Skip to main content

Untungkah kita hari ini?

Tiada siapa yang mahu rugi, kan? Even budak kecik pun kalau jatuh makananya, akan dikutip balik. Apatah lagi kita, setiap orang inginkan keuntungan dalam hidup, nak kaya, nak duit, berniaga nak untung banyak. Tapi sebenarnya kita silap.. semua orang termasuk kita atas dunia ni adalah orang2 yang rugi... HAH??? RUGI??? 

Ya kita dalam keadaan yg amat rugi. Kecuali kita hari ni beriman kepada Allah & hari akhirat, kita sentiasa buat baik dalam apa jua tindakan kita, kita sentiasa pesan dan menasihati perkara benar (hak) dan kita bersabar dan terus bersabar dalam hidup. Inilah golongan kalu yg Allah sebut dalam surah al-asr:



1. orang yg beriman kepada Allah & akhirat;
2. orang yg beramal soleh:
3. orang yg sentiasa mengingatkan kepada kebaikan; dan 
4. orang sentiasa bersabar.

Sama-sama mengukur diri kita, kita dah termasuk ke dalam golongan ini atau kita adalah orang yg rugi hingga ke akhir hayat. Surah ni, adalah kertas kerja yg perlu kita ikut kalau kita nak diri kita tergolong dlm orang2 yg sentiasa beruntung! Walaupun surahnya pendek, tapi sarat dengan pengajaran betul2 buat kita berfikir, walau kita bermula dengan baik, tapi pengakhirannya belum tentu husnul khatimah. Bagaimanakah garisan penamat, atau titik noktah kehidupan kita. Sungguh! jika kita hari ni buat benda yg tak baik, kita tak sabar... asyik marah dan tidak puas hati, kita pentingkan diri sendiri dan ego untuk mengajak orang lain faham agama islam yg betul dan kita tak yakin dengan hari akhirat... belum tentu kita berjaya di titik akhir kita. Berjaya sampai tapi dalam keadaan rugi? Siapa nak bantu kita?

Jom! Kita ikut betul-betul kertas kerja ini yg Allah dah sediakan untuk lancarkan hidup kita sebagai seorang yg beruntung hingga ke garisan penamat... insyaAllah.

Saya bukan pandai, saya juga bukan seorang yang arif dalam ilmu agama cuma niat di hati, apa yg saya dengar dan saya dapat dari setiap tazkirah, insyaAllah saya nak share.. huraian yg begitu padat bukan dengan ilmu tafsir sahaja tapi banyak ilmu lain yg Tok Guru Niz Aziz sampaikan dalam huraian surah al-asr ni tapi ini je yang saya bole pendekkan. Untuk mendengar full kuliah, sila cari dalam utube ye hihi...

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Kembali lagi ke o&g an nur

Selepas 6 tahun berlalu, aku kembali ke sini... alhamdulillah rezeki yg amat besar tak terhingga. Thank you Allah! Bercampur baur perasaan antara percaya dan tidak dan antara takut dan risau... Pengalaman kali ke-3 tapi selepas 6 tahun bukanlah sesuatu yg bole di recall mcm tu je, yg pasti sakit bersalin tu ingat huhuhu... sampai sekarang. Subhanallah, aku kena kuatkan ingatan betapa pahala yg akan diperolehi ibu mengandung lagi banyak jika bersabar... Ya rabb, permudahkanlah kami dlm setiap urusan kami.. Kali ke 2 membuat cek up di klinik wanita annur, bndar baru bangi.. berpagi-pagian. Sudah banyak perubahan. Kliniknya dah bertambah luas dan selesa. Pagi ini kebetulan pula dgn announcement doa utk memulakan tugas... sama2 menadah tangan... sejuk rasa hati. Andai ada peluang utk bersalin di sini lagi akan kuusahakan tetapi memandgkan kos rawatan.. masih lgi berkira2.. apa-apapun moga dipermudahkan segalanya... amin ya rabb! Gambar emir masa kecik2 dan inilah baby 6 tah...