Skip to main content

Posts

kabur

Hanya DIA yang Maha Mengetahui perasaan dan emosiku saat ini. Berkecamuk, sedih, sayu, takut dan macam2 perasaan yang negatif menemani. Cuba punya cuba untuk happy dan positif tapi masih begini.. biasanya nak period macam ni.. adoiii why shud i feel this, aku tak boleh concentrate kerja yang berlambak depan mata. Ya Allah, kuatkan semangat hambaMU yang lemah dan hina ini...

Isya dan Kuda

Just ask her what is your favourite animal? Mesti dia jawab 'horse' dan semua jenis-jenis kuda termasuklah unicorn yang tidak ada di dunia nyata. Tapi sebagai ibu, aku dah explain kat dia pasal unicorn tu. Budak-budak biasalah, terinfluence dengan fantasy... macam aku dulu sukakan cerita-cerota sakti dan semuanya pasal princess. Port Dickson dia memang suka sebab dah tahu, she can ride a horse. Ala bukan horse pun tapi ponny.  senyum je dapat naik ok kakak happy to see u smile.

Hadyai, Thailand

Kami ke Hadyai juga rupanya walaupon aku dan anak-anak tak ada pasport tapi buat border pass pun jadilah. Rupa-rupanya ini juga kelebihan 'kelantanese'... (boleh buat border pass kuikui). Lebih kurang 15 orang dewasa jugalah and muat 2 buah van/bus mini (roktu). Siap ada driver la utk bawa kami ke sana sini. Aku tak ingat sangat nama-nama tempat yg telah kami singgah, maklumlah susah benar nak ingat namanya. Tapi yang paling aku seronok sgt bila sampai di floating market. Makanan yang dijual sangat enak. Seronok berpeluang melihat masyarakat di sini yang menjual makanan dari bot mereka. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan. TQ buat adikku yang sponsor pengalaman indah bersama keluarga ini. penginapan kami floating market bestnya pans-panas

First day at tadika

Akhirnya tiba juga hari kakak akan ke sekolah huhuhu. Tadika Islam Indah Permai. Mmm tapi oklah, kakak memang independant gak... boleh ditinggalkan sendiri dan dia tak nangis. Antara gambar yang sempat mama ambik untuk hari pertama kakak.. dan beruniform ok, dalam kelas 5 tahun Ini yang dia dok tunggu nak main Adik pun ikut hantar kakak, tapi dia yang sibuk lebih hehe

Regency PD yang tidak memuaskan hati

Lama jugak aku bercuti, meninggalkan opisku huhhuhu. Selepas meninggalkan limastiga dengan berat hati aku ke rumah adikku menemui abah dan ma yang datang ke KL. Hehehe, maklumlah cuti sekolah, adik-adikku seramai 9 orang semua ada di sini kecuali adik munir yg jauh diperantauan. Kami semua merinduimu.... So, kami bercadang untuk menghabiskan dua malam tiga hari di Regency PD memandangkan tempat lain banyak yg penuh dan kekurangan bilik utk keluarga besar kami. First time dalam hidup aku menunggu selama sejam setengah untuk check in pada pukul 3.40 petang. Huh, dahla penyambut tetamunya tak berbudi bahasa sangat, lagi panas hati kami. Datang nak check in rasanya dah lambat tu, biasa org check in kul 2, pun sama. Servis yang amat teruk. Swimming pool pon mmmmm kurang selera tengok. Rasanya dua kali ganda elok di Corus Paradise. Pengalaman yang sukar untuk dilupakan menginap di sini. Walau bagaimanapun, biasalah yang penting dengan gelak tawa dan sorakan adik-adikku yg ramai ini, me...

seronoknya di limastiga

Nak tau limastiga kat mana? hehehe dekat je, cuti bersama keluarga suami di Umbai, Melaka. Limastiga tu nama tempat penginapan kami. Memandangkan keluarga kami suka memasak dek kerana ramai ahlinya dan lebih jimat, maka limastiga menjadi pilihan kami. Hehe, best... kenapa? sebab rasanya tak perlu keluar ke mana-mana, lepak je dilimastiga. Bersantai bersama keluarga sambil berborak dan mengenali diri dan merapatkan lagi silaturrahim. Malah di sini bila-bila masa sahaja boleh terjun kolam di ruang tengah banglo-banglo ini. Yang best jugak, tempat untuk berbabeque juga disediakan dan siap macam kafe lagi untuk ahli-ahli keluarga menjamu selera. Keunikan limastiga dengan dekorasi dan landskap yang indah buatkan kami sekeluarga seronok dan dapat menghayati cuti ini dengan lebih relaks. Walaupun banyak gambar yang diambil tapi tiada dalam simpananku. So tak dapatlah nak tampal kat sini hikhik. Lenkali lah. Tapi kalo nak tengok gak limastiga ni, google je'limastiga', pasti ...

Hanya Mimpikah yang kumampu?

Survey dan terus search, mencari info dan maklumat. Semakin lama rasanya semakin malap dan kelam harapanku huhuhu... Adakah mimpiku ini akan hanya terus sebagai mimpi sampai bila-bila? Rumah-rumah area Puncak Jalil ini dah teramat mahal untukku rasanya padahal di sinilah ingin kuberteduh. Even single storey dah cecah RM280k. Yang double storey plak dah RM350k. aduihhhh macamana ni...