Skip to main content

Boleh jadi kamu tidak suka, tapi ia baik untukmu

Alhamdulillah, sempat mendengar curahan ilmu Dr Asri, yang sentiasa berjaya memujuk hati yg gundah gulana, yang sentiasa memberi semangat dengan kata-katanya. Intonasi turun naik suaranya, mampu untuk menitiskan air mata kesalan. Cubalah dengar huhu... sempat berjumpa dengan beliau masa belajar di UIA dulu, sempat bertanyakan soalan kepadanya, kenangan ketika menuntut ilmu dan semoga kita sentiasa termasuk dalam golongan hamba yang sentiasa menuntut ilmu, biarpun usia berganjak hingga ke akhirnya, insyaAllah..

Dr. Asri mengupas ayat dari surah al-baqarah, ayat yang pendek sahaja tapi makna yang mendalam dan begitu banyak pengajarannya.

terima kasih tuan blog tukilanbuku, saya share ye..

Siapa yang tidak pernah kena ujian hidup? siapa yang tidak pernah berdepan dengan masalah, ujian, dugaan? Biarpun kecik, besar, sederhana.. masing-masing Allah dah tetapkan ianya sesuai dengan kemampuan kita.. insyaAllah.

Biarpun hari ini, hanya RM1 dalam poket atau beg duit kita, redha dan tawakkal kepada Allah (tapi berusahalah), itu ujian untuk kita.

Dugaan besar sekalipun yang melanda kita, kita tak tahu.. dan sememangnya kita lemah dan tiada kuasa untuk tahu, tapi percayalah Allah mengetahuinya, dan ianya adalah baik untuk kita, ianya telah diatur untuk kita. Tawakkal dan redha kepada Allah, itulah sikap mukmin yang sebenarnya. (Mengingatkan diri sendiri yang sentiasa bersikap 'down' jika masalah datang huhu..)

Masalah datang je, kita seolah-olah bertanya kenapa ini berlaku? kenapa aku yang hadapi semua ini? kenapa masa ni jugak ia datang? kenapa dan kenapa bermain dalam kepala kita.. bertenang, istighfar.. kita ada Allah. Tak ada siapa yang mampu tolong kita hari ini? bertenang, kita masih ada Allah..

Segala masalah kita, segala ujian terhadap kita, segala fitnah terhadap kita even segala apa yang berlaku kepada kita, kita sedih, frust, bengang, tertekan dan macam-macam perasaan lagi, itulah yang terbaik untuk kita dan hadapilah dengan tawakkal. 

Kita tengok orang yang sentiasa senang, makin senang malah tiada masalah yang dihadapinya, dia akan jauh dan semakin jauh dengan Allah. Tetapi orang yang ada masalah ni, diri akan lebih dekat dengan Allah, rasa kehambaan akan datang dengan sendirinya, dalam hati kita akan terdetik, Ya Allah... tolonglah aku, bantulah aku Ya Allah..

Bila hati kita berhubung dengan Allah, insyaAllah kita sendiri akan nampak perjalanan hidup kita ini, walaupun pahit, tetapi kita mampu untuk hadapinya, kita akan rasa ketenangan dan kemanisannya. Ya, menulis, menaip memang senang, kan? tapi saat kita hadapi tu, Ya Allah, hanya DIA yang tahu betapa sukarnya perasaan kita masa tu, betapa sedih, sebak, berserabut.. tetapi tawakkallah, sesungguhnya setiap masalah kita, kita mampu untuk hadapinya kerana Allah datangkan mengikut kemampuan kita.

Selusurilah kisah para nabi, malah yang paling kita tahu nabi kita Muhammad SAW, betapa hebatnya ujian dan cabaran baginda, dan ianya adalah ujian dengan kemampuan baginda.

TAWAKKAL, TAWAKKAL DAN TERUS BERTAWAKKAL!!

Syeb Qutub pernah berkata, "Apabila kita hidup dalam bayangan Al-Quran, kita tengok perjalanan hidup kita.. tiada satupun yang kebetulan, tetapi ianya telah diatur dengan begitu indah..." (lebih kuranglah ayatnya yg aku dengar dari Dr. ye)

Berdoalah, titiplah kata-kata kepada pencipta kita, curahkan segala masalah kita pada Allah, menangislah kepadaNYA...





Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Kembali lagi ke o&g an nur

Selepas 6 tahun berlalu, aku kembali ke sini... alhamdulillah rezeki yg amat besar tak terhingga. Thank you Allah! Bercampur baur perasaan antara percaya dan tidak dan antara takut dan risau... Pengalaman kali ke-3 tapi selepas 6 tahun bukanlah sesuatu yg bole di recall mcm tu je, yg pasti sakit bersalin tu ingat huhuhu... sampai sekarang. Subhanallah, aku kena kuatkan ingatan betapa pahala yg akan diperolehi ibu mengandung lagi banyak jika bersabar... Ya rabb, permudahkanlah kami dlm setiap urusan kami.. Kali ke 2 membuat cek up di klinik wanita annur, bndar baru bangi.. berpagi-pagian. Sudah banyak perubahan. Kliniknya dah bertambah luas dan selesa. Pagi ini kebetulan pula dgn announcement doa utk memulakan tugas... sama2 menadah tangan... sejuk rasa hati. Andai ada peluang utk bersalin di sini lagi akan kuusahakan tetapi memandgkan kos rawatan.. masih lgi berkira2.. apa-apapun moga dipermudahkan segalanya... amin ya rabb! Gambar emir masa kecik2 dan inilah baby 6 tah...