Skip to main content

Andai hari ini, hari terakhirku...

Pernah tak terlintas difikiranmu andai hari ini hari terakhirmu di dunia ini? Esok kita akan dikafankan, diusung dan berseorangan di dalam tanah kubur yang dipanggil rumah baru kita. Dengan bermacam-macam binatang yang menunggu, dengan kegelapan yang tidak pernah kita temui sebelum ini. Berseorangan... bukan semalam tetapi selama-lamanya sebelum tiba hari pembalasan. Pernahkah kita???

Apa yang akan kita tinggalkan di sini? dan apa yang akan kita bawa untuk ke sana? Sudah siapkah kita dengan matlamat di alam kubur dan akhirat? Rasanya bermacam-macam matlamat telah kita siapkan untuk kehidupan hari ini kan? Bukan siapa-siapa tapi diriku sendiri... dalam henfon sekarang bermacam-macam matlamat telah kutitipkan, matlamat tahun ini, 2015, matlamat 5 tahun dari sekarang dan matlamat 10 tahun dari sekarang, matlamat professionku... semuanya ada tapi bolehkah aku bawa semua ini ke alam akhirat sana? 




Andai hari ini hari terakhirku...

Adakah ada ilmu-ilmu yang telah kusampaikan kepada insan lain sebagai aliran pahala yang akan membantuku di sana? aku bukan ustazah, aku bukan cikgu malah aku juga bukan pensyarah yang waktu seharianku kuhabiskan dengan mendidik insan lain.. 

Ya, aku ada anak.. anak yang sedang kudidik tapi mampukah kutarbiyah diri mereka agar menjadi anak-anak soleh dan solehah andai hari esok sudah tiada?

Berapa buah buku yang telah aku karang? berapa buah buku yang telah aku tulis agar insan lain mendapat manfaat? aku bukannya berilmu agama tinggi untuk kuhasilkan buku-buku sebagaimana tuan-tuan guru yang meninggalkan segedung buku sebagai pahala yang sentiasa mengalir.

Aku bukannya sentiasa hadir di majlis-majlis ilmu, malah di tv, di henfon dan diradio kereta, jarang aku mendengar ilmu-ilmu untuk aku lebih dekat dengan Rabb..

Tapi aku telah menulis.. aku telah update facebookku hari ini, aku telah update twitter dan juga instagramku hari ini dan sebelum-sebelumnya? Ilmu kah yang aku update atau dosakah yang aku update? 

Berapa banyak pula amal ibadatku? cukupkah amalku untuk kubawa hari ini? cukupkah tingkah laku baik yang aku pamerkan untuk menjadi ikutan insan lain? cukup baikkah hubungan aku dengan ibubapa, pasanganku, anak-anakku, keluargaku? cukup baikkah hubunganku dengan jiran tetanggaku? apatah lagi dengan masyarakat sekelilingku? Sedang senyum pun tidak sering aku pamerkan..

Semalam ada yang mengata aku sombong, sebelumnya ada kawan, client, jiran yang tidak puashati denganku, apa yang telah aku buat?

Andai hari ini hari terakhirku di sini...

Banyakkah sedekah yang aku hulurkan kepada insan yang memerlukan? Hari ini, minggu ini, bulan ini, sudahkan aku keluarkan wangku walau sedikit untuk sedekah? 

Sudah makankah ibuku di kampung? sudah makankah adik-adikku di sana? sihatkah mereka? Apa yang akan kubawa nanti Ya Rabb?? sudah kucongak-congak, boleh dikira semuanya... seakan-akan dosaku yang melebihi timbangan.... Ya Allah!

Sungguh... aku belum mampu untuk membawa diri ke alam sana Ya Rabb!! aku tiada apa-apa untuk kubuktikan sebagai hambamu yang bertakwa. Aku hanya membawa amalan wajib yang compang camping pahalanya. 

Ya Rabb!! aku belum bersedia untuk dibawa ke alam kubur hari ini.... tapi mampukah aku menghalangnya?? Mampukah kita menghalang ajal kita? mampukah kita menghalang andai hari ini hari terakhir kita???? Mampukah??







Comments

Popular posts from this blog

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Belajarlah hingga ke akhir nafasmu

 Rabbi zidni ilman Doa yang patut kita amalkan kerana hidup ini tak akan pernah lari dari pembelajaran.. Even ke akhir usia kita, tak akan mampu kita untuk meneroka semua ilmu Allah. Zaman beredar, segalanya berubah tapi tetap kita akan utuh dan teguh jika ilmu di dada terus ditambah, dibaja dan disemai. Setelah sekian lama, kembali lagi ke kelas begini walaupun di usia ini.. Tapi alhamdulillah, datang ke sini.. di samping dapat ilmu tiktok, dapat juga sedari besarnya kasih Allah. Tak sangka lagu lama ni begitu membekas di hati hari ni. Masa remaja dulu, lagu sekadar dengar tanpa faham. Tapi tersentak hari ini bila mengulang-ulang ayat .. bila kusedari diri disayangi, langkah kaki ini semakin berani, bila terkeliru kuucap namamu.. terasa diriku kembali dipandu.. engkau yg pertama tiada akhirnya..

Aroma village restaurant seri kembangan

Selepas bermain sakan di kidzoona, jaya jusco taman equine, budak berdua ni terus lapar lagi. Singgah retoren yang baru di buka dalam jaya jusco ni tak jauh dari food court. Ini kali kedua menyinggah. Kakak request nak nasi goreng lagi. Pertama kali masuk, mula-mula tengok harga lah kan... agak priceyla.. kiranya harga lebih kurang makan kat domino or pizza. Tapi makanan best juga. Hari ni abang makan roti jala, mm kari ayam sedap.. oklah dengan 4 keping roti jala yang agak cubby. Mama masih lagi sukakan nasi goreng nyonya. Yummy! Overall, walaupun makanan sedap tapi sekali sekala boleh lah ye anak-anak. Tak larat mama macam ni makan tiap2 minggu huhuhu...