamu.. terasa diriku kembali dipandu.. engkau yg pertama tiada akhirnya..

Aroma village restaurant seri kembangan

Selepas bermain sakan di kidzoona, jaya jusco taman equine, budak berdua ni terus lapar lagi. Singgah retoren yang baru di buka dalam jaya jusco ni tak jauh dari food court. Ini kali kedua menyinggah. Kakak request nak nasi goreng lagi. Pertama kali masuk, mula-mula tengok harga lah kan... agak priceyla.. kiranya harga lebih kurang makan kat domino or pizza. Tapi makanan best juga. Hari ni abang makan roti jala, mm kari ayam sedap.. oklah dengan 4 keping roti jala yang agak cubby. Mama masih lagi sukakan nasi goreng nyonya. Yummy! Overall, walaupun makanan sedap tapi sekali sekala boleh lah ye anak-anak. Tak larat mama macam ni makan tiap2 minggu huhuhu...