Skip to main content

Sudahkah kita bertaubat?

Berkesempatan mengikuti kelas riyadh as-solihin pagi ini, amat menarik sekali ilmu yang dikupas oleh ustaz Norazan berkenaan 'taubat' iaitu kita kembali kepada Allah SWT setelah tersasar dari jalan yang sebenar.

Banyak hadis apatah lagi ayat quran yang membicarakan topik yang begitu penting ini. Apatah lagi sebagai manusia kita tak pernah sunyi dari melakukan dosa. Dari pagi setelah bangun dari tidur hingga lah kita tidur kembali pada malam harinya entahkan berapa banyaak dosa yang kita telah buat. Jahillah seseorang yang beranggapan bahawa dia tidak pernah melakukan dosa dalam hidup sehariaannya. Kerana apa? kerana kita bukanlah seorang nabi, hanya nabi dan rasul yang mempunyai sifat 'maksum' iaitu tidak pernah melakukan dosa.

Disebabkan kita tak pernah terlepas, malah sentiasa melakukan dosa, maka sewajarnya kita sentiasa bertaubat kepada Allah SWT. Sepotong hadis nabi ada meriwayaatkan bahawa orang-orang yang bertaubat dari dosanya itu seolah-olah dia tidak pernah lakukan kesalahan kepada Allah swt.



Kita digalakkan sentiasa menyemak amalan harian kita, bermuhasabah dengan apa yang telah kita buat hari ini. Walaupun kita sentiasa beringat tapi muhasabah atau semakan itu amatlah penting. Tanpa disedari mungkin kita tersepak kucing hari ini tanpa sengaja, tanpa disedari kita telah berbicara yang tidak elok tentang seseorang, itu dah masuk mengumpat pula dan sebagainya.

Apatah lagi mereka yang melakukan dosa yang dengan sengaja seperti tidak menutup aurat, menfitnah orang, memukul pembantu rumah, meminum arak atau membunuh. Setiap dari kita bukannya lahir-lahir saja sudah alim, laahir-lahir saja sudah menutup aurat. Mungkin ada di kalangan kita yang dahulunya tidak tahu batas aurat kita, tidak tahu yang memukul haiwan itu berdosa, maka taubatlah jalannya.

Insyaallah, sebesar manapun dosa kita, pintu taubat masih terbuka untuk kita lakukannya. Sebesar manapun dosa kita, Allah akan mengampunkan dosa-dosanya, asal dilakukan dengan bersungguh-sungguh (taubat nasuha), kerana Allah itu MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.

Masih ingat kisah seorang lelaki yang telah membunuh 100 orang. Tetapi dia menyesal dan ingin bertaubat. Dalam perjalanan dirinya untuk ke negeri untuk dirinya bertaubat dan berubah, maka dia meninggal. Setelah diukur jarak antara dia dan tempat yang hendak dituju dan antara dirinya dan negeri yang dia lakukan dosa, maka negeri yang ingin ditujunya lebih dekat, maka dia dimasukkan ke syurga. Subhanallah, betapa Maha Pengasih dan Pengampunnya Allah... sehingga manusia yang telah membunuh 100 orang, diampunkan dan dimasukkan ke syurga.

Perbandingan yang dikupas tentang kasih Allah ini adalah bila kita melihat kasih seorang ibu kepada anaknya. Jangan pula kita bayangkan ibu yang buang anak tu (itu dah tak ada kasih sayang dalam hatinya), maksudnya di sini.. kasih sebenar ibu kepada anaknya, ibu sanggup berkorban apa sekalipun untuk anak. Sungguh suci dan sungguh tak dapat dibanding. Banyak contoh yang boleh kita lihat betapa kasih ibu tiada tandingannya. Tetapi 'kasih Allah' terhadap hamba-hambanya adalah 'lebih' dari kasih ibu kepada anaknya. Betapa hebatnya kasih Allah kepada kita hambanya.

Banyak lagi yang ingin kukongsi tapi masa tak mengizinkan. Untuk menyusun kata pun sukar juga ye, kang tak pasal salah maksud plak. 



Mari kita sama-sama bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha, mata yang menangis kerana takut kepada Allah adalah sebaik-baik mata. Menurut kajian air mata yang takut kepada Allah, mengeluarkan air mata yang beralkali iaitu sangat baik untuk kesihatan kita.  Tetapi lain mata dengan air mata yang keluar kerana dunia contohnya sebab tengok hindistan ataau ditinggalkan kekasih, maka air mata itu adalah berasid dan akan mengakibatkan buta jika terlampau banyak dikeluarkan, macam cite 'kasim selamat tu'...




Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Kembali lagi ke o&g an nur

Selepas 6 tahun berlalu, aku kembali ke sini... alhamdulillah rezeki yg amat besar tak terhingga. Thank you Allah! Bercampur baur perasaan antara percaya dan tidak dan antara takut dan risau... Pengalaman kali ke-3 tapi selepas 6 tahun bukanlah sesuatu yg bole di recall mcm tu je, yg pasti sakit bersalin tu ingat huhuhu... sampai sekarang. Subhanallah, aku kena kuatkan ingatan betapa pahala yg akan diperolehi ibu mengandung lagi banyak jika bersabar... Ya rabb, permudahkanlah kami dlm setiap urusan kami.. Kali ke 2 membuat cek up di klinik wanita annur, bndar baru bangi.. berpagi-pagian. Sudah banyak perubahan. Kliniknya dah bertambah luas dan selesa. Pagi ini kebetulan pula dgn announcement doa utk memulakan tugas... sama2 menadah tangan... sejuk rasa hati. Andai ada peluang utk bersalin di sini lagi akan kuusahakan tetapi memandgkan kos rawatan.. masih lgi berkira2.. apa-apapun moga dipermudahkan segalanya... amin ya rabb! Gambar emir masa kecik2 dan inilah baby 6 tah...