Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

Bercuti di Bayou Lagoon Resort Melaka

rumah terbalik Kali ini kita ke melaka terjah hotel dengan waterpark bayou lagoon resort pula. Semuanya dah beli ikut groupon dan juga booking.com as usual hahaha... Bukan apa groupon tu boleh jimat sikit. Sementara nak sampai ke bayou lagoon resort tu, singgah dulu rumah terbalik di sini... upside down house, fuhhh ramai gak orang, nak masuk siap kena beartur. Kecik je tempatnya. dan mama pun pening nengok. Macam tak jadi sangat la gambar kita orang atau memang tempat ni tak jadi sangat ntahlah hihi.... hihi... Lepas rumah terbalik barulah bermandi manda di bayou lagoon. Mmmm.. tempatnya biasalah sama juga ,macam waterpark yang lain. Tapi ada belon gergasi yang boleh masuk dalamnya sambil pusing tu kalau nak gerak. Slide ada dan orang pastinya ramai lah cuti sekolah kan. yuhuuu mani... berulang-ulang naik slide ni Lepas dah puas mandi esoknya terus ke muzium kapal pula.... besar betul kapal ni Kemudian kami meneruskan perjalanan ke a famosa r...

Farm in the city

Actually kami baru je tahu ada farm in the city dekat dengan rumah haha... so ambil peluang untuk ke sini. Apa yang menarik di sini, anak-anak boleh pegang dan bagi makanan haiwan peliharaan di sini, macam mula-mula masuk, kami jumpa dengan kura-kura gergasi... kebetulan masa kami datang ni, ada lawatan sekolah.. mm havocla sikit. Yang paling kakak dan adik suka rabbitlah... sebab bole angkat dan bagi kangkung hihi.. Seronok anak-anak... bawalah ke sini kalau belum sampai ye. kakak suka sangat adik geli-geli sikit... banyak rabbit... 'jangan kacau saya'

Seketika di Merbau Sempak

ini kolam tempat penginapan kami malamnya sempena hari ibu.. sayang ma Alkisahnya wedding adik yang telah dibuat di simpol the garden of love. So kami mencari tempat untuk berkumpul yang paling dekat dan selesa untuk ramai-ramai. Jadi cari-cari jumpa di banglo merbau sempak. Ada kolam renang yang pasti. Kawasannya pula pernah juga untuk dibuat wedding. So terciptalah juga kenangan di sini bersama keluarga. congratulation bro... nice shot yehaa... suka sangat tengok gambar kanak-kanak ribena ni di  tepi pool kat sini

bila hati kita hidup?

Benarlah orang kata, hati kita mati kalau tak dengar ilmu even 15 minit pun sehari kan... bukan orang kata je tapi ini yang selalu diperkatakan alim ulama dan ada hadis nabi yang menghuraikan keadaan bila kita resah gelisah dan keluh kesah. Tiada yg lain, bila kita tidak tenang, kita rasa kosong dan tidak keruan, bermakna hati kita tidak hidup... ada 'something wrong' dengan hati kita. Salah satu ubatnya ialah dengarkan 'ilmu'... dengarkan tazkirah, pujuk telinga kita untuk dengar sesuatu yg bermanfaat untuk 'dunia kekal' kita yg dipanggil akhirat. Yang saban kali hadir ke majlis ilmu, apatah lagi... barakallah... (Cemburunya saya kepada anda). Sekarang bukan masa untuk kita cari alasan 'tak sempat', 'tak ada masa', 'susah'... klik saja internet, malah telefon pun dah canggih untuk kita google perkataan 'tazkirah'... berbagai-bagai tazkirah yg akan terpapar di depan mata. Hanya telinga kita saja yg perlu dipujuk unt...

Jalan jalan di cyberjaya

Alkisahnya nak pergi taman tasik cyberjaya yang dekat dengan kelab komuniti tu tapi alihalih sampai ke sini hahaha... ikut je wazenya pasal. Tapi bila tengok view kat sini cantik dan tak ada orang pula. Dia macam kat hujung jalan macam tu. Turunlah nak posing posing sebab cantik then kita teruskan ke taman tasik yehaaa... buah hati cantik view kat sini yang ini lagi cantik suka gambar ni

Vikids Club Alamanda datang!

posing Jom ke Alamanda putrajaya lagi. Seronok budak budak ni melukis dan mewarna. Walaupun aktiviti yang biasa tapi berfaedah dan anak anak seronok. MMM, mak ayah pun tumpang seronok sekali. Jom beramai ramai ye. Layan gambar kat bawah ni... cantiknya anak anak warna comelnya... seronoknya...  Lepas mewarna tadi, kita sambung tengok movie pula ok, jom gsc... layan spongebob

Untungkah kita hari ini?

Tiada siapa yang mahu rugi, kan? Even budak kecik pun kalau jatuh makananya, akan dikutip balik. Apatah lagi kita, setiap orang inginkan keuntungan dalam hidup, nak kaya, nak duit, berniaga nak untung banyak. Tapi sebenarnya kita silap.. semua orang termasuk kita atas dunia ni adalah orang2 yang rugi... HAH??? RUGI???  Ya kita dalam keadaan yg amat rugi. Kecuali kita hari ni beriman kepada Allah & hari akhirat, kita sentiasa buat baik dalam apa jua tindakan kita, kita sentiasa pesan dan menasihati perkara benar (hak) dan kita bersabar dan terus bersabar dalam hidup. Inilah golongan kalu yg Allah sebut dalam surah al-asr: 1. orang yg beriman kepada Allah & akhirat; 2. orang yg beramal soleh: 3. orang yg sentiasa mengingatkan kepada kebaikan; dan  4. orang sentiasa bersabar. Sama-sama mengukur diri kita, kita dah termasuk ke dalam golongan ini atau kita adalah orang yg rugi hingga ke akhir hayat. Surah ni, adalah kertas kerja yg perlu kita ikut k...

Andai hari ini, hari terakhirku...

Pernah tak terlintas difikiranmu andai hari ini hari terakhirmu di dunia ini? Esok kita akan dikafankan, diusung dan berseorangan di dalam tanah kubur yang dipanggil rumah baru kita. Dengan bermacam-macam binatang yang menunggu, dengan kegelapan yang tidak pernah kita temui sebelum ini. Berseorangan... bukan semalam tetapi selama-lamanya sebelum tiba hari pembalasan. Pernahkah kita??? Apa yang akan kita tinggalkan di sini? dan apa yang akan kita bawa untuk ke sana? Sudah siapkah kita dengan matlamat di alam kubur dan akhirat? Rasanya bermacam-macam matlamat telah kita siapkan untuk kehidupan hari ini kan? Bukan siapa-siapa tapi diriku sendiri... dalam henfon sekarang bermacam-macam matlamat telah kutitipkan, matlamat tahun ini, 2015, matlamat 5 tahun dari sekarang dan matlamat 10 tahun dari sekarang, matlamat professionku... semuanya ada tapi bolehkah aku bawa semua ini ke alam akhirat sana?  Andai hari ini hari terakhirku... Adakah ada ilmu-ilmu yang telah kus...

Boleh jadi kamu tidak suka, tapi ia baik untukmu

Alhamdulillah, sempat mendengar curahan ilmu Dr Asri, yang sentiasa berjaya memujuk hati yg gundah gulana, yang sentiasa memberi semangat dengan kata-katanya. Intonasi turun naik suaranya, mampu untuk menitiskan air mata kesalan. Cubalah dengar huhu... sempat berjumpa dengan beliau masa belajar di UIA dulu, sempat bertanyakan soalan kepadanya, kenangan ketika menuntut ilmu dan semoga kita sentiasa termasuk dalam golongan hamba yang sentiasa menuntut ilmu, biarpun usia berganjak hingga ke akhirnya, insyaAllah.. Dr. Asri mengupas ayat dari surah al-baqarah, ayat yang pendek sahaja tapi makna yang mendalam dan begitu banyak pengajarannya. terima kasih tuan blog tukilanbuku, saya share ye.. Siapa yang tidak pernah kena ujian hidup? siapa yang tidak pernah berdepan dengan masalah, ujian, dugaan? Biarpun kecik, besar, sederhana.. masing-masing Allah dah tetapkan ianya sesuai dengan kemampuan kita.. insyaAllah. Biarpun hari ini, hanya RM1 dalam poket atau beg duit kita, redh...